Kajian al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Boleh dikatakan (mengikut pendapat dan bacaan ana yang mungkin amat terhad lagi) kajian-kajian ilmu bahasa Arab yang disandarkan kepada al-Quran amat kurang di Malaysia. Susah nak dapat buku yang bercakap tentang bahasa Arab dan al-Quran. Kebanyakkan kajian dilakukan secara berasingan. Kalau bahasa Arab, maka sudah tentu ia akan jauh daripada al-Quran. Kata sesetengah orang, bahasa Arab ini bukan bahasa Al-Quran, di sana perbezaan yang sangat jelas di antara keduanya. Tegas mereka.

Bagi ana, kalau kita kembali kepada antara asbab (sebab-sebab) asal kewujudan nahu bahasa Arab sekalipun, ia bertujuan agar orang tidak salah baca al-Quran yang akan membawa kepada sesat dan lari jauh daripada maksud al-Quran sebenar. Kebanyakan sarjana yang mengkaji asal usul ilmu nahu tidak menafikan fakta ini.

Bertitik tolak daripada asas inilah (mengembalikan kajian ilmu bahasa Arab dekat dengan al-Quran) maka ana ingin melakukan kajian bahasa Arab berasaskan al-Quran. Kata guru ana (di Jordan dulu) kaji al-Quran sekurang-kurangnya kamu dah confirm dapat pahala. Tak akan lari jauh kepada unsur-unsur yang sangat duniawi yang kadang-kadang tidak berpijak di bumi nyata.

Akhirnya, ana tertarik juga dengan kata-kata Sayyid Qutb “Kehidupan di bawah naugan al-Quran itu suatu nikmat, yang tidak akan dirasai kecuali oleh orang-orang yang (pernah) merasainya”. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah dalam kerja-kerja ana nanti. InsyaAllah. Wa ana muhtajun li duaikum ajmain..

Wallahu aklam.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. ZaHaN
    Okt 08, 2008 @ 14:17:38

    Kenapa jadi begitu? Rs sy banyak kitab ilmu bahasa Arab yg merujuk kpd Al-Quran. cth (i’jazul Quran,Bayan,Mantiq,Nahu- oleh Sibawaih dll). Ana doakan saudara berjaya membuat tajdid.

    Boleh saudara jelaskan disitu satu perumpamaan dlm surah Ibrahim:24,sbg contoh?

    IbnRajab: terima kasih atas komen saudara. maksud ana kajian (di Malaysia) dalam ilmu bahasa Arab secara khusus (science of arabic language/linguistic) bukan ilmu yg menggunakan bahasa Arab spt yg saudara sebutkan itu. tQ

    Balas

  2. siti
    Mac 31, 2009 @ 12:48:36

    Alhamdulillah.
    Ana sekarang sedang menyiapkan tesis berkaitan angka/nombor yang dinyatakn di dalam al-quran. sekiranya anta mempunyai rujukan, boleh dikongsikan. Moga kajian ini akan mendekatkan diri ana kepada kebesaran Ilahi.

    IbnRajab: tahniah. insyaAllah. semoga Allah permudahkan segala usaha kita

    Balas

  3. Trackback: Lahirnya artikel akademik pertamaku « IbnRajab Online
  4. Trackback: Seminar Penyelidikan IPG Zon Timur 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: