Cerita TV bersiri

Bismillahirrahmanirrahim

Semua orang sedia maklum cerita bersiri di TV. Ia sesungguhnya telah berjaya menarik minat masyarakat seluuhnya. Kecil besar tua dan muda. Apabila sudah terlekat dengan mana-mana siri TV bersiri, pasti mereka sukar melupakan saat siarannya. Kadang-kadang sanggup melupakan atau sekurang-kurangnya mengangguhkan kerja walaupun ia perlu disegerakan. Kerana terlalu terikat dan jatuh hati.

Suasana akan menjadi lebih gempar apabila keseronokan menonton siri bersiri dapat dikongsi bersama rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga dan siapa sahaja. Di mana-mana, bila-bila masa apabila bertemu, pasti kisah bersiri itulah yang akan menjadi topik perbualan utama. Kadang-kadang melebihi keutamaan bertanyakan khabar berita.

Paling dahsyat lagi kalau sekiranya waktu untuk menunaikan kewajipan pun turut diabaikan. Solat ditunaikan secara bertangguh. “Alah, lepas ni pun boleh solat” merupakan alasan biasa yang keluar dari bibir seorang anak yang ditegur oleh orang tuanya agar segera mendirikan solat apabila telah masuk waktunya. Itulah, apabila dah terkena bahang kehebatan siri TV.

Ada orang tanya, adakah caranya untuk tidak terlalu melekat kat cerita TV bersiri? Mungkin orang yang tak minat dengan mudah sahaja menjawab “Anggap aje cerita esok lagi menarik”. Ataupun kalau orang yang mampu mereka pasti kata “Beli aje cerita itu dalam bentuk VCD, boleh tengok bila-bila masa”. Atau kalau orang baru belajar buat bisnes mereka kata “Bisnes aku tak laku, orang tak tengok pun, takan nak tengok hasil bisnes orang lain”.

Maksudnya, apabila seseorang itu ada target, ada wawasan, ada pendirian mereka pasti tak melekat kat depan TV untuk tengok dan ikuti secara taasub cerita bersiri itu. Mereka sebaliknya faham, kewujudan media hiburan adalah untuk mengisi kekosongan. Sebagai contoh, seorang yang terlibat dengan urusan kaunter (bank, pejabat pos, imigresen dll) dan sedang menunggu giliran, dan malas pula bawa dan membaca buku, sudah tentu media hiburan seumpama itu dapat mengisi kekosongan yang sementara. Itulah sebenarnya fungsi media hiburan.

Kalau nak menjadikan matlamat kehidupan adalah mengikuti segala rancangan hiburan bersiri, sudah tentu ia tidak akan sampai ke kemuncaknya. Kerana kalau ikut logik, pengarah filem akan buat yang terbaik sepanjang masa. Sepanjang karier. Cuma kita yang tak pandai buat yang terbaik terhadap masa kita.

Sekian, wassalam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. MOHD SUFRI B. YAKUP
    Okt 29, 2008 @ 09:57:07

    Salam. Untuk maklumat ustaz, ana baru balik dari Kuala Lipis Pahang untuk MUTTHQ kali ke-27 di IPTAA Kuala Lipis minggu lepas.
    Prestasi dari segi markah secara keseluruhannya semua meningkat dengan baik sekali sayangnya berdasarkan ranking kita menurun dan mendpaat tempat tercorot.
    Alasannya, kita tak ada J-QAF, padahal lawan kita semua J-QAF dan pelajar- pelajar aliran agama. Minta komen ustaz tentang hal ini.

    Benar ustaz, pengarah akan buat yang terbaik sepanjang masa dalam karier nya namun kita pulak tak pandai nak buat yang terbaik terhadap masa kita. Satu fenomena semasa yang diungkap dengan baik sekali.

    IbnRajab: Wa’alaikumussalam. tahniah buat sufri. ranking tak kisah sgt, yg penting semangat utk berjuang. setiap yg terbaik itu ada permulaannya. tak salah jika kita sedang memulakan langkah. bahkan itulah yg tak dapat dilakukan oleh orang banyak. tahniah sekali lagi. teruskan perjuangan!

    Balas

  2. pakcikli00
    Jul 31, 2009 @ 11:14:36

    Bukan semua cerita bersiri di TV mendapat perhatin ramai, begitu juga celoteh ugama yang hambar.

    terima kaseh, wasalam.

    IbnRajab: terima kasih krn sudi baca artikel2 ana

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: