Bas Budaya

Salamullahi’alaikum wbt..

**Tulisan ini bukan bertujuan mempromosi dan penulis tidak dibayar sama sekali untuk entri ini. Ia hanya sekadar suatu perkongsian idea bagi memperolehi manfaat secara bersama (daripada segi pengurusan kewangan yang boleh dikira baik)**
 
Berita baik bagi orang perseorangan, pekerja ataupun para pelajar yang berulang alik dari Lembah Kelang ke Kota Bharu. Kini syarikat bas ekspress e-Budaya telah memperkenalkan (kalau tak silap mulai bulan Jun 2008 baru-baru ini) kad keluarga yang diberi nama ‘Kad Family e-Budaya’ yang membolehkan pelanggan mereka memperolehi potongan 10% daripada harga tiket biasa. (tanpa had belian tiket)

Maksudnya, jika anda membeli 10 tiket untuk keluarga anda dari KB ke KL (tiket biasa RM30.80) maka anda hanya perlu bayar RM277.00 (anda jimat 10% iaitu RM31). Ambil sahaja tunai atau dapatkan satu tiket secara percuma.

Kad ini dijual kepada para pelanggan (sekali dan seorang sahaja dalam satu keluarga) dengan harga RM1 dan boleh diguna segera apabila membeli tiket. Maksudnya, anda nak beli tiket dengan harga RM30.80, tetapi memilih untuk memiliki kad e-Budaya terlebih dahulu, maka anda hanya bayar RM28.70 (RM1 untuk kad dan RM27.70 untuk harga tiket selepas diskaun 10%). Semudah anda hanya memberitahu jurujual tiket berkenaan.

Jika anda student dan ingin menyediakan perkhimatan kepada rakan-rakan (tolong belikan tiket untuk mereka) tanyakan pada pihak syarikat samada anda boleh gunakan kad tersebut bagi tujuan itu? sekiranya boleh, maka dengan menjual 10 tiket kepada rakan-rakan, anda sudah dapat 1 tiket percuma untuk balik ke kampung halaman di Kota Bharu.

Keselesaan
Pengalaman (baru) dua kali naik bas e-Budaya, tempat duduk memang sangat selesa. 2 + 1 seat. Memang selalu pilih single seat la. Tak kacau dan mengacau orang. Memang selesa. Dan kalau lambat anda tak boleh nak harap dapat single seat walaupun seat paling belakang.

Tetapi ana pilih bas Mutiara untuk ke Lembah Kelang sebab tiada perkhidmatan bas e-Budaya terus dari Bachok. Sebab kalau dengan RM3 (rebate dari harga tiket e-Budaya) memang tak berbaloi dengan masa nak ke Hentian bas Jalan Hamzah. Ke turun jam 3 petang untuk naik bas jam 9.00 malam. Orang kata, “aku tanah banyak (harta) tapi masa tarak!” Harap bas Mutiara pun akan ubah seat 2 + 1 juga lah. Lagi bagus kalau wujudkan kad diskaun juga.

Sekian, semoga anda dapat memaksimakan nilai wang anda seterusnya menjadikan anda seorang pengguna bijak. Pengguna bijak, manfaatnya banyak!

Wallahu aklam.

p/s: Entri ini ada kaitan.

Advertisements

11 Komen (+add yours?)

  1. hwa
    Jul 04, 2009 @ 23:21:43

    Selesa? Dah serik weh naik bas e-budaya nih. Takda bas baru ke laluan Kota Bharu ke Melaka.
    Setiap kali naik bas ni, memang ada saja yang rosak. Pernah sekali perjalanan dari Melaka ke Kota Bharu, naik bas di stesyen Melaka Sentral. Bas biasanya bertolak jam 8.00 malam. Kali ni jam 9.00 mlm bas belom sampai.
    Lewat sikit tak kisahlah. Tapi hati memang tak sedap lah. Bila masuk lebuhraya Segamat – Kuantan, rasa dekat Felda Krantong bas dah jalan henjut2 macam kereta lembu.
    Jam 5.00 pagi baru sampai sempadan Terengganu – Pahang. Jam 9.00 pagi sampai Kuala Terengganu dan terus tak boleh jalan dekat bulatan batu bersurat.
    Jenuh menunggu bas dibaiki, dah separuh penumpang dah cabut. Ingat dah baiki bas ok lah, cuba bayang nak sampai ke Batu Enam dari bandar Kuala Terengganu tak kurang 6 kali bas mati. Jam 1.00 tengahari sampai kat Batu Enam, bas terus tersadai. Tengah tunggu formen, aku terus belah dengan kereta sewa ke Kota Bharu.
    Apa kejadah jam 2.00 petang dok kial-kial kat K.Trg lagi.
    Takan takda bas ganti. Takda bas baru ke?
    Yang heran LPKP boleh benar bas camni berada di jalan raya.
    Walahhuahlam…

    IbnRajab: ya ka.. tak sangka pula mcm tu

    Balas

    • Hatu bukuh
      Sep 25, 2010 @ 17:49:53

      harap pengusaha e Budaya menitikberatkan kepuasan pelanggan…jangan hanya pandai mengaut keuntungan sahaja…setakat mempromosikan harga tiket yang murah dan seat yang luas itu tak memadai kalau kepuasan pelanggan tidak dititikberatkan…

      Balas

  2. mohd ridauddin
    Jul 27, 2009 @ 18:38:36

    asslkm..27/7/09 saya penumpang tetap e budaya semalam saya naik dari kota bharu ke k.l,bas saya naik bocor kerusi tempat duduk.bila bagitahu driver dia cakap duduk je macan saya ni bangla ha ha.. geram betul di buat nya..lepas tu driver muat barang seludup semalam banyak betul kira dah lebih muatan.saya harap pihak atasan tolong pantau.matskodar

    Balas

  3. Wan Siti
    Jun 28, 2010 @ 00:39:50

    21 Jun 2010.
    Perkara sama masih berulang!
    Naik bas e-budaya dari KB ke KL.
    bas e-budaya mati dekat sepuluh kali,
    sekali di Machang. Tapi driver call sape ntah..orang kat sana jawab.. jalan je…
    pas tu, mati lagi kt Jalan Machang-Kuala Krai, tunggu lebih sejam di situ..
    baru sampai bas ganti, itupun, bas ganti. Pun sama.. mati gak, kat highway Karak.
    Hampeh

    Balas

  4. rozain
    Ogo 04, 2010 @ 15:38:09

    macamana sy nk buat tempahan tiket? xde ke num fon yg boleh di hubungi? xda website ke?

    Balas

  5. Hatu bukuh
    Sep 25, 2010 @ 17:44:28

    Salam….e budaya memang bagus..seatnya memang luas tetapi basnya semua bas lama…banyak dh yang buruk…tak ada keluaran baru ke macam bas-bas lain…sekarang ni Ekspres Perdana dah melonjak naik terkehadapan..basnya yang begitu selesa dan puas hati la…harap e Budaya dapat tingkatkan prestasi dengan mengeluarkan banyak bas baru dan bas sedia ada tu boleh la untuk buat spare part…

    Balas

  6. Rosila Mehamad
    Okt 25, 2010 @ 11:25:36

    salam..saya ni pertama kali nak naik bas e.budaya untuk balik raya haji nanti. semua pun tahu yang bas budaya terbakar kat kelantan, jadi saya telefon lah hentian putra untuk tanya sama ada bas ada ke tak untuk balik kelantan nanti, tapi sungguh malang apabila yang menyambut panggilan saya begitu biadap sekali, saya cakap dengan elok, siap bagi salam lagi, tapi yang menyambut telefon tu cakap marah2, lepas tu letak telefon macam tu je. macam ni ke sikap penyambut telefon? orang macam ni ke yang e.budaya ambil kerja? memang tak ada adat, mana nya budi bahasa budaya kita? sia2 je kempen semua tu. pihak pengurusan e.budaya fikir2 kan lah sebelum mengambil pekerja..tidak sepatut nya saya sebagai pelanggan di layan sedemikian rupa.

    Balas

  7. fariza Hanim
    Mac 08, 2011 @ 16:40:46

    Ada skali pertama kali naik e-budaya, pergi ke Shah Alam, ok …saya sangat suka & selesa. Saya baca komen2 diatas menakutkan saya saje. Harap saya naik kali ke 2 ini, insyallah tiada masalah, tapi masih ragu-ragu.

    Balas

  8. Emily
    Apr 18, 2012 @ 14:52:20

    sy pun nk mluahkan ketidakpuasan ati dengan Pemandu & Pem. Pemandu. Ssh la kalau pekerja tidak hormat pelanggan. Dorg kena igt, yang support e-budaya adalah pelanggan, tp jika dengan pelanggan x leh nk ckp elok2 cmne? dr segi condition bus, boleh dimaafkan jika kakitangan e-budaya ada rase hormat & communication yang baik dengan pggna. setiap pengguna mmg layak dapat yg terbaik, tp kalau kakitangan ttp ngn sikap mereka…. mgkin e-budaya tidak akan boleh tahan lama dalam sektor pengangkutan di Malaysia. Harap pihak pengurusan bertindak la.

    Balas

  9. puteri
    Mei 22, 2012 @ 23:19:28

    Sekarang terdampar di tepi lebuhraya.bas budaya rosak 😦 dinasihatkan kepada pengusaha.kalau dah tahu bas buruk.tukar la.tak perlu menyusahkan penumpang menunggun berjam2.sumpah takkan naik bas budaya lagi.serik

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: