Pertandingan mewarna

Hari ini ‘Aidi Bassyar join pertandingan mewarna yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu. Anjuran Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dengan kerjasama beberapa private tadika seluruh Kelantan. Jumlah penyertaan mencecah 200 orang. Para peserta dibahagi kepada dua kategori, pertama 3-6 tahun kedua 7-10 tahun.

‘Aidi Bassyar kurang bernasib baik. Tetapi, hasratnya menyertai pertandingan itu (walaupun sebenarnya dipilih oleh guru tadika) adalah untuk menimba pengalaman dalam aktiviti yang berfaedah. Pengalaman yang diperolehi diharap dapat dijadikan bekalan bagi memantapkan kesediaannya menghadapi kehidupan bermasyarakat.

Masuk pentandingan yang ditaja oleh Bank Rakyat, dapat la sehelai T-Shirt (pertandingan), set mewarna, bag dan KFC Chicken Meal dan sebungkus coklat pelbagai rasa dan jenama. Kira berbaloi jugalah walaupun tidak memenangi hadiah berbentuk wang tunai untuk membuka akaun Nuri di Bank Rakyat. Kawan Bassyar dapat RM15 (Saguhati).

Apa-apa pun tahniah Bassyar kerana dapat menimba pengalaman dalam menyertai pertandingan dalam jumlah yang agak ramai. Walaupun pada mulanya muka agak pucat lesi, tetapi alhamdulillah dapat juga menyiapkan kerja yang diamanahkan. Tu la, bukan mudah menjalani hidup dalam masyarakat yang pelbagai kemahiran. Tetapi, yang pasti, kita semua ada penguasaan kemahiran yang lebih sedikit daripada orang lain di samping, kita tidak dapat menguasai kemahiran yang sememangnya Allah anugerahkan keistimewaannya kepada orang lain.

Cepat-cepat cari kelebihan diri itu untuk lebih senang mengasah dan menguasainya.. wassalam

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. musafir sufi
    Jun 11, 2008 @ 21:50:01

    salam,
    anak ana baru umur 5 tahun. malas dah nak gi sekolah…ada petua ko???

    IbnRajab: Wa’alaikum salam akhi.. sori baru perasan msg anta.. masuk spam sbb anta hantar 3 komen dlm masa 10 minit (akan masuk spam dan ana tak dpt baca kecuali jika urus blog). Anak anta bukan malas tu akhi, cuma nak bermanja, macam Bassyar juga, kalau mak dia kejut sekali dua nampak liat nak bangun, so jika mak dah marah2 ana main peranan pujuk dan rayu sket supaya dia lekas2, natijahnya ok. Dan tidak dinafikan ana juga selalu sergah anak jika terlalu nampak liat, so mereka dah tahu cara kita, cuma ana hanya main peranan setelah mak dia bagi warning kat anak (berlakon je tu akhi, bukan warning atau nak pukul betul-betul pun, hehehe). Ntah la akhi, ana pun tak banyak pengalaman nih..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: