2008 Masihi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekadar suatu catatan ringkas. Ana teringat satu ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz di salah sebuah masjid di Kelantan pada awal tahun. Ia berkenaan dengan sebutan tahun Masihi yang selalu bermain di bibir orang Islam. Apakah panggilan seperti itu tepat sebenarnya? Persoalan yang sama sekali tidak pernah hadir di benak fikiran ana. Mungkin juga benak-benak orang lain. Tapi pentingkah persoalan seperti itu?

Beliau berpendapat bahawa orang Malaysia, samada muslim atau tidak, mereka tidak sepatutnya menisbahkan tahun yang diasaskan kepada pergerakan bumi mengelilingi matahari itu sebagai tahun Masihi. Kerana masihi itu dinisbahkan kepada agama Kristian yang diasaskan oleh al-Masih (Jesus dalam bahasa Arab). Orang Arab apabila menisbahkan sesuatu kepada sesuatu mereka akan menambahkan ya’ nisbah. Sebagai contoh al-Jurjani itu dinisbahkan kepada satu tempat bernama Jurjan.

Oleh kerana tidak semua penduduk Malaysia ini beragama Kristian, bahkan majoriti penduduknya beragama Islam. Maka tidak sepatutnya tahun tersebut dinisbahkan kepada agama Kristian. Samentelah lah lagi, ianya dianuti oleh sebahagian kecil penduduk sahaja. Dan kalau kita perhatikan, orang Islam juga tidak menisbahkan kalendah hijrah yang berpandukan kepada pusingan bulan mengelilingi bumi itu sebagai tahun Islami.

Sebenarnya, istilah yang paling tepat digunakan ialah tahun miladi kerana permulaan perkiraan tahun tersebut dikatakan berdasarkan kepada tahun kelahiran Nabi Isa. Miladi adalah perkataan Arab juga yang dinisbahkan kepada ‘milad’ bermaksud kelahiran dalam bahasa Melayu. Kelahiran tersebut adalah kelahiran Nabi Isa. Begitu juga tahun Hijri (hijrah) adalah nisbah kepada tahun permulaan peristiwa hijrah bagi umat Islam.

Oleh yang demikian, adalah wajar juga sekiranya kita mengubah penggunaan tahun masihi kepada tahun miladi kerana penggunaan tahun masihi adalah tidak tepat. Dahlah ia secara langsung dinisbahkan kepada sesuatu agama yang bukan majoriti dalam Negara. Maka tahun 2008M lebih sesuai disebut ‘Tahun Dua Ribu Lapan Miladi’.

Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. Trackback: Selamat tahun baru 2009 « Kalam IbnRajab
  2. Trackback: Selamat tahun baru Miladi 2010 « IbnRajab Online
  3. Trackback: Muhasabah 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: