Bangsaku menipu dan ditipu lagi

Assalamu’alaikum wbt

Hari ini ana tertarik dan merasa terpaggil dengan satu berita yang disiarkan di Tv3. Ianya berkenaan dengan pelaburan dan deposit haram. Mengikut akhbar-akhbar utama dalam negara dan juga berita tv itu, hari ini empat lagi syarikat diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atas dakwaan melakukan bisnes dengan mengambil deposit wang tanpa lesen yang sah di sisi undang-undang. Sila klik di sini untuk berita lanjut. Berita bernama pun ada.

Apa yang ana rasa terkilan ialah, masih banyak pihak yang mendakwa ingin membela nasib anak bangsa dengan melakukan perkara-perkara yang sebenarnya memusnahkan anak bangsa. Mereka (penaja, pengasas dan orang-orang) yang terlibat dengan ke empat-empat syarikat berkenaan berusaha memujuk anak bangsa sendiri dengan alasan “inilah masanya kita nak bela bangsa kita yang jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi, marilah sama-sama kita melakukannya untuk kepentingan kita sendiri”. Alangkah manisnya bicara umpama menanam tebu di pinggir bibir itu.

Di samping itu pula, ana terkasima apabila melihat ramai juga dalam kalangan mereka yang terlibat sebagai pelabur (mendepositkan wang secara haram) itu terdiri daripada golongan yang terpelajar. Memiliki ijazah (samada BA, MA bahkan PhD). Apakah dengan memiliki ketinggian tahap ilmu itu mereka tidak terfikir untuk menyoal siasat, adakah bisnes tersebut dilakukan dengan sah? Ada tak lesen deposit wang yang diluluskan oleh BNM?

Kenapa bila dikatakan ‘balik modal’ dalam masa tak sampai setahun, mereka terus terlibat. Dan lebih dahsyat daripada itu, mereka turut sama menggembar gemburkan peluang haram itu dan mengajak sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai menyertai dan turut sama sesat! Sesat di dalam ilmu yang terang. Inilah yang sangat-sangat didukacitakan.

Kempen sempena raya
Nak kongsi sedikit cerita ana pi ziarah rakan (kenalan baru, atas dasar yang jauh didekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan) pada hari raya (mungkin keempat) yang lepas. Saudara kita ni (bangsaku) sangat teruja menceritakan peluang pelaburan dalam salah satu syarikat yang disenaraikan dalam berita hari ini. Katanya, melabur tak sampai setahun balik modal. Kalau takut sangat pun, masuk dulu ahli bayar RM15 untuk dapat saguhati bulan-bulan sebanyak RM1. Sampai pencen.

Bila dan yakin, boleh diteruskan dengan pelaburan berjumlah ribu-ribu. Pulangan modal tak sampai setahun. Dah ramai katanya yang dah balik modal. Perniagaan ini katanya, nak bela anak bangsa kita juga. Yang agak ketinggalan dalam bidang ekonomi. Merempat di tanah sendiri. Wow, berseding juga telinga mendengarnya. Hati ana agak kukuh untuk tidak terlibat tetapi ana tak nafikan hati-hati orang lain. Apatah lagi apabila beliau menunjukkan butiran bank-in pulangan yang masuk ke buku akuannya.

Akhirnya hari ini, jelaslah. Bahawa bangsaku itu tertipu dan berusaha sedaya upaya mengajak orang lain untuk tertipu sama. Dalam keadaan ekonomi yang tidak sepertinya hari ini, kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam melakukan urusan kewangan. Lebih berhati-hati untuk menjaga hak kewangan sendiri dan saudara-saudara kita. Pilihlah untuk melakukan sesuatu dengan ilmu bukan atas dasar tiru orang lain. InsyaAllah kita selamat.

Sebenarnya, kalau kita cari sumber ilmu, melalui forum internet sudah banyak mereka memperkatakan tentang skim-skim menipu seumpama ini. Antaranya boleh anda lihat di sini.

Akhirnya, sedikit pesanan untuk diri sendiri dan juga bangsaku agar berhati-hati dalam menjalani kehidupan di akhir zaman ini. Fitnah ada di mana-mana, dalam apa-apa bidang. Saringilah ia dengan nilai iman dan taqwa. Kalau dalam bidang ekonomi, tak pernah ada Islam mengajar untuk jadi cepat kaya apatah lagi tanpa usaha. Ana ingat sebuah hadith Rasulullah, diampunkan dosa seorang lelaki yang mencari rezeki yang halal sehingga kering peluhnya. Mafhum mukhalafahnya, kerja hingga keluar peluhlah terlebih baik di dalam mencari rezeki itu.

Kalau ada duit lebih (hasil simpanan, bonus dan seumpamanya yang direzekikan Allah), buatlah pelaburan kerana pelaburan itu suatu yang sangat baik untuk diamalkan (mengikut prinsip pengurusan kewangan ke arah free financial). Tetapi perlu melabur kepada institusi yang sememangnya sah di sisi agama dan undang-undang. Seperti melabur dengan Public Mutual ke apa ke yang dah confirm sah itu.

Orang kata, melabur (dengan institusi yang sah) di saat ekonomi jatuh ini adalah peluang!

Wallahu aklam.

Advertisements

5 Komen (+add yours?)

  1. public-smithveg
    Okt 16, 2008 @ 02:33:44

    Assalamualaikum la. Bad story ini. 🙂

    IbnRajab: Wa’alaikumussalam 🙂

    Balas

  2. zamrizain
    Okt 18, 2008 @ 10:55:06

    saya setuju dengan pendapat akhi. tidak di nafikan ramai antara kawan2 yg join 4 syarikat yg keluar dlm paper di siasat bwh akta bank kerna ambik deposit tanpa lesen BNM. kawan2 sy yg join bkn calang2 berpngkat pensyarah U pun masuk.

    bila di janjikan pulangan tetap dan yg sadisnya dpt bonus seumur hidup sy terus anggap ia ‘sampah’ kpd pelaburan sihat. Antara kawan2 ada yg baru ‘kenal’ pelaburan internet ni. Kasihan pada mereka. Sy nk nasihatpun mereka dah join smpi wat loan bank rakyat! oh tidak….

    apabila saya renungkan kembali… dan sy pernah join benda2 mcm tu, sy yakin pelaburan terhadap ILMU lah yg paling bernilai dan amat penting untuk menagkis sebarang dugaan dan cabaran zaman!

    Balas

  3. zamrizain
    Okt 18, 2008 @ 10:57:39

    minta kebenaran ibnrajab utk link artikel ini dlm blog sy.

    syukran jaziilan.

    Balas

  4. Trackback: MohdZamri » Blog Archive » Ditipu kesekian kalinya…
  5. layarbahtera
    Okt 20, 2008 @ 21:29:39

    TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Sila layari http://www.layarbahtera.com . Terima Kasih

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: