Badal haji

Bulan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan baitullah

Tanah suci Makkah
Hiya makatu mukarramah

Assalamu’alaikum wbt..

Saja teringat lirik lagu tu. Entah betul entah tidak apa yang ana tulis. Kalau silap mohon maaf. Sehubungan itu, ana nak berkongsi sedikit info tentang badal haji, atau apa yang orang kampung ana istilahkan sebagai ‘upah haji’. Upah haji ialah sejumlah wang yang dibayar kepada seseorang bagi menunaikan haji bagi pihaknya. Semestinyalah orang yang hendak menerima upah haji itu terdiri daripada mereka yang telah menyempurnakan ibadah haji bagi dirinya sendiri.

Tetapi oleh kerana beliau ada kemudahan untuk pergi ke mekah (biasanya para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bumi Saudi, mereka yang bekerja di bidang pengurusan jemaah haji seperti tabung haji, pihak perubatan ataupun orang perseorangan yang mengendalikan urusan membawa jemaah haji dan sebagainya) maka mereka bersedia mengambil upah haji atau apa yang mereka istilahkan sebagai melakukan haji badal atau badal haji.

Biasanya harga upah haji ini rendah sedikit daripada kos haji yang sebenar. Kerana mereka biasanya mengambil bayaran bagi menampung kos-kos berkaitan keperluan asasi mereka sahaja seperti makan, minum, tempat tinggal dan seumpamanya. Orang kata, alang-alang mereka dan ke sana, atau dah ada di sana, apa salahnya mereka menawarkan sedikit perkhidmatan yang mungkin diperlukan oleh pihak yang lain berkenaan.

Siapa perlu upah haji?
Orang tua yang uzur dah tiada kemungkinan akan sembuh untuk mengizinkannya melakukan ibadah haji secara sendiri. Sedangkan ia ada kemampuan daripada segi kewangan. Ataupun orang yang telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai harta pusaka yang melebihi harga upah haji setelah ditolak segala hutang-hutangnya. Dalam kitab fiqh al-Manhajiy, diriwayatkan dua hadith daripada Rasulullah SAW bagi menyatakan persoalan ini (1/124).

Pertama hadith seorang perempuan yang bertanyakan tentang arwah ibunya yang bernazar untuk naik haji. Maka Rasulullah SAW menjawab (mafhum): Hendaklah kamu mengerjakan haji bagi pihaknya seperti kamu membayar hutang-hutangnya. Begitu juga hadith kedua. Menjawab pertanyaan seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: Ayahku telah meninggal dunia, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya? Rasulullah menjawab: Ya, tidakkah sekiranya ayahmu meninggalkan hutang, maka engkau perlu membayar segala hutang-huntangnya (sesama manusia), sedangkan (hutang ayahmu dengan Allah) haji itu maka terlebih utama engkau membayarnya (mengerjakannya).

Hukum upah haji.
Berdasarkan hadith di atas, maka wajiblah seseorang mengupah haji sekiranya didapati dirinya mempunyai wang yang cukup untuk mengupah mana-mana pihak melakukannya. Begitu juga sekiranya seseorang meninggalkan harta pusaka yang cukup untuk upah haji, maka wajib ke atas anak-anak atau pewarisnya mengupah haji bagi pihak si mati. Hal ini sekiranya semasa hayat si mati tidak pernah mengerjakan haji.

Sekiranya si mati telah mengerjakan haji, tetapi sebelum meninggal dunia, beliau ada bernazar mengerjakannya sekali lagi, maka wajib juga dikelurkan sebahagian daripada harta peninggalannya untuk upah haji.

Tetapi sekiranya si mati meninggalkan harta yang sedikit, atau tidak meninggalkan apa-apa harta, maka hukum upah haji ke atas dirinya adalah sunat dan mengikut kemampuan si waris. Sama ada haji untuk kali pertama atau haji nazar. Ini kembali kepada amal soleh si anak terhadap kedua ibubapanya yang telah tiada. Untuk beberapa persoalan yang berkaitan dengan upah haji, anda boleh klik link ini.

Kesimpulan.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, mereka sibuk membahagikan harta pesaka peninggalan arwah si mati. Kadang-kadang sehingga berlaku pertengkaran dan bermusuh-musuhan. Tanpa kefahaman bahawa mereka wajib menyegerakan pembayaran segala hutang-hutang peninggalan arwah dan juga upah hajinya. Ataupun sekadar mencari upah haji yang termurah sedangkan si mati meninggalkan terlalu banyak harta. Sekiranya di ambil seseorang untuk ditaja hajinya secara pakej kelas pertama (dalam RM25,000.00) pun hanya menggunakan kurang daripada lima peratus nilai harta peniggalan. Sungguh memilu dan memalukan!

Perkara (pengurusan harta pusaka) inilah yang mendatangkan kecelaruan atau keberkatan dalam kehidupan generasi yang si mati tinggalkan. Kadang-kadang, mereka menerima harta yang banyak tetapi habis dalam sekelip mata sahaja. Sedangkan orang tuanya dahulu, bertungkus lumus dalam mencari dan mengumpul harta demi kesejahteraan anak-anak dan generasi selepasnya. Kalau harta tidak habis sekali pun (seperti tanah dan bangunan) tetapi kehidupan adik beradik tak pernah aman dan sentiasa dalam pertikaman lidah dan perbalahan.

Oleh yang demikian, pengurusan kewangan termasuklah pembahagian dan pengurusan harta pusaka itu perlu kepada ilmu. Sayugia juga diingatkan, amat malang bagi seseorang yang ingin meninggalkan hanya harta yang banyak kepada pewaris mereka, dan pada masa yang sama lupa untuk memberikan ilmu pengurusan kewangan yang baik pula. Tertama ilmu pengurusan harta selepas mereka meninggal dunia (harta pusaka).

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: