Bantuan

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Menjawab pertanyaan beberapa rakan, kenalan dan pelawat Kalam IbnRajab yang ada memohon untuk mengambil beberapa artikel untuk dimuatkan samada dalam majalah sekolah mereka, blog peribadi mereka dan sebagainya, maka dengan ini ana izinkan apa sahaja tindakan yang dapat memberi manfaat yang baik kepada (kalau boleh) seluruh umat manusia. Kerna itu juga sebenarnya niat disebalik kewujudan laman blog yang seadanya ini.

Kalau ada yang terbaca tulisan ana yang sebelum ini berkenaan antivirus, kat bawah sekali tulisan tu (dalam p/s) ana ada tulis macam nak kenakan caj RM50. Sebenarnya itu melawak je. Bagi menampak mesrakan sedikit tulisan itu. Ana (sebenarnya tak banyak sangat) ada juga terlibat dengan membetulkan komputer rakan-rakan, bagi tunjuk ajar tentang beberapa software (yang ana tahu serba sedikit itu) tapi ana tak terfikir pun untuk minta bayaran. Jangan salah sangka dan membuat andaian awal sebelum anda mengenali seseorang kerna hanya anda baca tulisannya. Sepatutnya bila anda rasa sangsi, anda ajukan soalan dengan cara yang betul (profesional kata orang).

Untuk rakan-rakan (pelawat Kalam IbnRajab) yang ingin mencari artikel tentang apa sahaja tajuk dalam blog ini (tak semua isu/tajuk ana dah tulis, kerna kekurangan ilmu dan masih mencari sebenarnya) taip sahaja pada ruangan “cari” dalam kotak menu sebelah kanan tu. InsyaAllah senanraiĀ artikel (kalau ada) akan terkeluar pada halaman utama ini. Sebagai contoh anda taiplah ‘prepaid’. Akan keluar (kalau tak silap) empat catatan berkenaan dengan prepaid itu.

Harapan ana, semoga laman ini akan memberi sedikit manfaat bagi anda, paling kurang merapatkan ikatan persaudaraan antara kita (memang tidak dinafikan ana telah dapat beberapa rakan melalui tulisan-tulisan sebelum ini dan kini hubungan itu agak terjalin, alhamdulillah, padahal sebelum ini kami tidak pernah kenal). Dan ana juga mengharapkan akan ada (sentiasa pun takpe) teguran-teguran yang membina (bukan mengutuk la kalau boleh anda kawal sikit emosi, hehe) moga sama-sama kita bantu membantu sesama insan untuk memperolehi bantuan Allah jua dalam melakukan taat kepadaNya.. Amien.

Sekian, terima kasih atas sokongan anda semua dan wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: