Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam telah diadakan sedikit kenduri kesyukuran sempena Akikah anak ana yang ketiga, Akrimy Mathwa. Diadakan secara bersama akikah sepupunya (anak adik ana) Abdullah Azzam. Sengaja diadakan pada bulan dan hari-hari mulia ini untuk menambahkan lagi kemeriahan menyambut hari lebaran tahun ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar atas rahmat dan inayah Allah jua.

Pada kesempatan ini, ana bagi pihak seluruh keluarga, merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada seluruh warga kerja kenduri berkenaan. Semua jiran tetangga, semua saudara-mara, sepupu-sepupu, anak-anak saudara, bapa dan mak saudara, adik beradik dan tidak dilupakan ayahanda dan bonda tercinta yang bertungkus lumus sedari jam 6.00 pagi melapah daging lembu, memasak dan melakukan segala persiapan demi melancarkan majlis yang sangat indah itu.

Ucapan penghargaan juga buat semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kesyukuran seadanya itu. Walaupun terpaksa merempuh jalan jam di waktu-waktu hari raya begini (suatu fenomena yang berlaku di negeri Kelantan dalam masa beberapa kali sahaja dalam setahun, terutama pada awal bulan syawwal). Ana difahamkan ada yang terpaksa berada dalam kesesakan tersebut sehingga 3-4 jam lamanya. Terima kasih daun keladi.

Buat sahabat-sahabat albayt yang ada kesempatan hadir kali ini, ust Zamri, ust Syamsudin, ust Zawawi sekeluarga, ust Afandi dan juga ust Hakiman serta anak-anaknya. Terima kasih banyak-banyak. Kedatangan antum (sebagai wakil para ahli ilmuan terbilang) banyak memberi erti pada kami sekeluarga.

Akhirnya, buat semua sanak saudara, ahli keluarga dekat maupun jauh, jiran tetangga, rakan-rakan dan sahabat-sahabat, sekali lagi ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, terima kasih dan selamat jalan untuk kembali semula ke tempat kerja masing-masing dengan penuh semangat dan dedikasi. Semoga perjalanan anda semua (yang bermusafir) akan dirahmati Allah hendaknya.

Wassalam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. MOHD SUFRI B. YAKUP
    Okt 04, 2008 @ 17:33:02

    Salam. Tak tau kawe, ustza dapat anak baru.

    Alhamdulillah, bapa mithali insya Allah..

    sekali sekala ziarah blog anak murid juga uztaz,

    http://saintissosial.blogspot.com/

    IbnRajab: wa’alaikumussalam.. ustaz dah tengok dah blog ktk.. nice.. semoga terus menulis.. melalui blog ktk yg nang banyak gambar ya, dpt juak ustaz lepas rindu pada wajah2 di Sarikei nun.. alhamdulillah

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: