Agama Allah hanyalah Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Tulisan ana hari ini adalah berkaitan dengan program di Tv9 siaran segmen al-Risalah 25 Sept 2008. Ia berkenaan dengan kisah nabi Allah Sulaiman As dan kisah semut dalam surah al-Naml. Pada program itu, mereka (suara latar) mengatakan bahawa “Raja Balqis telah tertarik hati lalu memeluk agama Yahudi bersama dengan Nabi Allah Sulaiman As”.

Adakah Nabi Sulaiman seorang penganut agama Yahudi? Adakah benar raja balqis peluk agama Yahudi setelah sekian lama menjadi penyembah matahari? Tahukah anda bila sebenarnya agama Yahudi ini muncul. Bila ia diberinama agama Yahudi? Secara kesimpulannya ana berpendapat bahawa, ini merupakan sesuatu isu yang timbul sekiranya sesuatu perkara agama itu hendak disampaikan oleh orang yang tidak ingin membuat rujukan yang cukup. Rujukan yang utama itu pula adalah al-Quran al-Karim itu sendiri.

Al-Quran adalah Kalam Allah yang dijamin oleh Allah akan kekal menjadi panduan orang Islam sehingga hari kiamat. Tidak akan ada seorang manusia atau apa sahaja termasuk mesin (mechine, komputer dll) yang boleh merosakkan ketulinan al-Quran. Sebagai logiknya, cubalah anda carikan suatu sumber samada bertulis apatah lagi sumber tuturan yang boleh bertahan seperti al-Quran. Al-Quran sehingga hari ini telah bertahan lebih dari 1429 tahun. Semua ayat-ayat yang dibaca oleh umat Islam hari ini adalah ayat-ayat yang sama dibaca oleh Rasulullah dan para sahabatnya suatu masa dahulu. 100% sama dan original.

Dalam al-Quran, Allah membawa kisah Balqis itu. Allah berfirman (surah al-Naml ayat 44, maksudnya) “Kemudian dikatakan kepada (raja itu) masuklah ke ruang istana (nabi Sulaiman). Tatkala dilihatnya (lantai) ruang itu disangkanya penuh dengan air lalu disingsingkan (kainnya) dari betis (supaya jangan basah). Berkata (nabi Sulaiman, ini bukan air) ini ruang dilicinkan (diperbuat) daripada kaca. Ratu berkata Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah aniaya diriku dan aku (dengan ini memeluk) Islam bersama Sulaiman kepada tuhan semesta alam”.

Dalam ayat itu jelas, terang lagi nyata Allah gunakan perkataan ‘Islam’ bagi melambangkan agama nabi Sulaiman dan agama (Allah) yang diserunya ketika itu. Kenapa tiba-tiba dengan penuh kedangkalan mereka (semua mereka yang terlibat dengan rancangan siaran itu) secara sewenang-wenangnya menamakan agama nabi Sulaiman adalah agama Yahudi?

Lihat pula ayat-ayat lain yang menceritakan agama nabi-nabi sebelum nabi Muhammad. Firman Allah menceritakan kisah nabi Ibrahim (surah al-An’am ayat 163, maksudnya) “Allah itu tidak ada sekutu bagiNya, dengan itulah aku disuruh (beriman) dan aku adalah (antara) orang-orang pertama (yang tergolong) dalam kalangan muslimin (orang-orang Islam)”.

Ayat yang lain adalah secara langsung berkaitan dengan bani Israil sendiri (bangsa asal mereka yang menganut agama Yahudi hari ini), firman Allah menceritakan tentang kisah firaun yang sedang ditenggelami air laut merah, kononnya ingin bertaubat kepada Allah dan memeluk agama Islam (surah Yunus ayat 90, maksudnya) “Telah Kami selamatkan Bani Israil menyeberangi laut, lalu Firaun serta bala tenteranya mengikuti mereka kerana aniaya dan melanggar batas. Sehingga apabila ia (Firaun) akan tenggelam lalu berkata; Aku percaya bahawa tiada tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil (Allah) dan (dengan ini) saya (ingin dan akan) termasuk orang-orang muslimin (Islam).

Betapa banyak ayat-ayat al-Quran menjelaskan tentang itu. Bahawa hanya sanya agama yang diseru serta dianuti oleh nabi-nabi serta umat mereka pada masa itu adalah agama Islam. Dari dahulu sehingga kini, Agama Islam satu-satunya agama Allah. Agama Kristian, Yahudi dan lain-lain itu adalah agama ciptaan manusia. Mereka (walaupun pada asalnya penganut Islam umat terdahulu) telah menciptakan agama mengikut kehendak hati dan nafsu mereka sendiri.

Sebagai contoh, kata Dr Bahjat al-Habasyinah (Pensyarah Subjek Perbandingan Agama, Universiti al al-Bayt, Jordan. 1996) “Agama yahudi itu diasaskan oleh seorang (yang asalnya menganut agama nabi Musa (Islam) yang bernama yahuza. Kemudian beliau berasa ada kekurangan dalam agama Allah itu yang berlawanan dengan hasrat dan hawa nafsunya, lalu beliau menokok tambah apa-apa dalam ajaran kitab taurat mengikut kedangkalan akal dan nafsu. Lama kelamaan, mazhab beliau ini menjadi suatu agama yang dinasabkan (dinisbahkan) kepada dirinya. Sehingga hari ini mazhab tersebut telah dinamakan agama Yahudi”.

Kesimpulan
Walaupun hari ini kita ingin mengetengahkan (samada mendapat pekerjaan atau mata pencarian melalui) produk berjenama Islam, dan sangat teruja mengetengahkan nilai-nilai murni, tetapi jangan sekali-kali kita tergesa-gesa. Sehingga kita mengatakan sesuatu yang tidak kita ketahui. Ia sama sekali akan merosakkan Islam itu sendiri. Kerana apa yang orang akan fikir apabila ada dalam kalangan orang Islam mengatakan nabi mereka adalah penganut agama Yahudi? ini suatu fitnah!

Sekali lagi ditegaskan bahawa, satu-satunya agama yang diterima Allah itu adalah Islam (surah ali-Imran ayat 19). Semua nabi menyeru agama Islam. Semua ayat al-Quran menegaskan tentang hal ini. Masakan sanggup si kerdil itu menamakan agama nabi Sulaiman dan agama yang dianuti oleh umat nabi Sulaiman dan agama yang menarik hati raja Balqis, adalah agama Yahudi laknatullah! Maha Suci Allah dan agama Allah (Islam) daripada segala bentuk fitnah, terutama dengan menggunakan lidah orang-orang yang mengaku beragama Islam itu sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia, yang telah merdeka lebih 51 tahun, apatah lagi sebagai seorang Islam, ana amat kecewa dengan program tv9 semalam. konon atas nama al-Risalah. Apa pendapat anda? Merdekakah jiwa dan fikiran anda?

Wallahu aklam.

Rujukan: Tafsir Quran Karim. Prof Dr H. Mahmud Yunus. Nota Kuliah Perbandingan Agama. Universiti al al-Bayt, Jordan 1996.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. myrazano
    Okt 03, 2008 @ 05:00:27

    Acquaintanceship greeting and brotherhood
    Hopefully [light/ray] truth of islam increasingly shines light and enlightens all people and blessing we all …. amen …
    And I invite at my situs. Hopefully useful

    IbnRajab: thanks for visiting. u have a very nice site too

    Balas

  2. muhammad
    Okt 04, 2008 @ 07:49:21

    as salam ‘alaikum
    saya menyarankan agar Ibn Rajab berhubung sendiri dengan Ustaz/ah yg terlibat tu (maybe dengan bantuan TV9) dan memaklumkan hal yg sebenar kepada dia supaya dia tak menjaja lagi cerita sonsang tu merata-rata. Sebagai pelajar ilmu, saya yakin Ibn Rajab mesti betulkan Ustaz/ah tu, sebagai usaha nahi mungkar. Ibn Rajab dengan ilmu yg ada mampu berbuat demikian inshaAllah. Kalau harapkan kami yg kurang ilmu ni, lambat lagi la. jazakumullah khair.

    IbnRajab: terima kasih atas cadangan yang baik. ana cuba hantar email kpd penerbit rancangan tersebut. sebenarnya rancangan ni tidak melibatkan mana-mana ustaz/ah.

    Balas

  3. Amiruddin Bin Ghanib
    Jan 22, 2009 @ 01:15:08

    Selagi kita sebagai umat islam yang berpegang teguh dengan agama allah dengan sebenar-benarnya. Allah akan bersama-sama orang yang benar. Azab neraka allah sangat dashyat. Syurga itu terlalu indah dan istimewa. Buat baik syurga balasannya, buat jahat neraka allah tempatnya.

    IbnRajab: jazakumullah.. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: