Kembalikan aplikasi ‘Search’

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh..

Sudah sekian lama ana tidak menulis tentang Virus sejak tulisan ana tentangnnya mendapat kencaman yang agak luar biasa daripada kalangan peminat-peminat komputer atau lebih tepat peminat atau mungkin penjual software antivirus. Sila klik di sini untuk mengamati perbicangan atau pro and contra serta pandangan mereka berkenaan tulisan ana tentang pencegahan komputer daripada virus. Sebenarnya ana bukanlah seorang yang pakar dalam bidang perkomputeran, jauh sekali programmer. Ana mungkin pernah belajar kursus komputer dan mengikuti perkembangan mengenai dunia programmer melalui beberapa siri kursus dan bacaan daripada beberapa buah buku yang terlalu terhad.

Cuma prinsip ana adalah, segala apa yang baik dan bermanfaat elok kita kongsi bersama, agar sama-sama kita perolehi manfaatnya. Sekiranya mana-mana individu merasakan apa yang ana kongsikan di sini tidak memberi manfaat langsung, sumbangkanlah idea bernas anda atau cadangan yang membina. Jangan sesekali merendah-rendahkan orang lain kerana itu melambangkan ciri minda dan cara pemikiran kelas ketiga. Kita jangan sahaja menerima sesuatu perkara itu tanpa memahami apakah yang sebenarnya ia. Seperti kereta, jangan kita hanya tahu membawa, bayar road tax, isi minyak dan membawa ke servis berkala sahaja. Kita perlu faham prinsip asas bagaimana sebuah kereta berfungsi. Ilmu asas berkenaan perlu ditambah dari sehari ke sehari.

Begitu juga komputer. Dan apa sahaja termasuklah rohani kita. Kita perlu memahaminya.

Hari ini ana suka kongsikan satu lagi cara merawat sekiranya komputer anda telah dimasuki virus. Iaitu kadang-kadang apabila anda sudah (clean) menggunakan antivirus (yang sangat cekap) anda itu pun, beberapa perkara tidak kembali seperti asal. Sebagai contoh, anda perhatikan aplikasi ‘search’ sudah hilang dari tempatnya yang asal (start menu). Begitu juga ‘folder options’ hilang. Ini memberi kesukaran sekiranya anda ingin mencari fail-fail penting. Dan jika anda nak ubah setting fail-fail yang anda sembunyikan (hidden).

Di sini kita perlu faham kenapa ‘search’ hilang? kerana orang yang buat virus (sebenarnya arahan elektronik) tidak ingin anda mencari fail ciptaannya (virus itu). Kenapa pula ‘folder options’ hilang? kerana orang yang buat virus biasa akan menjadikan mode failnya tersembunyi (hidden) supaya sekali lagi anda sukar mencarinya dan memadamkannya (delete). Itu sahaja.

Amatlah merugikan masa sekiranya anda memilih untuk menformatkan semula komputer, sedangkan cara mengembalikan aplikasi ‘search’ tidak memakan masa lebih dari 3 minit.

Caranya
Sekiranya anda inginkan aplikasi ‘search’ kembali ke start menu, anda perlu masuk ke sistem edit registry dengan menaip ‘regedit’ dalam aplikasi run pada start menu. Kemudian apabila screen registry editor keluar pada desktop, anda pilih HKEY_LOCAL_MACHINE. Kemudian anda perlu buka sub key SOFTWARE, Microsoft, Windows, CurrentVersion, Explorer, StartMenu, StartPanel, ShowSearch, Policy, NoFind. Kemudian anda perhatikan dalam kotak detail key (NoFind) itu adakah terdapat pelbagai arahan. Delete kesemua arahan-arahan itu. Kerana sekiranya komputer anda sihat, anda hanya dapati tertera (Default) pada ruangan ‘Name’ dan REG_SZ pada ruangan ‘Type’ dan tiada apa-apa perkataan pada ruangan ‘Data’.

Kemudian anda kembali ke CurrentVersion, ambil sub policies, explorer. Delete NoFind dan segala apa yang ada dalam detail sub key berkenaan. InsyaAllah, aplikasi ‘search’ akan muncul semula pada start menu anda. Begitu juga dengan ‘folder options’.

Selamat mencuba! Wallahu aklam..

p/s: Ilmu ini boleh digunakan dan disebarluaskan kepada sesiapa sahaja. Dengan ini dakwaan sesetengah pihak yang kononnya ana menawarkan khidmat menghapuskan virus dengan caj RM50 yang dipetik daripada tulisan ana sebelum ini yang sebenarnya hanyalah bebentuk gurauan (dan tidak difahami itu) terbatal dengan sendirinya.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. putra
    Jun 03, 2008 @ 00:45:24

    ana dah cuba syeikh! tapi dia keluar gini “registry editing has be disable by your administration” nak wat camno tu ?

    IBNRAJAB: untuk enable balik registry anta pi Start -> Run -> gpedit.msc -> User Configuration -> Administrative Templates -> System -> Prevent access to registry editing tools -> Right Click Properties -> Disabled

    Balas

  2. Ummu 'Azzam
    Jun 21, 2008 @ 09:07:15

    Salamullahi’alaikum…. Dalam dunia dakwah menggunakan cyber ni kita akan bertemu dgn plbagai mad’u. Jd kna bersedia berdepan dgnnya. Apatah lg isu yg kita sentuh itu tidak berkaitan scr direct ttg ilmu Islam( pd pndgn umum sstgh ind hy Ibadat khusus shj) Tahniah buat ustaz berani menyentuh bab komp yg dikatakan bukan ilmu asas islam(fiqh, siasah, akhlak dll). sdgkan ianya merupakan satu kemahiran yg perlu dikuasai oleh setiap pendakwah. sy baca gak komen2 ttg artikel ust tu. ustaz kena kuat eq. bab kata seorag ulama’ kita berdebat bukan utk menang tapi nak zahirkan kebenaran. Kita sebar ilmu bukan utk glamor tp tanggungjawab amanah ilmu yg dikurnia Allah itu. Sbgmn Rasulullah, tidak ada satu ilmu yg ada padanya yg tidk disampaikan dan baginda buktikan pd peristiwa haji wada’.
    msia akan bercakap dan bertindak berdasarkan ilmu yg dikurniakan Allah pdnya tak kira bidang agama or komp dan comfir tak sempurna. Hanya Allah yg sempurna. Teruskan usaha ust. Setiap perbuatan dan ucapan akan dhisap kembali. Wallahu A’lam

    IbnRajab: Terima kasih atas komen yang membina semangat ana untuk teruskan perjuangan ini.. in uridu illal islah mas tata’tu

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: