Selamat kembali bertugas

Assalamu’alaikum wbt

Setelah lama bercuti dan meraikan kemeriahan hari raya aidilfitri, kini kita semua kembali kepada tugas rasmi masing-masing, dalam meneruskan kehidupan. (sememangnya tugas rasmi utama kita adalah ibadah kepada Allah, kerja untuk mencari nafkah yang halal itu sebahagian daripada tugas ibadah kita yang umum itu). Sayugia kita kembali dalam keadaan bersemangat, jiwa yang suci dan murni, tulus ikhlas dan dedikasi.

Eid (raya) itu sendiri bermaksud kembali. Kembali kepada fitrah. Fitrah kita sebagai manusia adalah seperti kita baru dilahirkan (baby). Sabda Rasulullah, setiap anak (baby) itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dari dosa). Maka saat selepas hari raya ini, adalah waktu suci kita semua. Jasmani (zahir) dan lebih-lebih lagi rohani (batin). Kita ucap “Maaf zahir dan batin”. InsyaAllah.

Setelah beraya, kita sebenarnya baru selesai menempuhi sekolah Ramadhan. Jasmani dan rohani kita dengan Allah telah suci. Kita beroleh taqwa yang dijanjikan (sebagai matlamat) kepada mereka yang berpuasa. Apabila tiba hari raya, kita berzakat fitrah dan dibayar kepada fakir, miskin serta asnaf-asnaf yang ditetapkan. Setelah itu kita bermaafan sesama sendiri. Itu petanda jasmani dan rohani kita suci dengan manusia. (sesama manusia).

Dengan ini, maka kita kembali semula hari ini (atau semalam) ke tempat atau tugas kita dengan jiwa yang suci. Hati yang suci. Tiada penyakit hati seperti hasad dan sebagainya.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: