Tentang Iman

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh

Iman seseorang adalah satu perkara batin yang tersemat dan tetap dalam hati dan jiwanya. Tidak ternyata dan tidak pula diketahui oleh orang lain melainkan daripada tingkah laku dan amal perbuatan. Oleh itu iman adalah satu tenaga jiwa, yang sangat-sangat bernilai untuk menguasai tiap-tiap tingkahlaku dan amal perbuatan seseorang individu.

Iman yang menguasai dan membentuk keadaan manusia itu bukannya iman yang hanya dituturkan dengan kata-kata yang indah dan menarik, atau yang berupa inginkan kebaikan hanya dengan angan-angan sahaja, sebaliknya iman yang dituntut itu ialah iman yang berakar tunjang di hati dan dibuktikan pula dengan amal perbuatan.

Iman yang menguasai dan membentuk keadaan manusia itu bukannya iman atau kepercayaan yang semata-mata percaya akan adanya Allah SWT, Tuhan yang menciptakan, menguasai seluruh alam dengan segala undang-undang (sunnahtullah) tetapi sebaliknya iman dan kepercayaan yang ada isi, selalu pula ditambah isi dengan ingatan kepada Allah, iaitu pemberi segala nikmat, kemewahan, pencipta segala kejadian yang indah dan menakjubkan lagi dilengkapi dengan peraturan dan undang-undang ciptaannya.

Iman yang berisi dengan ingatan tersebut ialah iman yang menjadikan seseorang gemar menghargai keindahan ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana, merasai diri terlalu kecil dan kerdil, di samping bersyukur atas nikmat dan segala rahmat Allah yang tidak akan dapat dihitung. AKhirnya menjadikan seseorang itu taat setia dan patuh kepada segala apa yang bersumberkan Allah SWT. Sentiasa berwaspada dan takut melanggari had-had atau batas-batas yang telah ditentukan.

Iman yang berisi dengan ingatan tersebut ialah iman yang mendesak seseorang supaya melakukan hanya perbuatan dan amal-amal yang diterima Allah, dan yang mendesak supaya selalu berusaha meninggalkan larangan Allah walaupun ia agak disukai oleh hawa nafsu, dalam hidupnya yang berseorangan mahupun secara bermasyarakat.

Imam yang berisi dengan ingatan tersebut ialah iman yang menjadikan seseorang berjiwa besar, gemar berdiri di atas kaki sendiri, tidak suka bergantung kepada yang lain daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan hukum Allah SWT.

Iman tersebut melarang seseorang jangan sesekali berlaku sombong, bermegah-megah, lupa dan leka kerana segala kekuasaan, kebesaran, keagungan, kekayaan, kebijksanaan dan segala-galanya adalah milik Allah semata-mata, segala-galanya adalah berbentuk pinjaman daripada Allah belaka, dan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bilakah tiap-tiap satunya akan diambil kembali.

Iman tersebut bukan sahaja dapat membentuk manusia menjadi baik, bahagia dengan amalan-amalan solehnya kepada Allah tetapi juga membentuk fikiran, perasaan dan jiwa manusia agar menghargai sesama manusia bahkan seluruh isi alam yang lainnya. Lantas ia akan berusaha melakukan yang terbaik semampunya demi kebaikan kepada dirinya sendiri, masyarakatnya juga makhluk-makhluk Allah yang seluruhnya.

Iman yang tersebut juga menjadikan seseorang tabah hati serta teguh dan sabar dalam segala keadaan. Ia tidak sekali-kali putus harapan, tawar hati sekalipun ia berhadapan dengan pelbagai ujian, rintangan serta halangan yang datangnya kerana ujian Allah SWT jua. Kerana seseorang yang memiliki iman tersebut telah yakin, bahawa dalam apa keadaan sekalipun, ia tetap akan ditolong dan dibantu oleh Allah SWT yang telah mengujinya. Imannya telah mengajarnya bagaimana untuk hidup bahagia, di dunia dan di akhirat.. Imannya telah menemukannya dengan Allah SWT sebelum ia bertemu secara jasadiah di hari pembalasan kelak!

Selamat bermuhasabah diri..

Wallahu aklam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: