Salam Lebaran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt

Di kesempatan ini, dan dengan rasa penuh keinsafan dan rendah hati, ana sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua sanak saudara, rakan-rakan, sahabat-sahabat walau di mana sahaja berada. Juga kepada pengunjung setia laman Kalam IbnRajab sekalian. Semoga Aidilfitri yang diraikan ini membawa beribu keberkatan dan rahmat Allah Taala yang melimpah ruah buat kita semua.

Tahniah dan syukur kerana kita semua masih dipanjangkan usia, dapatlah sama-sama kita meraikan Syawwal tahun ini dalam keadaan aman damai, penuh kemeriahan dan keriangan. Dalam pada itu, jangan dilupa pula kepada yang telah tiada. Panjangkanlah dan panjatkan doa buat roh mereka. Agar ditempatkan bersama ruh para nabi, wali dan orang-orang soleh. Al-Fatihah!

Kepada rakan-rakan yang tak putus-putus hantar sms raya, terima kasih banyak-banyak. Jasa dan ingatan kalian semua amat ana hargai. Semoga ruh uhkuwwah yang terjalin akan menjadi aset berguna sebagai saksi iman di hadapan Allah kelak. Buat rakan-rakan yang pernah sama-sama beraya di bumi Sarawak (SMT Matang dan juga IP Rajang) kenangan beraya bersama kalian di perantauan itu sangat manis untuk dikenang.

Ketupat lemang di aidilfitri
Mari disusun di atas meja
Salah dan silap jangan dikenangi
Tautan kasih, itulah yang utama

Sekali lagi, selamat hari raya aidilfiri, maaf zahir dan batin. Wassalam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. musafir sufi
    Sep 30, 2008 @ 22:20:45

    salam.
    rangkap kedua tu,,,macam ucapan Pak Lah Badawi malam tadi…he he jangan marah..maaf zahir n batin

    IbnRajab: hehe. sama2 akhi. tak balik raya kg ka?

    Balas

  2. MOHD SUFRI B. YAKUP
    Okt 04, 2008 @ 17:27:29

    Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.

    Lama dh x jumpa ustaz. Apa khabar?

    Bila nk p sarawak? La ni sambung belajaq ka mengajar tmpat lain dh?

    Apa2 pun, doakan kejayaan ana untuk tfsir 20 Oktober ni di IPGM Kampus Kuala Lipis, Pahang.

    Moga ustaz sihat dan panjang umur serta terus berjuang di kalam Allah SWT. Insya Alllah.

    IbnRajab: wa’alaikumussalam. salam aidilfitri kembali. tima kasih atas ingatan. ustaz sihat alhamdulillah. la ni sambung ma kat ukm. oo nak ujian tafsir, semoga kali ni lebih cemerlang insyaAllah.

    Balas

  3. harizamrry
    Okt 08, 2008 @ 09:50:46

    Selamat Hari Raya Edul Fitri…

    IbnRajab: Selamat hari raya.. t.kasih singgah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: