Rakan Kalam IbnRajab

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana kehadiran laman Kalam IbnRajab ini semakin mendapat sambutan dan diterima oleh para pelawat sekalian. Tidak dinafikan bahawa kehadiran atau kunjungan anda semua sedikit sebanyak memberikan suntikan kepada minat ana untuk terus menulis. Segala teguran yang membina dan doa antum semua, ana akan abadikan dalam lipatan sejarah perjuangan peribadi. Harapan ana juga semoga isi dan kandungan laman ini sesuai untuk dimanfaatkan ataupun untuk disebarluaskan secara bersama.

Kita semua sedia maklum akan tiga perkara sahaja yang tidak akan terputus pahala amalannya apabila kita telah dijemput kembali ke hadapan Allah Taala; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya (Maksud al-Hadith). Apa-apa yang kita ada samada berbentuk harta wang ringgit yang dirasakan lebih sedikit itu maka kita sedekahkan. Apa-apa ilmu atau kemahiran serta dapatan yang kita perolehi hasil penyelidikan, pemerhatian itu maka kita kongsikan. Seterusnya kita mendidik anak-anak dengan ajaran dan landasan sebagaimana yang dianjurkan Islam. Itu semua akan memberi suatu pulangan yang baik untuk saham akhirat dan apabila ketika kita dijemput kembali kepadaNya.

Oleh yang demikian, kita perlu berusaha sekadar yang paling mampu, bagi mempastikan kita juga ada memiliki saham-saham sebagai bekalan kita di sana. Sama atau lebih hebat daripada saham-saham untuk mempastikan keselesaan hidup kita di dunia yang fana ini. Jadi, sebagai suatu lagi usaha untuk meneruskan kesinambungan manfaat isi kandungan dan persembahan laman Kalam IbnRajab yang tidak sepertinya ini, maka ana mengambil satu lagi pendekatan mewujudkan rangkaian emel.

Matlamat kewujudan rangkaian emel tersebut ialah:

1. Membina serta memupuk semangat persaudaraan dalam bentuk keluarga, usrah atau komoniti kecil seterusnya mempereratkan lagi ikatan silaturrahim antara penulis dan para pengunjung;
2. Membuka peluang dan ruang bagi cetusan idea, pendapat dan perbincangan dalam kalangan rakan-rakan peminat setia laman ini;
3. Mengirim salinan setiap kali entri Kalam IbnRajab diupdatekan. Dengan itu antum tidak akan terlepas membaca dan mengikuti setiap isu yang dibincangkan di sini. Serta memudahkan proses copy and paste sekiranya isu yang dibangkitkan itu hendak diulang terbit atau disebarluaskan;
4. Memberi ruang kepada antum semua sekiranya ingin menyumbang idea, artikel dan sebagainya untuk sama-sama dimuatkan sebagai entri Kalam IbnRajab; dan
5. Memberi ruang untuk sama-sama kita merancang apa sahaja aktiviti yang difikirkan sesuai.

Maka sekiranya anda berminat menyertai grop atau komuniti kecil Kalam IbnRajab, klik sahaja di sini atau klik dalam kotak menu sebelah kanan (iaitu link terakhir di bawah tajuk ‘Mailing List’). Setelah anda dibawa ke laman berkenaan, klik sahaja butang ‘Join This Group!’ yang terletak pada bahagian atas sebelah kanannya. Anda akan diminta untuk mengisi sedikit maklumat asas dalam borang yang disediakan. Atau hantarkan sahaja email kosong ke alamat ibnrajab-subscribe@yahoogroups.com. setelah itu anda akan didaftar sebagai ahli (member) yang sah dalam komuniti Rakan Kalam IbnRajab.

Harapan ana semoga kita semua dapat memanfaatkan kewujudan laman ini dan juga rangkaian emel Kalam IbnRajab tersebut. Semoga setiap niat baik kita mendapat pertolongan Allah SWT. Segala usaha kita yang waalaupun kecil akan dihitung sebagai amal soleh di sisi Allah SWT. Dan yang paling penting kita ada melakukan sesuatu bagi merealisasikan usaha dakwah ini disemarakkan kembali dan mendapat prioriti pertama dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia. Ayuh kita manfaatkan segala ruang, peluang dan kemudahan yang Allah sengaja sediakan hari ini bagi merealisasikan niat kita itu.

Sekian, wallahu min warail qasd, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: