Nilai pertolongan

Bismillahirrahmanirrahim

Pertolongan sesama manusia adalah suatu yang sangat murni dan manis. Keikhlasan seseorang dalam menolong kita dapat dirasai. Ana secara peribadi berasa sangat banyak mendapat pertolongan daripada orang lain dalam menjalani kehidupan ini. Syukur ke hadrat Allah SWT yang telah banyak memberi nikmat termasuk nikmat menjadikan orang lain mudah membantu di saat ana perlu.

Menulis proposal untuk tesis akademik suatu yang boleh dikatakan mencabar. Ia juga suatu yang seronok apabila tulisan kita (kajian) itu dibaca oleh orang lain yang kemudiaannya mereka cuba memahami hasrat yang ingin disampaikan seterusnya mengemukakan komen-komen yang sangat membina. Suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dalam pembentukan shaksiah ana yang akademik.

Tidak dinafikan, ada sesetengah pihak, apabila membaca apa yang kita tulis hanya memberikan komen negatif yang melemahkan semangat. Cuma bilangan mereka amat kecil berbanding yang sama-sama menyelami hasrat tulisan kita itu dan sumbangannya dalam bidang akademik.

Suatu yang menarik untuk dikongsikan ialah, walau senegatif mana komen orang lain terhadap kerja kita, mungkin datangnya daripada kelemahan kita sendiri. Pertama bahasa persembahan kita yang sukar difahami. Dengan kata lain, orang sebenarnya tak faham apa (sebagaimana) yang kita faham. Oleh yang demikian, perlu ada kesinambungan (floor) dalam penulisan.

Maksudnya, kalau maksud apa yang kita nak buat itu jelas, menggunakan bahasa akademik yang santai dan kechi, insyaAllah kita akan hadapi sutuasi yang lebih seronok kerana orang telah faham apa benda (tesis) yang kita ingin buat.

Harapan semoga rakan-rakan setia pelawat kalam IbnRajab, sama-sama mendoakan agar Allah mempermudahkan usaha kita semua ke arah mencapai apa sahaja matlamat yang baik di sisi Allah, agama dan pembangunan bangsa dan negara kita.

Sesungguhnya dalam menghadapi situasi yang getir kadang-kadang kita sangat perlu kepada orang lain sebagai pemberi semangat, pencentus idea, teman berkongsi dan berbicara yang baik seperti orang-orang yang sangat rapat (suami/isteri/anak-anak) serta sahabat-sahabat seperjuangan dan sesiapa sahaja. Yang paling utama daripada itu ialah, kita perlu kepada Allah yang menjanjikan pertolongan tanpa penghujungnya. InsyaAllah..

Wassalam.

p/s: ada orang kata “kalau kita tak boleh nak tolong orang, paling kurang jangan susahkan (hati) orang”

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. abuwildan
    Okt 23, 2008 @ 13:10:07

    ana ada duit 1000-2000. boleh ko masuk public mutual? mintak penjelasan drp anta dan info ttg public mutual …

    Balas

  2. abuwildan
    Okt 23, 2008 @ 13:11:21

    dgr citer kalu simpan 20 K dapat untung 5K ..betul ko ?

    IbnRajab: InsyaAllah, nanti ana call anta

    Balas

  3. MOHD SUFRI B. YAKUP
    Okt 29, 2008 @ 10:06:25

    salam..
    kalau kita tak boleh tolong orang, janganlah kita melemahkan diri orang meruntuhkan motivasi dan semangat orang.
    KIta harus menaikkan motivasi memberi semangat dan sebagai saudara seagama, wajarlah hendaknya kita medoakannya kejayaan mereka.

    Kelemahan itu mungkin datang dari diri kita barangkali juga kerana kelemahan orang yang tidak memahaminya. Apa- apapun, kita hendaklah membuat yang terbaik. NIatnya hendak membuat orang faham dan hikmahnya pada diri, itu jauh lebih penting rasanya.

    IbnRajab: tq, komen yg baik. 🙂

    Balas

  4. zamrizain
    Nov 07, 2008 @ 23:03:34

    adus berpinau mata den baca artikel ni. font nya kecik bagi saya.

    IbnRajab: oo.. ya ka 😉

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: