Pendidikan Seksual

Bismillahirrahmanirrahim..

Isu ini sebenarnya isu lama yang kembali dihangatkan. Sejak akhir-akhir ini seringkali kita terserempak dengan artikel tentang pendidikan seksual ini samada di dada-dada akhbar, ataupun laman-laman blog. Antara yang terkini ialah perbincangan secara terbuka seperti dalam akhbar kosmo awal bulan ini bertajuk “Bicara seks bukan kotor”. Forum berkenaan menampilkan panelis yang terdiri daripada seorang pakar yang sudah tentu berlatarbelakangkan barat, seorang artis dan beberapa orang lagi.

Memang tidak dinafikan bahawa kita semua ada pendapat tersendiri. Anda pun ada pendapat sendiri. Semua orang. Kerana mereka semua ada akal dan fikiran serta berlatarbelakangkan pendidikan pula. Kadang-kadang pengalaman hidup juga memberi rangsangan untuk terlibat sama dalam membincangkan isu sehangat ini. Cuma, kita semua mohon dan berdoa agar segala pendapat yang diajukan itu tidak diselubungi emosi dan hawa nafsu sendiri.

Rujuk dulu

Ana ada buat sedikit kajian tentang tulisan-tulisan dalam isu ini. Dalam akhbar seperti pada tahun 2005 lagi sudah ada orang tulis. Klik sini atau sini. Ada juga yg nak menulis dalam blog mereka seperti ini dan yang terbaru sila rujuk laman ini. Ada banyak lagi malah sebuah laman khas yang banyak berbincang tentang Dunia Perkahwinan yang turut memuatkan banyak artikel tentang pendidikan seksual agak mendapat kunjungan dan sambutan yang hebat daripada kalangan pelawat dan pencari ilmu menerusi laman blog.

Kata mereka
Kata guru ana “Belajar ilmu feqahlah kalau nak belajar tentang pendidikan seksual, buka dan pelajari buku-buku yang ditulis oleh alim ulama Islam (kitab feqah). Mereka bukan sahaja ikhlas menulis dan menyampaikan ilmu, tetapi melakukan solat sunat hajat, puasa sunat sebelum, semasa dan sesudah menulis. Selain beroleh ilmu, kita beroleh keberkatan ilmu ulama”.

Seorang rakan ana menyahut apabila ana mengajukan soalan patutkan pendidikan seksual ini? “Tak patut langsung, apatah lagi sekiranya ia (pendidikan seksual) berteraskan ilmu dan asas-asas pendidikan barat. Kita orang Islam, segala panduan dan ilmu tentang itu sudah ada, kenapa tak mahu highlightkan ilmu itu? Kenapa nak highlightkan bahagian yang terlalu kecil itu? Baca semuanya sekali dan perturunkan ilmu feqah yang sebenar-benarnya dalam masyarakat nescaya bukan sahaja masalah seksual dapat dihindari tetapi semua masalah manusia atas dunia ini selesai”.

Seorang rakan lain menambah sambil mencebik “Nak ajar anak-anak seawal usia prasekolah tentang seksual, sedangkan banyak lagi tuntutan ilmu asas yang lain yang lebih perlu, selesaikan dahulu masalah buta huruf dan kemahiran asas seperti menulis, membaca itu”.

Anak cerdik
Ada rakan blogger yang menulis bahawa anak-anak kecil pun kini dah pandai tanya soalan mencabar (ada kaitan dengan seksual) seperti: Macamana saya boleh ada dalam perut mama? Sedangkan seingat ana, suatu ketika dulu (masa kecik) ana pun pernah tanya soalan yang sama pada mak ana. Persoalan itu bukan baru kerana anak-anak yang membesar dalam keadaan biasa sudah tentu akan bertanyakan sesuatu untuk mereka fahaminya.

Ana dahulu tanya mak “kenapa orang itu perutnya besar mak?” Jawab mak “dah dia kawen”. Ana sambung “oo kalau kawen perut jadi besar, nanti kalau saya kawen pun perut jadi besar juga?” Jawab mak “Nak ke perut jadi besar?” Ana jawab “tak nak sebab nanti sakit nak beranak”. Kemudian perbualan terhenti setakat itu. Ana masih ingat. Tak tau lah samada ana jenis otak lembab atau mak ana ada kemahiran menjawab. Iya lah, dalam menjawab soalan anak-anak, jangan kita terfikir bahawa jawapan yang perlu diberi adalah sama dengan tahap pemikiran kita yang sudah dewasa. Pandai-pandailah.

Tak semestinya bila anak mengajukan persoalan pasal perut besar (mengandung) kita perlu jawab tentang proses untuk mengandung pula (dek kerana kita faham istilah perut besar itu adalah mengandung). Belum tiba masa. Jikalau anda ulang baca perbualan ana dengan mak tadi, anda pasti perasan mak tak kata ana tak akan perut besar (mengandung) kerana ana adalah orang lelaki. Sebaliknya mak tanya “Nak ke perut jadi besar?” Pada ana, selain ia boleh mencetuskan atau menggalakkan anak berfikir ia juga boleh menguji tahap penguasaan ilmu dan pengetahuan anak-anak. Berilah ilmu pada anak pada masa yang sesuai.

Positifkan
Kemudian, jangan sesekali anggap apa yang ditanyakan oleh anak itu adalah negatif, soalan cepu mas, soalan aras tinggi, soalan susah lagi mencabar minda dan kesabaran dan lain-lain yang merupakan pandangan negatif. Anak-anak tidak tahu. Mereka ikhlas apabila bertanya. Apa sahaja topik yang mereka nak tahu adalah baik. Ilmu itu adalah bersumberkan Allah. Ingat pesan Imam al-Syafie, innal ilma nur, nur Allah. Ini tidak, asal anak tanya soalan yang kita faham ia adalah soalan seksual, maka kita anggap ia soalan negatif, memual dan memalukan. Susah sangat nak menjawab dan mencari jawapan (walaupun kita sebenarnya dah tahu). Paling bahaya lagi kalau biarkan anak cari jawapan sendiri.

Contoh soalan anak lelaki yang sudah remaja “Kenapa saya suka (syok) pada perempuan? Asal cakap dengan perempuan je rasa seronok, rasa tak jemu, rasa masa terlalu singkat je berlalu, kadang-kadang naik nafsu”. Sabar je lah kalau anak anda tanya soalan macam tu. Jangan sepak atau terajang mereka. Secara terus terang, anak murid saya pernah tanya soalan ini pada saya (time jadi warden -bahagian agama- dulu).

Jawapan
Pertama anda telah faham sebagai orang laki apa sebenarnya yang naik jika dah bernafsu itu. Jawab dengan tenang. “Itu syaitan”. Dia jawab “oo orang perempuan tu syaitan?”. Jawab “orang laki pun jika ikut nafsu syaitan, jadilah syaitan”. Dia mesti tanya “Apa pula?” Barulah masukkan ilmu padanya “Dalam al-Quran bukan kah banyak tempat Allah bagitahu syaitan tu musuh kita sebagai manusia. Syaitan ni suka hasut manusia buat maksiat pada Allah. Sedangkan nabi Adam termakan hasutannya inikan pula kita. Kena sedar kalau perkara agama larang, kita buat, syaitan suka dan natijahnya macam abang (panggilan manja anak itu kot) ceritakan tadi lah.”

Perkara (impak ilmu) sebegitu tidak akan kesampaian kalau anak-anak tidak dikenalkan dengan Allah, Syaitan, Malaikat, Nabi, Mahram, Aurat dan sebagainya sejak awal-awal. Anak ini datang kepada kita kosong tangan kosong dada. Bukan nanti mereka tanyakan soalan seksual baru nak mula ajar. Maksudnya, jika pelajaran agama seseorang itu mantap, walau sesat macamanapun ia mudah kembali. Yang paling penting mudah terima ajaran ibu ayah. Guru ana pesan lagi “Kalau kita selaku ibu ayah tidak buat perkara yang Allah larang, tidak bawa sumber makanan haram ke rumah, insyaAllah, percayalah, kalau pun anak-anak nak buat dosa (besar) ia akan ingat agama.”

Kesimpulan
Jadi, apakah ada lagi pendidikan seksual yang konon-kononnya boleh menandingi plan pendidikan agama (al-QUran)? Sebaliknya, kalau kita sudah tidak nak (tak mahu) agama dan segala amalan-amalannya, susah nak cari kaedah untuk menangani masalah sosial seperti masalah seksual dalam kalangan anak dan sebagainya. Cakap ajelah nak (kononnya) selesaikan masalah moral dan sosial, tetapi sebaliknya kitalah pencetus masalah moral dan sosial, sebab kita tidak kembali kepada acuan agama.

Memang sungguh rasa terhina, kalau orang yang tak dapat nak didik anak pakai tudung, tiba-tiba bercakap itu ini pasal kepentingan seksual kepada anak-anak. Lagi amat dikesali kalau ada orang melantik ketua untuk menjadi pimpinan mereka sedangkan orang itu sebenarnya gagal dalam mendidik keluarga. Jangan ambil orang yang ada masalah untuk selesaikan masalah. Atau jangan ambil terus orang sebaliknya ambil Tuhan. Iaitu guna kaedah Allah. Guru yang baik adalah seorang guru yang memandu pelajarnya kepada sumber (agama iaitu al-Quran) bukan mendesak pelajar ikut sahaja apa (ilmu) yang dia ada. Guru pertama adalah ibu bapa.

Porno?
Satu lagi ana sering tanya pada diri sendiri ialah “apakah maksud porno?” Ana pun belek-beleklah kamus Dewan. Ana jumpa maksud porno atau porn ialah lucah. Tidak pula dinyatakan porno itu khas untuk gambar sahaja. Memanglah pornografi itu gambar lucah. Tetapi kenapa majalah pornografi pula dihadkan kepada majalah yang ada dimuatkan gambar lucah? Majalah yang ada ruangan (tulisan atau artikel) lucah itu bukan majalah porno? Laman blog yang memaparkan kisah di malam pertama, bagaimana teknik bermesra suami isteri, bagaimana memuaskan nafsu isteri, apakah hukum suami menghisap payudara isteri dan pelbagai bagaimana, apakah dan lain-lain itu bukan laman porno?

Pada ana, tulisan yang membangkitkan ghairah lebih porno (lucah) daripada pornografi. Sebab melalui tulisan, seseorang boleh menikmati ghairah itu secara perlahan-lahan yang akhirnya sampai ke kemuncak (maksiat). Sedangkan gambar, Allah sendiri pun menjadikan binatang seperti kucing, ayam dan itik itu melakukan seks dihadapan kita? di hadapan anak-anak secara life. Maksud ana darjah kelucahan grafik, gambar tidak sehebat kesan tulisan.

Insaflah
Ana cukup kesal dengan mereka yang menulis, mengumpul tajuk-tajuk porno seperti ana sebutkan tadi. Sebabnya ialah orang yang baca tu tidak semestinya sudah kahwin. Cuba anda bayangkan, seorang budak sekolah darjah tiga yang baru pandai membaca, ada pula kemudahan internet di rumah, pandai pula melayari laman-laman porno, apakah kesan pada minda dan jiwa mereka?

Kalau ya pun nak mendidik masyarakat, pastikan mereka yang ada masalah. Cari jalan terbaik juga kalauun nak cuba menolong. Contohnya, pasangan suami isteri yang ada masalah datang jumpa, masa tu berilah tulisan (pengalaman porno) hebat kita itu. Ini semua orang nak jadi doktor pakar. Semua nak jadi pakar bedah. Ana tak sanggup nak korbankan nyawa ibu ana untuk dibedah oleh anda (yang ana tak pasti latarbelakang kedoktoran dan kepakaran bedahnya).

Fikir-fikirkan. Ana maklum, ini adalah pendapat dan rasa hati sendiri. Semoga Allah memandu kita semua ke arah kehidupan yang diredhai dalam masyarakat yang dirahmati.

Sekian, harap maaf dan wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. ustaz
    Ogo 06, 2008 @ 18:00:17

    Assalamualaikum…

    Pendidikan seksual???…ya.. orang yang cuba mencadangkan idea bahawa pendidikan seksual perlu dijadikan sebuah subjek dan diajar di sekolah, sebenarnya tak habis belajar Pendidikan Islam @ tak masuk kelas Feqah @ malas pergi masjid dengar tok guru ngajar…dan semestinya tak baca kitab – kitab Feqah 🙂

    Pendidikan seksual yang dibawa cara Islam melalui pelajaran feqah telah pun berlaku..dan diajar dengan penuh kesopanan, kesusilaan timur dan memelihara pancaindera daripada tercemar…

    Dan…kalau pun nak kata pendidikan melalui pelajaran feqah tu kuno, tak up to date… silalah up to date kan… letakkan penambahbaikan.. tak payah buat subjek baru… yang nak di ajar, anak orang Islam juga kan??? Bagi yang bukan islam, selitkan dengan moral…

    IbnRajab: Wa’alaikumussalam ustaz,, Terima kasih sudi mengunjungi laman ana ini dan meninggalkan komen yang sangat baik.. Jazakumullah

    Balas

  2. musafir sufi
    Ogo 06, 2008 @ 22:08:47

    ana cukup bersetuju apa yg dilontarkan oleh sang ustaz di atas…Habiskan feqah yang kita ada tu…kalau perlu ubah silibus,ubahlah…dah yang penting kita ajar pelajar berkaitan seks mengikut tahap kesesuaian umur mereka supaya tak disalah gunakan…
    wallahu’alam

    IbnRajab: Tepat sekali!

    Balas

  3. Aisy
    Ogo 06, 2008 @ 23:52:35

    Salam semua…
    Saya bersetuju dengan pendapat saudara… Saya dapat rasakan cabaran ibu bapa sekarang yang mahukan yang terbaik untuk anak2 (semua ibu bapa mahu anak2nya menjadi lebih baik drpd mereka)… Kita tidak boleh terlalu berterus terang dgn mereka sehingga melangkau kemampuan akal mereka malah boleh menjadi penderaan mental… Tapi kita tidak boleh menipu mereka kerana kata2 kita akan diingati sehingga mereka dewasa dan akhirnya mereka menyedari mereka telah tertipu… Perkara seperti ini sebenarnya mencabar kredibiliti ibu bapa untuk memberi jawapan yang bertepatan dgn fakta dan masa yang sesuai… Jgnlah ibu bapa menganggap soalan anak2 tidak penting.. Semoga kita berjaya memberi jawapan yang tepat dan memuaskan hati anak2…
    Wassalam

    IbnRajab: Allahumma amien.. terima kasih

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: