Dilema Bachok

Salamullahi’alaikum wbt..

Lama tak menjenguk blog ni. Kabel telekom kena curi. Rasa macam terputus dengan dunia luar. Di rumah mak sebenarnya ada tiga telifon bimbit yang masing-masing dibawa oleh pemiliknya bila ke tempat kerja. Anak-anak mak yang jauh-jauh pun susah nak berhubung untuk bertanyakan khabar. Sebab talian telifon telekom tidak berfungis. Kabel kena curi.

Setahu ana, hampir 50% kawasan Bachok terputus hubungan (talian telekom). Kampung Kemasin (rumah mertua ana) dan kawasan sekitar kini tak perlu bayar bil sewa bulanan telekom dah, sebab taliannya terputus sejak jun 2008. Sudah dibetulkan sekali (khabarnya dengan kos beribu-ribu ringgit) oleh pihak telekom, tetapi dua tiga hari selepas itu kabel kena curi lagi.

Jahat pencuri kabel ni. Menyusahkan orang lain. Memang sekarang ni ada kemudahan telifon bimbit, tetapi malang tidak berbau. Orang-orang tua kebanyakkannya malas guna telefon bimbit. Mereka lebih mesra guna telefon rumah. Pejabat-pejabat Kerajaan, tidak guna telifon bimbit. Mesin fax tak boleh berfungsi kalau kabel telekom kena curi.

Orang kata kalau nak online internet sekarang mudah guna broadband. 3G. Memang lah. Tapi tak semua kawasan dalam Malaysia ni dah ada coverage 3G. Kat Bachok ni ada la tempat-tempat tertentu yang dapat 3G. Itupun mungkin lebihan coverage dari Bandar Kota Bharu. Oleh kerana tidak dapat online, ada orang kena denda lewat bayar bil itu ini. Kerana tak semua bil diterima di Pejabat Pos. Contoh tak dapat update tarikh pemulangan buku di Perpustakaan Universiti, kena denda. Pencuri kabel memang menyusahkan orang.

Dua hari lepas, semua orang tahu (sbb masuk berita tv dan akhbar) sekumpulan pencuri kabel telekom sekitar Peringat kena pukul. Ana tengok sendiri melalui rakaman berita salah sebuah stesen tv, seorang penunggang motorsikal, tak tahu datang dari arah mana, bila tahu saja orang sedang kerumun salah seorang pencuri kabel, turun dari motorsikalnya dan terus menyepak terajang pencuri itu. Tak cukup dengan itu, ditanggalkan topi keledarnya lantas dibalun sekali dua ke atas belakang. Dikhabarkan, si pencuri sudah tidak bermaya untuk duduk pun apabila tiba di balai polis. Lemah longlai. Lunyai.

Semalam. Di pekan Jelawat. Memang dekat dengan rumah ana ni. Seorang pencuri kabel retung di atas tiang elektrik di belakang salah sebuah kedai di pekan itu. Pukul 11 tengahari ada hati juga nak curi kabel. Diingatkan kabel telekom yang tak berarus itu. Rupa-rupanya kabel tenaga nasional. Terbakar dan retunglah jiwa menuju perhitungan Allah di alam barzakh.

Muhasabah
Sebab itulah kita ini. Sangat perlu kita semak diri kita, keluarga kita. Anak saudara kita. Sepupu kita. Anak-anak sepupu kita. Bertanyakan khabar mereka. Hidup mati mereka. Lapar dahaga mereka. Semuanya menjadi tanggungjawab kita. Tuhan berpesan agar merapatkan silaturrahim. Nabi tidak mengaku umat orang yang tidak pedulikan nasib orang lain. Inikan pula kesusahan yang ditanggung oleh sanak saudara terdekat.

Kalau kita boleh dengan senang sahaja menghulurkan bantuan kepada orang-orang susah disekitar kita. Bagus. Dan terlebih bagus lagi kalau kita turut sama prihatin kepada sanak saudara kaum kerabat. Ana selalu ingat, mafhum firman Allah, apa-apa musibah yang datang menimpa kamu itu adalah hasil dosa kamu sendiri.

Semaklah sanak saudara kita mana tahu mereka terdesak sehingga terpaksa curi kabel. Semaklah mereka yang masih dibangku sekolah agar mereka belajar bersungguh-sungguh seterusnya memiliki kehidupan yang lebih sempurna daripada mencuri kabel. Semua mereka yang ditangkap mencuri kabel itu ada kaitan (pertalian darah) dengan seseorang. Mungkin ada kaitan dengan seorang guru. Ustaz, ustazah, pakar motivasi ataupun seorang peguam, seorang doktor dan seorang manusia yang mungkin terlupa tanggungjawab (sosial)nya.

Setidak-tidaknya, kita terlibat secara tidak langsung atas apa bala musibah yang Allah turunkan. Semak diri sendiri di mana tempat yang boleh dibaiki. Kerana mustahil Allah mengkhabarkan sesuatu yang tidak benar. Rujuklah ayat 79 surah al-Nisa yang bermaksud: Apa-apa kebaikan yang kamu peroleh adalah dari Allah; dan apa-apa kejahatan yang menimpamu adalah dari sebab dirimu sendiri. Kami telah mengutus engkau (Muhammad dan pewarisnya iaitu para ulama dan seluruh orang beriman) kepada manusia sebagai rasul (peyampai berita gembira dan amaran azab). Cukuplah Allah menjadi saksi (atas setiap yang kamu kerjakan) – Dr H. M Yunus, Tafsir Quran Karim.

Wallahu aklam.

p/s: gambar yang tertera adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, dan bukannya gambar sebenar.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. ustaz hafizan
    Ogo 25, 2008 @ 20:32:44

    Kekadang apabila manusia melihatkan wang mengatasi nyawa, tiang elektrik pun berani dipanjatnya… sedangkan kalau ikut logik akal, harga hasil jualan wayar tu tak mampu pun menggantikan sebatang gigi original..apatah lagi nak ganti nyawa yang melayang kerentungan…

    IbnRajab: ya tak ya ust.. harap Allah jauhkan

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: