Subsidi Minyak

Bismillahirrahmanirrahim..

Bagi sesiapa yang belum ada pengalaman membuat tuntutan subsidi minyak, inilah dia rupa borang permohonan yang diminati ramai lebih daripada pisang goreng panas. Ana sendiri menimba pengalaman itu hari ini di Pejabat Pos Bachok. Setelah menunggu lebih kurang 2 jam, barulah penantian membuahkan hasilnya. Syukur alhamdulillah dan juga terima kasih lah Malaysia.

Ya lah, dengan kenaikan harga minyak yang agak terlalu mendadak dan tinggi (rujuk pandangan kebanyakan masyarakat di mana-mana sahaja samada di warung kopi, dada akhbar, blog dan sebagainya) maka subsidi ini dikira mungkin agak wajarlah juga. Semua orang akan dapat samada sokong, marah, setuju atau tidak setuju, asalkan layak iaitu keupayaan enjin kereta tidak melebihi 2000cc (dan juga jangan lupa, membuat tuntutan).

Tetapi kalau ana, biasa duit untuk isi minyak adalah dalam lingkungan RM210-RM280 sebulan, kini menjadi RM300-RM400 sebulan! Paling minima impak kenaikan harga minyak yang ana kena tanggung adalah RM90 sebulan. Maksima pula RM120. Dapat subsidi pula RM625 setahun iaitu bersamaan dengan RM52.08 sebulan. Jadi kos bersih yang ana kena peruntukkan untuk minyak adalah paling minima RM38 sebulan. Dah tolak subsidi tuh. Kira ok ka tu? Itu belum impak benda lain yang harganya turut meninggi disebabkan kenaikan harga minyak. Fikir lah sendiri. Apa-apa pun hidup perlu diteruskan dan cara berfikir perlu diubah kot.

Bagi orang yang ada kereta, tetapi jarang-jarang isi minyak (jarang guna) atau yang ada dua kereta dan hanya guna satu kereta, atau ada lebih dari dua kereta, mungkin mereka untung dengan sistem pengagihan subsidi seperti ini. Sebagai contoh kalau ada dua kereta dah dapat RM1250, sebulan dapat subsidi minyak RM104.16. Jika ada maksima 5 kereta dapat subsidi minyak RM260.40 sebulan. Untunglah siapa yang ada kereta-kereta terpakai yang sengaja diletak dikampung-kampung bagi kegunaan keluarga mereka (amal jariah dah nih) dan membayar road-tax.. dapat minyak free kerana kereta kat kampung tu bukan orang tu guna sangat pun.

Cerita di Pejabat Pos
Al-maklumlah pejabat Pos Daerah Bachok ni untuk penduduk kawasan Bachok yang kebanyakkannya adalah orang kampung macam ana. Ada yang petani, nelayan, pengusaha, peniaga, pemandu kereta sewa dan bermacam-macam kelompok orang. Hari tu masa ana bayar road tax (sahaja tak buat claim lagi pun) orang dah ramai. Hari ni, orang masih ramai. “Ramai juga orang Bachok ni yang ada kereta. Dan motorsikal juga”.

Nak dijadikan cerita, setelah dua tiga orang berurusan, pegawai kauter tu letak kad yang tertera padanya “Off line, harap maaf” pula. Bising hangat orang-orang kampung macam ana. Macam-macam suara kedengaran. “Marin mace nih doh, habih dua tigo oghe, putuh line, kelik sajo..”. “Hok heran, pitih masuk lah ke dio (bayar bil dan bayar road tax dll) bulih pulok, nak wi lah kito pah saghi sahgi maghi tak leh lagi..”. “tepak bayar jabak poh so, try wak tepak bayar lain etek”. “Takut pitih habih eh”. Itulah rungutan yang keluar mungkin akibat kesusahan yang ditanggung oleh orang-orang kampung yang ingin membuat tuntutan subsidi mereka.

Akhirnya
Kebanyakkan orang kampung ana terutama yang bising-bising tadi angkat punggung dan pulang ke rumah sambil merungut itu dan ini. Antaranya “Kito nya banyok kijo, nak ambik cucu lagi, nak beli lauk lagi.. bla bla bla”. Selepas hampir sejam menunggu orang kaunter itu pun angkat lah kad tadi dan nombor giliran pun mula berjalan. Orang ramai yang tadinya memenuhi ruang menunggu kini tinggal dua tiga kerat sahaja. Termasuk ana.

Oleh kerana ramai orang yang dah balik, cepat sikit lah ana dapat. Sebenarnya bukan masalah tak ada duit, bukan masalah malas layan dan sebagainya, memang masalah teknikal berkaitan komputer dan line yang menghubungkan pejabat pos dengan JPJ. “Di komputer ni ada pelbagai line dik, walaupun sesama JPJ, tapi untuk road tax line lain, utk subsidi line lain pula” rungut pegawai yang bertugas di kaunter itu pula.

Faham lah ana kenapa kadang-kadang masalah kecil boleh jadi besar sebab tidak ada sedikit kesabaran dan cepat membuat andaian sendiri. Semua orang (terutama yang bekerja dan beinteraksi dengan orang lain secara langsung) sebenarnya nak juga cepat selesaikan urusan dengan orang. Boleh rehat. Tetapi sudah benda itu benda baru, sistem pula baru, mesti ada masalah dan kelemahan di mana-mana. Yang menang dan berjaya dalam apa jua situasi, adalah mereka yang sabar.

Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. Mike Harmon
    Jul 03, 2008 @ 13:37:44

    Nice site. There?s some good information on here. I?ll be checking back regularly.

    IbnRajab: Tq for visiting my simple site..

    Balas

  2. ikanbilis
    Jul 10, 2008 @ 17:34:19

    mmm..nice site have a good day

    IbnRajab: tq, đŸ™‚

    Balas

  3. Trackback: Subsidi Minyak Online « Kalam IbnRajab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: