Kaedah Penyelidikan

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa yang nak belajar atau sambung belajar di UKM, mesti daftar subjek KP iaitu kaedah penyelidikan. Kalau pelajar pra siswazah, ianya diambil kira dalam PNGK. Bagi pelajar MA dan Phd, setiap pelajar wajib lulus subjek ini. Tetapi jika pelajar itu lulusan UKM (peringkat BA) maka tak perlu lagilah ambil subjek ni.

Ana baru daftar subjek ni sekarang (sem 2). Kebanyakan rakan ana dah ambil pada sem lepas. Ana sebenarnya ingin fokus kepada subjek Ma pada semester lepas. Sebab itu ana daftar 5 subjek. Kat UKM ni pelajar perlu lulus 8 subjek semuanya. Setiap sem pelajar tidak dibenarkan mendaftar melebihi 15 kredit (maksima 5 subjek kerana setiap subjek dinilai 3 kredit).

Semester ni ana ringan ler sikit. Hanya perlu daftar 3 subjek ditambah dengan KP (2 kredit) untuk jadi 11 kredit. Itupun nasib baik kerana ana dikecualikan daripada mendaftar subjek bahasa Arab pengukuhan (2 subjek). Kalau tak, susah juga nak susun jadual. Silap haribulan sem 3 pun kena daftar subjek. Dengar cerita rakan-rakan yang ambil bidang syariat kena ambil kursus prasyarat satu lagi iaitu undang-undang malaysia (ijazah BA luar negara sahaja). Setakat ini pengajian berjalan lancar mengikut perancangan. Ana syukur sangat-sangat. Al-hamdulillah. Berkat doa ibu ayah dan sokongan rakan-rakan.

Subjek KP biasanya dijalankan pada hari Jumaat. Pada sesi kuliah, semua pelajar (BA, MA dan Phd) dicampur sekali selama satu jam. Kemudian para pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan (BA dan MA,Phd) bagi mengikuti sesi toturial selama satu jam lagi. Tetapi sem ini kuliah dan toturial bagi pelajar MA,Phd dijalankan serentak pada petang hari khamis. Sepanjang 4 minggu lepas kami didedahkan dengan teori-teori dan cara-cara melakukan penyelidikan termasuk penyediaan proposal penyelidikan, mula minggu ini kami akan menjalani amalinya pula.

Hari ini kami dikehendaki menghadiri amali pencarian maklumat di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL-UKM). Pelbagai kaedah pencarian maklumat ada disediakan di sini, samada maklumat berbentuk klasik seperti buku, jurnal dan majalah secara elektronik sehinggalah maklumat yang tersimpan dalam bentuk audio video (digital).

Mulai minggu depan, setiap kami dikehendaki bersedia membentang proposal masing-masing di hadapan kelas. Semua pelajar akan bertindak sebagai penilai yang membincangkan tentang proposal rakan-rakan dengan memberikan kritikan yang membina. Sesi pembentangan proposal ini akan dimulai dengan pelajar PhD seterusnya pelajar MA.

Bagi anda yang ingin memohon MA atau Phd di UKM, diharap maklumat ini dapat membantu. Sekian, wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. Khairi bin Jalalluddin
    Jan 25, 2009 @ 12:59:39

    Betul tu ustaz, ana sekarang tengah belajar Kaedah Penyelidikan
    Tajuk yang ana akan buat adalah berkaitan dengan Syeikh Abdullah al-Harari, dan pengikutnya al-Ahbash. Tq

    IbnRajab: tahniah ust, bittaufiq insyaAllah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: