Masjid Muhammadi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini ana berpeluang sekali lagi untuk solat jumaat di Masjid Negeri Kelantan. Masjid Muhammadi. Peluang hari ini ada rasa lain daripada peluang-peluang yang sebelumnya. Hati tersentuh apabila melihat orang yang begitu ramai hadir untuk sama-sama bersolat jumaat. Hingga melimpah ke atas jalan. Teringat peristiwa solat jemaah di Masjidil Haram. Keihklasan terbayang di setiap wajah-wajah yang hadir.

Khutbah hari ini berkisar tentang tema kemerdekaan. Sebuah ulasan tentang pembebasan jiwa dan rohani. Mengisi kemerdekaan jasad dengan program-program rohani dan iman. Pasti menuju pembebasan jiwa daripada dibelenggu nafsu syaitan. Hadirin juga diperdengarkan hadith berkenaan jihad melawan nafsu. Merupakan jihad yang sepatutnya mendapat prioriti pertama generasi hari ini. Bukan sahaja perlu disedari, dihayati malah diambil tindakan berani.

Bacaan ayat-ayat al-Quran di dalam solat sangat menyentuh hati. Setiap patah disebutkan dengan jelas lagi terperinci. Menggamit penghayatan semua yang memahami. “Muka-muka mereka yang gelap gelita, pasti mendapat azab siksaan yang amat pedih. Manakala muka-muka orang-orang soleh, kelihatan cerah berseri, masing-masing gembira dengan ganjaran nikmat-nikmat yang disediakan ilahi. Sebagaimana yang dijanji”

Setelah dua rakaat solat fardhu jumaat. Disusuli pula dengan solat hajat. Diniatkan khas untuk bermunajat dan bermohon ke hadrat Allah. Bersempena hari kemerdekaan yang bakal dirai. Agar nikmat keamanan, kesejahteraan dan keberkataan akan berkekalan. Panjang sungguh tuan imam mengimami solat hajat kali ini. Habis semua bacaan-bacaan yang patut dan semua doa tapi solat belum berhenti. Ikhlas sungguh orang-orang mukmin. Menyambut kedatangan hari kemerdekaan dengan cara yang sungguh berbeza sekali.

Alhamdulillah. Mungkin inilah hikmahnya maka ana tercampak untuk bersolat jumaat di masjid yang banyak dan sudah lama menyaksikan air mata orang-orang mukmin Kelantan. Berdoa, bermunajat dan merayu ilahi. Walaupun usianya telah lanjut. Tetapi serinya masih melaut. Sememangnya patut negeri ini diberi gelaran “serambi Mekah”. Bersolat di sini, bersama orang-orang ini sesungguhnya menggamit memori di tanah suci.

Pun begitu, suatu masa terdengar juga desus desas ada pihak nak menggantikan binaan ini dengan yang baru. Yang canggih manggih. Seterusnya yang turut menghilangkan seri kasih ulama-ulama. Jauh dilubuk hati, ana berdoa agar semua pihak berusaha mempertahankan keunikan binaan ini. Agar ia kekal dalam bentuknya yang asli. Biar ia berbeza daripada binaan-binaan berteknologi. Biar ia kekal sebuah masjid di dalam tiga buah masjid.

Sesiapa yang sempat berkunjung ke Kelantan, jangan lupa singgah untuk solat dua rakaat tahiyatul masjid di sini dulu. Ana boleh rasakan sendiri keasyikan menunaikan solat di dalamnya. Sesudah solat, anda boleh pula berkunjung ke muzium Islam yang terletak bersebelahan sahaja. Di sini jugalah terletaknya pintu gerbang besar yang selalu menjadi background itu. Yang sering masuk iklan pelancongan. Yang diiktiraf salah satu keunikan tinggalan generasi lama rakyat Kelantan. Mailah sini. Bersempena tahun 2008 ini adalah tahun melawat Kelantan. Ahlan wa sahlan ila bumi Kelantan. Negeri serambi Mekah. Hayati dan selamilah keunikan dan perbezaannya!

Begitu juga, Ramadhan nanti ambillah kesempatan untuk bersolat di masjid-masjid besar. Tempat ramai orang dan menyediakan imam yang baik. Kalau boleh hafiz al-Quran. Biarlah lama sikit pun solat tarawih tu. Alang-alang kalau ia Ramadhan terakhir, biar kita berusaha mencari kesempurnaannya. Solat bersama dengan ribuan orang, di belakang seorang imam yang fasih pasti mendatangkan pengalaman yang benar-benar manis. Carilah untuk merasai dan menikmatinya!

Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. abuhuzaifah
    Ogo 31, 2008 @ 18:53:39

    Selamat berpuasa ya akhi.Ramadhan Kareem

    IbnRajab: Kembali. Terima kasih singgah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: