2 sebab buat Dosa

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia tidak sunyi daripada melakukan dosa. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. Dosa itu pula adalah balasan buruk daripada kelakukan yang tidak menepati kehendak agama. Samada tidak melakukan taat, ataupun membuat perkara maksiat. Oleh kerana dosa itu tidak dapat dilihat oleh mata kasar, maka manusia sering lalai dan tidak sedar.

Sebaliknya dosa itu dapat dirasai. Seperti bayu pagi yang dapat dinikmati dan arus elektrik yang diyakini. Manusia tidak nampak itu semua tetapi merasai malah menyakininya juga. Begitu juga dengan dosa. Walaupun ia tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi bebanannya dapat dirasai. Terutama orang beriman. Apabila berdosa secara tidak sengaja pun bebanan akan mula dirasakan.

Dua perkara
Ada dua faktor yang menyebabkan manusia berdosa. Satu daripadanya ialah lupa, lalai, terpedaya dan terikut-ikut dengan hasutan nafsu. Juga dakyah syaitan. Satu lagi kerana manusia ingkar. Sengaja untuk tidak melakukan taat. Malah mereka menafikan terus tuntutan ibadah tersebut. Manusia sebegini memang telah mengikut ajaran iblis secara sempurna. 100 peratus. Sekiranya tidak sedar dan¬†disedarkan, nescaya sudah pasti akan ditempatkan bersama tuan gurunya (syaitan) di dalam neraka. Wal’iyazubillahi min zaalik.

Sejarah dosa
Bentuk yang pertama itu dipetik daripada kisah Nabi Adam yang secara lalai dan terpengaruh sebentar dengan hasutan syaitan, lalu Baginda terlanggar perintah Allah yang tidak membenarkan Adam memakan buah khuldi. Dengannya Adam telah digugurkan ke bumi seterusnya menjalani ujian-ujian Allah sehingga ke suatu masa (setelah diberikan masa untuk bertaubat) kembali semula ke pangkuan Allah dan kembali ditempatkan ke Syurga (setelah qiamat) yang kini bebas daripada hasutan syaitan. Kekal di dalamnya dan tidak (diuji untuk) keluar-keluar lagi.

Bentuk yang kedua itu dipetik daripada kisah Iblis. Apabila diperintahkan oleh Allah agar sujud hormat kepada Adam. Semua Malaikat telah sujud kecuali Iblis. Tidak cukup dengan ingkar arahan sahaja, malah syaitan dengan secara sombongnya menjawab pula kepada Allah SWT (pencipta dirinya daripada api itu). “Aku lebih mulia daripada Adam, kerana Engkau ciptakan aku daripada api, manakala Adam daripada tanah. Api lebih mulia daripada tanah!”. Dengan dosa dicampur dengan perasaan melawan, sombong dan bongkak itu (kepada pencipta) maka Iblis dijanjikan tempat yang kekal di dalam neraka.

Kesimpulan
Renungi diri kita sendiri. Memang sebagai manusia, kita semua tidak terlepas daripada godaan syaitan. Kekadang kita terlalai. Terpedaya. Lalu kita melakukan maksiat. Tidak menunaikan ibadah. Terasa diri sudah melakukan taat tapi sebenarnya tidak. Itu semua dosa yang perlu ditaubatkan.

Jangan tiru perangai musuh kita (Iblis dan syaitan itu). Berbangga-bangga dengan melakukan dosa. Kekadang hati datang juga mengingatkan secara semulajadi, tetapi ingatan hati itu tidak juga diendahkan. Kekadang ada juga sahabat (kaum keluarga, dan sesiapa sahaja) datang mengingatkan, tetapi kita tidak pedulikan. Bukan setakat itu sahaja, kita malah sombong pula dengan menyatakan seperti “masa muda ni, enjoy lah”, “solat tak solat sama saja” dan sebagainya.

Sebaliknya, kita perlu sentiasa insaf. Selalu muhasabah takut-takut ada masa kita terlalai maka dengan tidak sengaja melakukan dosa. Maka jika ada, sementara masa masih berbaki, kita bertaubah dengan sungguh-sungguh. Untuk tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan lagi. Apatah lagi mengulangi dosa. Kerana dosa itu sebenar-benarnya adalah bebanan.

Saidina Umar berpesan “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan di hadapan Allah kelak..” Semoga kita semua kekal di bawah peliharaan Allah. Dipayungi rahmatNya. InsyaAllah.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: