Peluang saham

Bismillahirrahmanirrahim

Ana nak ambil peluang di sini utk menghebohkan satu plan pelaburan akhirat, atau saham akhirat, atau lebih tepat amal jariah. Hasil dan keuntunggan (pasti ada atas niat ikhlas) akan dibayar di akhirat. Keuntungan yang dijangka adalah berlipat-lipat kali ganda modal asal. Mungkin lebih 700% dan berterusan sehingga ke alam barzakh (dlm kubur pun masih dpt menikmati bonus).

Ianya adalah, membiaya satu lori tanah (harga RM50.00) Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja untuk dijadikan tapak masjid Mukim Neman di kampung ana sendiri, iaitu Kampung Baru Sri Manja, Rekang Hulu, Bachok Kelantan DN (berhadapan dengan -masih lagi tapak- UMK kampus Bachok). Kata imam kampung ana “selagi tanah tu ada kat situ, selagi masjid ni tak diruntuhkan, selagi belum kiamat, kita akan dapat pahalanya walaupun sesudah kita meninggalkan dunia ini”.

Jadi, sekiranya ada dalam kalangan pelawat Kalam IbnRajab budiman, yang berminat untuk turut serta dalam saham ini, harap hubungi ana melalui email ibnrajab[at]yahoo.com (ana tiru je orang tulis alamat email macam ni, tak tahu pun apa sebab, sekiranya ada yang tahu sila bagitahu ana, apa sebab mereka gantikan @ dengan [at]?) Nanti ana akan ceritakan cara membeli saham ini dengan lebih detail.

Kata pak imam, peluang membeli saham ini hanya terhad sehingga tanah-tanah tersebut mencukupi. Buat masa sekarang, kerja-kerja baru sahaja dimulakan (minggu ini dengan curahan sebanyak 30 lori). Biasalah, nak buat masjid ni, orang Islam akan membuka peluang kepada saudara-saudaranya yang lain tidak kira di mana mereka berada untuk sama-sama dapat buat kebajikan (amal jariah). Bukan maksudnya, orang Islam ni suka meminta-minta.

Ana harap tak ada orang yg sangat kaya yang penderma tahu iklan ini, kalau tak cukup dia sorang je la. Orang lain nanti kena cari peluang lain. Sedangkan Allah membuka peluang keemasan sekali sekala. Bulan Ramadhan pun datang setahun sekali. Buat kita yang sederhana kaya ini, marilah sama-sama kita ambil peluang. RM50.00 sekarang ini mungkin suatu nilai yang mudah untuk dikeluarkan. Kalau ana, boleh beli dua kampit susu anak sahaja. Dua minggu dah habis!. Cuma saham ini, akan berkekalan sampai bila-bila.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. peluang com
    Nov 03, 2008 @ 12:39:26

    artikel yang menarik…

    IbnRajab: tq, singgah

    Balas

  2. zamrizain
    Nov 07, 2008 @ 22:56:21

    kegunaan orang yang buat [@] atau ‘at’ adalah untuk mengelak dari software robot yang melawat web2 untuk mengumpul email dan di hantar pada tuan punye robot. biasa utk tujuan spam email.

    zamrizain.

    IbnRajab: ok.. thanks.. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: