Ujian MTest

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Selamat menduduki ujian perguran MTest bagi mereka (calon KPLI) yang menduduki ujian itu hari ini. Semoga mendapat kejayaan dan tempat dalam KPLI sesi pengajian tahun hadapan. Soalan-soalan MTest ini sebenarnya agak mencabar juga. Di samping ada juga soalan-soalan yang memerlukan ‘common sense’. Yang paling penting, soalan-soalan MTest dikatakan boleh menyaring calon yang benar-benar berminat dan menghayati bidang keguruan.

Ada sesetengah soalan ingin menguji tahap kebenaran calon guru buat pengakuan. Sebagai contoh, sejak kecil anda tidak pernah ada niat untuk mencuri. Jika anda jawab ya, maka nampak sangat anda tidak jujur (pada pandangan manusia biasa). Kerana, sebagai manusia, kita memang ada niat untuk mencuri, tetapi kefahaman kita tentang azab dan ajaran agama yang menjadikan kita tidak mencuri. Apatah lagi kanak-kanak. Memang ada lah niat untuk mencuri tapi mungkin tak buat sebab takut kepada ibubapa, orang tua dan sebagainya.

Jadi, untuk menjadi seorang guru, kita perlu ikhlas, jujur dan amanah dalam setiap tindak tanduk. Bermula daripada pengakuan, perkataan dan perbuatan. Ada juga soalan aplikasi matematik yang mudah tanpa perlu kita mengira atau menggunakan mesin kira. Sebagai contoh Amin memandu kereta untuk ke suatu destinasi yang jauhnya 20 KM dengan kelajuan 60km/j, berapakah masa yang diperlukan. Jawapannya adalah 20 minit. Tidak perlu kira. Guna logik sahaja kita sudah dapat jawapannya. Kerana jika ia memandu sejauh 60 KM baru memerlukan masa 1 jam, sebaliknya jika hanya jarak 20 KM, ertinya 1 jam itu dibahagi kepada 3, maka kita akan dapat jawapannya 20 minit.

Soalan lain seperti Amin membeli beras yang sudah dinaikkan harga sebanyak 30 peratus daripada harga asal RM20, berapakah jumlah bayarannya? Jawapan: RM26. Tidak perlu kira. Kerana kita tahu 10% daripada RM20 adalah RM2, jika 30% ia adalah RM6. Maka jumlah yang diperlukan adalah RM20+RM6=RM26. Kalau anda nak kira ia adalah (20+(30/100×20))=26. Biasanya orang akan mudah panik bila tengok angka-angka macam tu, padahal penyelesaiaannya (jawapan) sangatlah mudah.

Soalan seperti ini ingin menguji kecepatan dan kecergasan seorang calon guru dalam menyelesaiakan masalah. Tetapi tidak semua soalan macam tu. Ada yang agak sukar dan memerlukan masa yang agak panjang dalam menjawab dan memikirkannya. Cuma di samping soalan-soalan yang mencabar, ada juga soalan-soalan yang hanya memerlukan common sense sebagaimana yang dinyatakan.

Semoga semua berjaya dan dapat tempat nanti.. doalah banyak-banyak kepada Tuhan. Yang paling utama, ikhlaskanlah niat untuk jadi guru yang berkesan. Guru yang bekerja keras demi melihat perubahan ke arah kebaikan berlaku dalam masyarakat. Guru yang ada memikul tanggungjawab sosial, bukan sekadar makan gaji dan hidup dalam dunia peribadi sendiri sahaja.

Wassalam..

Klik untuk dapatkan tips temuduga KPLI

Advertisements

8 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: KPLI ambilan Jun 2009 « IbnRajab Online
  2. farrahliza
    Mac 26, 2009 @ 16:34:47

    MC MZNE DGN SOALAN BAHASA INGGERIS?

    Balas

  3. snowzcat
    Jan 09, 2010 @ 14:17:27

    ada esei x?

    Balas

  4. Trackback: KPLI Ambilan Jun 2010 « IbnRajab Online
  5. Trackback: Semakan MTest Hari ini « IbnRajab Online
  6. zur
    Jun 14, 2010 @ 13:49:40

    sy amat terkilan kerana tidak tahu pun ambilan jun 2010 ada. kerana, hujung thn 2009, sy ada menelefon kementerian. mereka mengatakan, thn 2010 tidak akan ada iklan utk ambilan baru. kerana, semua calon yang akan di panggil adalah dr kalangan mereka yg telah memohon pd thn 2009. baru hari ini sy terdgr adik kepada rakan saya telah ditempatkan di kltn. jadi saya pelik…bagaimana pula boleh ada intake jun ni? hmm, bagaimana agaknya saya boleh dpt maklumat terkini mengenai kpli ni ye? cth sms ke…

    IR: selalu la menjenguk laman web kpm. utk alternatif, blh jg fav log ni atau join mailing list blog ini 🙂

    Balas

  7. Trackback: KPLI ambilan Jan 2011 « IbnRajab Online
  8. inteemhaba
    Mei 07, 2012 @ 02:38:59

    Askm. Kalau nak cari soalan INSAK dan MTeST secara interaktif, soalan dan jawapan automatik cari kat sini : http://www.e-panduan.com TQ ibn rajab.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: