Tahniah, New Born

Alhamdulillah syukur ke Hadrat Allah SWT, awal pagi ini ana sekeluarga dianugerahkan seorang baby comel perempuan yang selamat dilahirkan isteri tercinta dengan berat 3.3KG. Tahniah, alf mabruk, congratulation buat isteri tercinta. Semoga kehadiran anak ketiga kita ini akan menambahkan lagi seri rumahtangga yang sama-sama kita bina. Syukur kerana semuanya selamat. Ibu sihat, bayi selamat.

Pagi tadi dalam sekitar jam 4.30, isteri mengejutkan ana kerana terasa sakit perut. Tanpa berlengah ana terus bersiap-siap apa yang patut untuk menghantar isteri ke wad bersalin di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Setiba di hospital jam baru menunjukkan pukul 5.10 pagi. Kami terpaksa menunggu di luar kerana pegawai bertugas tidak ada di kaunter sehinggalah jam menghampiri 5.30 pagi barulah ana mengambil keputusan untuk menjenguk masuk ke dalam wad berkenaan secara redah (masuk tanpa izin) kerana isteri sudah menampakkan sangat sakitnya.

Selama masa menuggu di luar, isteri sempat meminum seteguk minyak selusuh yang ana usahakan sendiri dengan sebiji buah kurma rutob dan air zam zam. Mungkin berkat ilmu Allah dan dengan izin dan rahmatNya jua, maka isteri ana selamat bersalin dalam masa tak sampai 30 minit dalam wad natal itu. Syukur sangat-sangat kerana Allah telah mempermudahkan.

Alhamdulillah, thummal hamdulillah…

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. putra
    Jun 10, 2008 @ 14:13:43

    tahniah ust ! dapat anak lagi..

    IbnRajab: Jazakallah akhi..

    Balas

  2. Nor Azizah Atan
    Jun 11, 2008 @ 00:06:10

    Tahniah Ustaz…semoga kehadiran cahayamata yang ketiga ini menambahkan rezeki dan menjadi sumber inspirasi ustaz dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang suami, ayah juga pelajar…Semoga berjaya.Tahniah dan jaga isteri n anak2 dengan baik.

    IbnRajab: Jazakallah Tuan! banyak doa dan harapan tuh.. insyaAllah.. dengan inayahNya jua kita semua dapat capai apa sahaja yang dihasratkan.. semoga doa sahabat2 semua dimakbulkan Allah.. Amein.. tq skali lagi..

    Balas

  3. musafir sufi
    Jun 14, 2008 @ 22:26:30

    mabruk yie….anak ni nama gapo plak???

    IbnRajab: Namanya “Akrimy Mathwa” akhi.. nukilan dari surah Yusuf ayat 21. Semoga tempatnya (mathwa) nanti akan dimuliakan oleh Allah SWT di dunia ini dan di akhirat nanti. Kami ibubapanya boleh tumpang sekaki. In Sya Allah

    Balas

  4. cikdaun
    Jun 19, 2008 @ 23:31:32

    Congrats!! 🙂 Nama pun unik.

    IbnRajab: Terima kasih. Tahniah buat cik daun juga! Semoga dapat kejar kita dan dapat anak lebih ramai.. insyaAllahu Taala.. semoga daun-daun bertambah hijau, lebat dan rendang, memayungi umat Nabi Muhammad SAW..

    Balas

  5. lah ipr
    Jun 29, 2008 @ 14:48:35

    salam ustaz, terlebih dahulu tahniah atas kurniaan waris baru.. moga-moga dengan kehadiran orang baru menambah keceriaan dan kebahagian.

    IbnRajab: terima kasih ustaz.. semoga doa ustaz dan doa kita semua dimakbulkan Allah.. amien

    Balas

  6. Trackback: Kelahiran permata hati kami ke-4 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: