Ubat oh ubat

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan (mengingati seterusnya menyebut) nama Allah (sebelum berbicara kali ini) yang Maha Pengasih (kepada sekalian makhlukNya samada manusia, jin, haiwan dan sebagainya, dan samada mereka -manusia itu- beriman ataupun tidak di dunia ini; dan juga di akhirat nanti dengan memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka di dunia; yang baik dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya) dan Yang Maha Penyayang (kepada manusia atau jin yang -memilih untuk- beriman sahaja di dunia ini dengan memberi hidayah Islam dan iman serta petunjuk secara berterusan, serta di akhirat dengan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dipenuhi nikmat-nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati mereka).

Hari ini nenek dimasukkan semula ke hospital kerana serangan sakit jantungnya. Bulan lepas pertama kali nenek dikesan mengidap sakit jantung dan paru-paru berair. Juga telah dimasukkan ke wad ini, di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Hari ini doktor meminta izin untuk memasukkan ubat mencair darah yang mengandungi bahan hasil daripada lemak khinzir. Menangis-nangis nenek enggan. Iyalah, sejahil-jahilnya pun, rela tidak menyentuh benda haram lagi menjijikkan itu.

Kata doktor, tahap nenek sekarang ini hanya ada dua jenis ubat sahaja. Jenis yang pertama pernah diberikan ketika kemasukkannya ke wad hari tu tetapi membawa kesan lain iaitu kencing berdarah. Bagi mengelakkan kesan berkenaan, jenis ubat yang kedua ini perlu diberikan sebagai langkah mencairkan darahnya yang mula membeku dan boleh memberi kesan yang lebih teruk kepada penyakitnya.

Nenek minta doktor berbincang dengan ana. Kebetulan ana tidak tahu menahu pula tentang jenis ubat yang ini. Yang mengandungi gelatin diperbuat daripada lemak khinzir. Setahu ana Allah tidak menjadikan ubat daripada perkara haram. Fikiran ana mula kelam. Tetapi keputusan perlu diberikan segera. Dengan keadaan fikiran yang kosong, ana mendail nombor telefon rakan-rakan yang sama-sama belajar di Jordan bagi bertanyakan isu ini. Alhamdulillah mereka mengingatkan ana tentang satu kaedah fiqhiyyah “Akhaffu al-Dhararain” yang bermaksud meletakkan hukum berdasarkan mudharat yang paling ringan. Maksudnya di sini, gelatin lemak khinzir itu haram tetapi membunuh diri kerana tidak mahu berubat itu lagi besar tingkatan haramnya. Dalam isu ini, menjaga keselamatan diri atau nyawa itu lebih utama.

Ana menasihati nenek dan menjelaskan kepadanya. Akhirnya nenek memberi izin kepada doktor berkenaan untuk memasukkan ubat tersebut bagi mengurangkan sedikit penderitaannya.

Kini keadaan nenek lebih stabil. Mengikut kata doktor, ubat ini akan terus diberikan selama dua hari dan selepas itu (sekiranya keadaan semakin pulih) barulah ditukar dengan bekalan ubat yang biasa. Ana merenung nenek lama-lama. Alhamdulillah, dalam keadaan seperti ini, sensitiviti nenek terhadap agama masih juga tebal. Di samping ana bersyukur kerana doktor di sini memaklumkan kepada para pesakit berkenaan jenis ubat yang hendak diberikan kepada mereka. Dan sudi berbincang dengan pesakit dan keluarga mereka.

Ana juga terfikir. Ubat itu mesti hasil kajian dan penyelidikan pakar perubatan bukan Islam. Dan tekaan ana itu tepat sekali apabila ana terbaca satu kertas kerja berkenaan najis dalam perubatan modern yang ditulis seorang doktor muslim. Tetapi apakan daya, kerana dharurat orang Islam terpaksa mengambil juga ubat-ubat berkenaan. Menurut kertas kerja tersebut, bidang perubatan kecantikanlah yang banyak sekali terdapat unsur-unsur bahan haram berbanding penyakit lain. Tetapi umat Islam perlu sedar, sekiranya bahan haram itu nak digunakan bagi merawak kecantikan semata-mata, ianya tidak dibolehkan. Tingkatan dharurat adalah terbatas kepada perkara-perkara utama seperti menjaga nyawa, tidak untuk menjaga kecantikan.

Ana juga terfikir. Bilalah akan lahirnya para pakar perubatan muslim? Seperti Ibnu Sina dan lain-lainnya. Yang bukan sahaja mengkaji benda-benda halal untuk dijadikan penawar bagi sekalian manusia, bahkan akan melakukan solat hajat bagi memohon keberkatan hasil kajian mereka dan semoga manfaat yang diperolehi nanti melebihi kesan sampingannya. Kalau dah orang kafir yang rajin mengkaji, mereka tak akan kira halal haramnya lagi.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: