Penyata KWSP

Assalamu’alaikum wbt..

Jangan tak tau, urusan dengan pihak KWSP sekarang ini semakin canggih. Mereka sudah ada mesin Kiosk Pintar yang menyediakan perkhidmatan menyemak dan mencetak penyata KWSP anda untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya. Mereka juga menyediakan perkhidmatan Kiosk Internet untuk pelbagai kemudahan berurusan terus ke laman peribadi anda.

Kiosk Pintar
Sebuah mesin touch screen yang diletakkan di bahagian dalam pejabat KWSP (ruj. caw Kota Bharu). Dua perkhidmatan setakat ini yang disediakan iaitu menyemak dan mencetak penyata, satu lagi perkhidmatan pendaftaran i-Akaun yang membolehkan anda mengurus akaun melalui laman web. Perkara yang boleh diuruskan adalah seperti; pertukaran dan kemaskini alamat, semakan penyata kira-kira tahun semasa dan sebelumnya, melihat status dan rekod pengeluaran, melihat dan mengira had pengeluaran dan memindah turun borang-borang berkaitan.

Untuk mencetak penyata kira-kira anda melalui mesin kiosk pintar ini, anda perlu tekan skrin untuk pilih bahasa, masukkan mykad, letakkan ibu jari kanan pada pengimbas cap jari, pilih penyata dan cetak penyata (diberikan percuma sebanyak 3 helai dalam masa sebulan).

Untuk lebih maklumat, kunjugi laman KWSP di sini

Muhasabah
Dunia hari-hari semakin canggih dan nampak memudahkan. Pertama, adakah kita mengetahui, menguasai dan memanfaatkannya? kedua, adakah kita sedar semua ini adalah bukti bahawa pencipta Alam ini ada? dan pastinya akan menyediakan perkara-perkara yang tidak pernah didengari oleh telinga, dilihat oleh mata bahkan terlintas diminda pada hari kemudian (akhirat). Maksud ana, bersedialah dengan amalan yang akan diberikan balasan yang baik oleh Allah SWT kelak. Sedarlah bahawa alam akhirat itu pasti. Sedikit sebanyak penemuan benda-benda canggih hari ini turut sama membuktikan kewujudannya juga.

Wallahu aklam..

UpdateΒ 7 Julai 2009 (setelah setahun artikel ini diterbitkan)
Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi membaca dan berkongsi maklumat dalam ruangan komen di bawah. Di sini ana ingin memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang tulis komen pasal nak tau penyata kwsp, dukacita dimaklumkan dan ana ulang sekali lagi bahawa ana bukanlah seorang staf kwsp. Artikel ini ana tulis kerana ingin berkongsi kemudahan terkini yang disediakan di pejabat kwsp (walaupun ana bukan pencarum kwsp sebenarnya). Kepada mereka yang ingin maklumat lanjut berkenaan tabungan/caruman/simpanan mereka dengan kwsp, silalah anda berhubung dengan mana-mana pegawai kwsp di mana-mana pejabat kwsp ataupun menghantar email melalui laman web kswp sendiri. Sekian, maaf sekali lagi dan harap maklum.

Advertisements

135 thoughts on “Penyata KWSP

  1. adenan bin ithnin

    1.memohon penyata caruman.
    2.bertanyakan tentang meklumat permohonan pengeluaran caruman kerana memilih dari skim KWSP ke skim Pencen.Tarikh permohonan pengeluaran saya pada bulan disember 2008.

  2. adenan bin ithnin

    sambungan…..
    no kad pengenalan diri. 720722-01-5833
    no Ahli KWSP. 11846346
    tarikh permohonan. 09-12-2008
    Pejabat KWSP Muar ialah 00104
    ID penggunanya. C417.
    sekian untuk makluman pihak tuan.
    kerja sama amat dihargai.
    sekian.

    IbnRajab: hrp maaf, ana tak dpt nk masuk atau mmbuat semakan akaun bg pihak sdr.

  3. emylia

    salam..macam mna sy nak tau nombor kwsp dan cek penyata?

    IbnRajab: w’salam. baru kerja ek? biasanya majikan akan uruskan kwsp. bila dah ada acc, pihak kwsp hantar surat kat kt

  4. zahari

    hye saya nak nombor kwsp saya..saya dah pernah keja tapi nombor kwsp saya hilang boleh tolong tak?macam mana nak dapatkan nombor tue semula???

    IbnRajab: sila hadir ke pejabat KWSP berdekatan dan tunjuk ic utk dptkan nombor akaun. tq

  5. JennyKoh

    Sila tuan/Puan bagi tahu Saya selain gaji wajib masuk KWSP,Overtime,allowance kedatatangan, commisson,bonus,allowance petrol bagi pekerja saya .mana yang kena masuk carum dalam KWSP?
    Terima kasih

    IbnRajab: maaf tuan, sy tak dpt jwb soalan tuan, sbb sy bukan pegawai KWSP pun.. πŸ™‚

  6. qrisyah

    tolong leee saya. dah lama x dpt penyata… nk g pejabat kwsp x de masa. blh ke tengok on line

    IR: blh nk tengok online, tp sebelum tu mesti ke pej kswp utk dptkan akses yg pertama

  7. zulkifli

    ADAKAH MENGUNTUNGKAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH MELALUI KWSP?

    Unit Trust atau dalam bahasa Melayunya ialah Unit Amanah, merupakan skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim.

    Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah kepada para pelabur dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan didalam portfolio pelbagai saham dan bon atau instrumen lain yang khusus.

    Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kewujudan Unit Trust selain daripada ASB, ASN dan sewaktu dengannya, malahan ada juga yang tidak tahu apakah bendanya Unit Trust ini walaupun berita mengenainya tergambar jelas di akhbar. Malahan jumlah mereka yang melabur di dalam Unit Trust juga tidak ramai kerana mereka masih lagi tidak tahu mengenai kepentingan Unit Trust. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kita tentang kepentingan pelaburan lumayan ini sangat rendah.

    Yang agak membimbangkan rakyat Malaysia ini lebih gemar melaburkan wang mereka terhadap Skim-Skim Pelaburan Cepat Kaya yang merugikan daripada melabur di Unit Trust yang lebih menguntungkan. Yang peliknya, walaupun mereka rugi beribu-ribu dan berpuluh-puluh ribu pun mereka tetap masih mahu melabur di Skim Cepat Kaya lagi. Ini bermakna rakyat Malaysia ini masih mempunyai keinginan yang tinggi untuk melabur tetapi dalam masa yang sama masih tidak mengetahui tempat yang betul untuk membuat pelaburan yang menguntungkan seperti di Unit Trust..

    Saya mendapat dividen tahunan dari KWSP. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk melabur kedalam unit pelaburan yang lain?

    Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:

    Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%

    Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%

    Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan? Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!

    Kepada sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya terus, terima kasih.
    salam bijak wang.sekian

    IR: terima kasih atas perkongsian ilmu yg diberikan. sila hubungi ana secara peribadi utk sebarang iklan yg berbentuk komersial yg ingin dipaparkan di blog ini. semoga segala ilmu menjadi bekalan di akhirat. insyaAllah.

  8. ZILA

    ana kerja kilang tahun 2000 tahun, thn 2003 ana msk tentera,soalan ana adakah akaun kwsp ana masih aktif, bilakah ana boleh mengeluarkan duit tersebut

    IR: masih aktif. duit blh keluar bila dah confirm masuk skim pencen

  9. Norwati Lias @ Ismawin

    Kenapa susah sangat nak msuk laman web KWSP..Tiap kali nak check penyata @ login mesti prob…boleh tolong jelaskan tak network ok je…mana je saya pergi tak boleh msuk lah nak check penyata nie susah lah lagi pun saya tinggal kat Putrajaya kat cni mana ada kiosk KWSP…Pada pndapat saya elok lah KWSP membuka cawangan di Putrajaya tak pun kiosk ok kan…Kat Kajang memang ada cawangan KWSP tapi probnya pengangkutan dan kitaorg yang tak ada pengangkutan nie susah lah nak p check akaun KWSP…Lagi truk spt saya org Sabah tak tau jalan sekitar kajang…Pihak KWSP tolong lah pertimbangan pendapat saya ini.Terima Kasih dan mohon maaf jika terslap kata.

    IR: lawat pej kwsp sekali sahaja. set password dulu sebelum blh menguruskan data kwsp secara atas talian (online)

  10. Wan

    Assalamualaikum wbt..ana seorg guru(3 tahun berkhidmat) dan telah disahkan jawatannya..sekrg ana telah memilih skim pencen..apa yg ana ingin tahu..berapa kah peratusan yang ana layak dapat daripada keseluruhan jumlah KWSP ana..untuk makluman ader yang menyatakan 45% n ader 60% n etc2 dari jumlah keseluruhan KWSP kita tu..ana confius..terima kasih.

    IR: w’salam. anda akan dpt hak anda shj (caruman anda) manakala caruman majikan akan dikembalikan kpd kjaan. ttp sekiranya anda pernah mengajar sandaran, maka anda dapat 100% utk masa sandaran itu (caruman anda dan majikan). begitu jg sekiranya anda ada pernah kerja swasta sblm2 ni.

  11. SUHAIDA

    salam…lau kita xpg pjabat kwsp utk dpatkan penyata 2,dia xhntr kat umah ?

    IR: dia hantar mcm biasa ke alamat terkini yg ada dlm simpanan mrk. tp, pergi ke pej itu untuk daftar penggunaan/manage acc kwsp cara online. pergi sekali sahaja seumur hidup

  12. kenapa tidak kwsp memberi peluang pencarum membuat pengeluaran dalam bentuk peratus yang sesuai setiap tahun untuk menampung kos kehidupan yang tinggi kini

    IR: mudah2an ada org kwsp baca komen/cad anda ini

  13. ya….rabi…..kamek tuk diam diulu benua cam ni nak gi kwsp kat kuching…kerjq kelapa sawit

    IR: sik hal, kelak2 sampe kch lah pegi. sekali ajak pastu blh manage online πŸ™‚

  14. eza

    konfius nie…klu nk cek i-akaun perlu aktifkan akaun dulu yea?….mintak kt mana2 caw KWSP ke?…….nanti diaorg bg no yea…pastu br sy cek akaun dlm internet?

    IR: ya. apply kat kiosk di pej kwsp

  15. Natasha

    Salam. Sy dah keje dkat 1 tahun lbh pihak atasan tmpt keje xde pun gtaw no. Kwsp sy. Smpi skrg dpt keje bru,dowg minx no. Kwsp,sy dah pening kpale xtaw nak jwb pe dah. Mcm ne ye nak taw no kwsp sy?

    IR: w’salam. pergi sahaja ke pej kwsp, tunjuk ic dan pasti mrk akan memberi anda no kwspnya. wallahu aklam

  16. asaalamualikum,,,,,
    cik saye nak tau no KWSP saye,,,??
    no ic 900315016618

    IR: w’salam. rujuk KWSP, ini bukan laman rasmi KWSP cik πŸ™‚

    1. ZU

      Senang saja, cal mana-mana cawangan EPF yg terdekat, sambung ke bahagian caruman, dan bg no IC untuk mereka check no EFF saudari, selamat mencuba

  17. ZUL

    salam 1 malaysia warga malaysia …. nk tanya pihak kwsp .. bila sdh disahkan jawatan dlm kerajaan akaun mana yang boleh keluarkan duit… terimakasih…

    1. ZU

      Untuk mendapatkan Penyata EPF secara online, saudara perlu register dahulu kemana2 cawangan EPF terdekat, selepas itu barulah kita boleh dapatkan ID no. dan password, barulah kita boleh anytime tengok statemen EPF kita, pukul 3 pagipun boleh tengok statement tu, pertama sekali kena pegi pejabat EPF..ok ..selamat mencuba

  18. ida

    thn 2000 sya keje x smpai 2 bln,tp dlm pyata gaji sya ada potongan kwsp…skrg dh 2010 sya x pnh mncarum….adakah sya msh pncarum?sbb sya x pnh dpt pyata pun?

  19. cik sye nak tnye psl kwsp sye ni….sye bwu kje 7bln tpi sye comporm msuk cmpny 5bln,,setau sye klo wat kwsp ni majikan,,tpi majikan sye tak wat pun prtma dy ckp tunggu surat,,sye tunggu surt tu tp xsmpai..lps tu sy pgi tnye dy swoh sye buat sndir,,tp sye xde mase nak pgi,,,lps tu kwn sye suruh tlpon pjbt kwsp mntak no ahli sye tu,,skarang ni sye dah dpt no ahli tu,,
    tpi yg wat sye bingung skang ni klo sye tak bgi cop jri tu tak ape ker…ape sye kne pgi juak kat pjb kwsp ni..??????

    sye harap ncik boleh tlg saye,,,,,

  20. saya nak minta tlng cm mna nak thu brapa da saya tlah carum kt kwsp spanjang saya bkerja di syarikat swwasta…bkn pe saya tkut klu2 saya kena tipu bb skrg ni byk majikan yg x jujur kt staf2 dia jadi klu bleh saya nak mnte tlng kt cik…untuk selasai kn masalah saya ni…

  21. Assalamualaikum,
    mohon kwsp buka satu laman kiost internet bagi memudahkan org awam menyemak baki akaun kwsp dg mudah dan pantas, selain dapat mengeluarkan penyata melalui i/c shja.mgkin utk keselamatn pihak kwsp boleh menyediakan pengisian maklumat spt pendaftaran dgn menggunakan i/d atau kod keselamatan sendiri. ini kerana kesebukan dan kekangan masa untuk kami ke pejabat kwsp hanya untuk menyemak penyata, mungkin ini boleh dilaksanakan utk tahun hadapan,

  22. Fred.

    Saya berasal dari Ranau Sabah lebih 150 km dari Bandar Kota Kinabalu. Soalan saya kenapa pihak KWSP tidak membuka cawangan kecil pejabat ditempat saya bagi kemudahan semakan urusan yang kecil seperti semakan pelaburan klau melalui internet wajib passwod lagi takkanlah ke Kota Kinabalu hanya dengan urusan begitu sahaja kerana melibatkan kos beratus ringgit???. memadailah seperti yg dibuat oleh Pejabat Kecil JPJ.Tolong beri respone tentang pertanyaan saya.

  23. mirul

    salam..saya de masalah.mcm ne nak daftar kat kios klu ic xblh nak baca?xde cara lain ke utk semak penyata?contohnya mcm masok kan no ic je ke..tolong..

  24. are in

    bagaimana nak semak penyata kwsp secara online selain mengaktifkan i-akaun??
    nak semak guna kiosk pintar , masalahnya chip ic tak boleh baca . Tak boleh nak buat kata laluan.
    takkan nak ganti ic baru boleh boleh cek??

  25. baharim

    Salam, saya nk tumpang tanya…spt yg kita baca dalam website kwsp pengeluaran untuk kesihatan spt penyakit yg tersenarai tu untuk adik beradik dibenarkan tapi adakah sekiranya adik ipar pun boleh? adik ipar saya menghidap penyakit kritikal leukimia dimana perbelanjaannya sgt tggi..hrpnya jika kwsp sya dpt dikeluarkan sedikit untuk membantu kuarga mertua, ringanlah sedikit bebanan mrk..

    harap sangat nak tahu..

  26. fabian bin julian

    assalamualaikum,saya nak tahu penyata kwsp saya…
    fabian bin julian
    barik pengesan d6b jsj ipk
    kepayan kota kinabalu sabah..
    boleh tolong semakkan penyata kwsp saya …
    tq.

    1. ZU

      Penyata akaun EPF setiap tahun akan dihantar kepada pemegang akaun, ke alamat majikan masing2 ataupun ke alamat yg kita register untuk surat menyurat, klu ingin detail lagi senang saja, call saja dan tanya caranya, ataupun tulis surat yg anda inginkan penyata akaun, dlm surat tu tulis nama lengkap IC No, dan No EPF kita dan tahun penyata yg anda ingin kan….senang je…selamat mencuba

    1. ZU

      Cik Nurashikin, awak boleh call pejabat EPF terdekat, bagi nama penuh dan IC no, staff EPF terus akan bagi No ahli KWSP anda….. sekadar ingin memberi maklumat, sy bukan Staff KWSP………..selamat mencuba

    1. ZU

      E. saiful, saudara boleh call cawangan EPF terdekat ( 03-26946566 ) bahagian Ahli, bagi no.ICdan nama penuh ,meraka akan segera dapatkan No.KWSP anda … ( sebenarnya ini adalah tugas staff yg berkenaan di tempat syarikat awak tu)……sekadar ingin menolong

  27. mislaton binti kasan

    Assalamualaikum..macam mana saya ingin menyemak KWSP saya..
    sedangkan ianya sudah lama tidak disemak sejak tahun 90-an lagi??

  28. Irqin Harmuniza Binti Mustafa

    Kalau seseorang itu telah di senarai hitam oleh pihak bank, adakah pihak bank boleh menyekat pengeluaran KWSP?

  29. adib

    salam , sy ingin tahu mcm mana nk tahu sy punya acc no KWSP melalui laman sesawang nie . harap pihak tuan/puan dapat membantu saya .

  30. Sya mariati muil ingin nak tahu berapa duit simpanan sya. pada tahun 2009.?dan sya nak tahu betul ka.majikan sya telah mengurus kwsp sya?,sebab majikan sya memotong gaji sya tiap bulan sebanyak rm50,,

  31. sujen

    salam,saya berumur 19thn saya nak smbung study di luar negeri.Boleh tak sa menggunakan akaun 2 kwsp saya untuk membayar kapal terbang sma yuran pendaftaran nanti.tapi saya baru 1 tahun lebih kerja.dan mempunyai 1 ribu lebih dlam akaun 2 kwsp saya..boleh kar kasih keluar duit dalam akaun 2 kwsp saya..sebab sa sngt memerlukan..

  32. Jason Tan

    (diberikan percuma sebanyak 3 helai dalam masa sebulan).
    adakah kenyataan diatas bermaksud ia diambil kira bulan ke bulan atau untuk contoh kalau saya telah mencetak penyata pada 14/4/2016 dan untuk bulan seterusnya saya hanya dibenarkan mencetak penyata di kiosk selepas 14/5/2016.?

    Terima Kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s