Ulangtahun Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini genaplah setahun ana berkecimpung dalam penulisan blog Kalam IbnRajab. Banyak juga pengalaman yang diperolehi sepanjang penglibatan tersebut. Ia datangnya samada secara langsung (komen rakan-rakan secara bersemuka) dan juga tidak langsung (komen-komen yang ditulis dalam ruangan yang disediakan ataupun melalui email).

Apapun, pada kesempatan ini, ana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi teguran membina sepanjang perjuangan ana dalam bidang penulisan terutama di blog ini. Bukan mudah sebenarnya bagi ana untuk menghasilkan sesuatu tulisan yang benar-benar boleh dijadikan panduan dan bermanfaat. Ia kembali kepada penguasaan ilmu sebenarnya. Yang mana ana masih lagi mencari-cari ilmu itu di mana-mana ada ruang dan peluang.

Terima kasih atas sokongan semua. Kerana sudi bertandang ke blog ini (mungkin saban hari). Terima kasih atas komen-komen galakan. Juga kutukan yang memudahkan ana mencari dan mengakui kelemahan diri. Semoga semuanya akan dihisab oleh Allah sebagai amal soleh yang dijadikan saksi di hadapan Allah kelak. Bahawa kita menjadikan ‘agama itu adalah nasihat’.

Kepada Allah jua ana berdoa, semoga terus diberi kekuatan untuk ana terus menulis. Mungkin ini tahun kedua untuk blog ini dan siapa tahu ada kudrat lebih akan diterjemahkan kepada penulisan buku pula. Sesungguhnya ana berhajat kepada doa kalian semua. InsyaAllah.

Wallahu aklam bissowab, walhamdulillahi rabbil alamin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: