Konvokesyen Bassyar

Bassyar bersama rakan-rakannya yang diraikan pada majlis konvokesyen tadika al-Taqwa 2008

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Semalam Bassyar telah dianugerahkan sijil pertama dalam dairi kehidupan akademiknya iaitu sijil tamat pra-sekolah. Ada bersamanya tiga keping sijil-sijil lain yang berkaitan seperti sijil ko-kurikulum, sijil speed reading dan sijil penyertaan aktiviti kelolaan BOMBA dan Penyelamat Malaysia. Tahniah kepada Aidi Bassyar atas kejayaannya itu.

Ana selalu kata padanya “Abi dulu, tak pernah sekolah tadika, tak pernah dapat sijil seawal usia Bassyar, tak kenal mengaji al-Quran sehingga masuk darjah satu (7 tahun). Nampaknya Bassyar lebih cemerlang daripada Abi”. Kata-kata semangat seperti itu tidak lain selain ingin menyuntik semangat kepadanya selain mewujudkan fikrah persaingan yang sihat dalam bidang akademik. Kita sebagai ibu bapa dirasakan perlu mewujudkan persekitaran seperti itu semenjak dari awal lagi.

Afifah Humaira turut hadir memeriahkan majlis konvo Bassyar, turut hadir Ummi, Abang Long dan adik Akrimy Mathwa

Ana kadang-kadang bincang dengan umi Bassyar. “Mana ya kelebihan anak sulong kita ni? Maksudnya kecenderungan atau minat yang ada padanya?” Sebab, setiap manusia itu dijadikan Allah dengan kelebihan yang unik dan minat kepada satu-satu perkara. Cuma yang pasti Bassyar selalu sebut dia nak jadi “pilot”. Emmm.. mungkin cita-citanya itu terpengaruh daripada pengalamannya yang selalu naik kapal terbang (untuk balik kampung) kerana ana bertugas di Sarawak.

“Orang nak jadi pilot macam ni ke?” Ayat yang selalu ana guna kalau Bassyar buat onar. Atau kacau adik atau tak dapat nak setle masalah sehingga bergaduh dengan adik, liat nak study. “Cuba tengok adik-adik atau abang-abang kat dalam tv (sebab tu ana tak nafikan pengaruh astro -yang terkawal- ada juga kebaikannnya dalam mendidik anak-anak, kerana kita boleh gunakannya sebagai bahan bantu didik anak) adakah mereka suka kacau orang? mereka itu dan ini.. bla bla bla”.

Cikgu Yati, antara guru-guru yang bertungkus lumus membentuk peribadi akademik Bassyar. Terima Kasih Cikgu!!!

“Orang yang berjaya dan pandai, mereka suka berkawan dengan buku, tak buat sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Macam mana kita nak ada ilmu kalau tak baca buku?” Satu lagi kata nasihat yang selalu ana ulang-ulang. Terutama bila menegur. Pada ana, anak-anak perlu dilatih untuk bertindak secara rasional sejak dari awal. Ini usaha dan doa kita sebagai ibubapa dalam mencorak peribadi anak.

“Bassyar selaku anak yang lebih besar, sepatutnya dah pandai urus adik-adik” satu lagi cabaran yang cuba ana ketengahkan dalam minda anak sulong ana itu. Padalah budak tu baru berusia enam tahun, manalah dia tahu perihal nak urus adik-adik. Yang selalu dipraktikkannya adalah mengajak adik dan provok adik supaya marah dan selepas itu jadilah rengek tengek, atau tangis mangis yang membawa kepada tak selesa bila kita dengar terutama time-time kita sibuk dan menumpukan perhatian pada sesuatu (spt kalau sekarang ni ana tengah buat assigment, atau sedang siapkan proposal tesis).

Tetapi hasilnya sangat memuaskan. Sekarang ni Bassyar dah mula tahu peranan dia sebagai abang. Dia diperhatikan sudah mula pandai untuk kawal emosi. Sudah boleh cakap “Bassyar tak suka lah iffah buat macam ni, kalau Bassyar marah nanti Iffah nangis”. Atau “Biar lah Bassyar baca buku ni dulu, nanti kejap lagi Iffah pula, pastu Bassyar, pastu Iffah”. Atau kadang-kadang dia menangkan adiknya juga “Ifah buat dulu, atau main dulu, lepas ni bagi Bassyar ek?”.

Satu lagi yang ana perhatikan masa ni, kalau mereka berdua tu mula nak gaduh, ana hanya akan kata “Bassyar, kenapa pula Iffah nampak tak puas hati tu?” Maka dia terus akan pujuk adik dia, kalau patut dia menangkan adik, dia mengalah dulu dan sebagainya yang mentidak jadikan pergaduhan antara mereka berdua. Bagi ana setakat ini Bassyar dah boleh harap (berbanding usianya yang baru masuk enam tahun pada oktober lepas).

Satu lagi kelebihan Bassyar, dia akan exited sangat bila beli buku untuk dia. Dia akan baca sampai habis saat tu juga. Kadang-kadang dia sanggup tak makan. Ana selalu provok dia bila beli buku. Kata ana “Kali ni abi beli buku ni, kalau dah habis buat/baca abi beli buku yang ini pula (sambil menunjukkan buku yang ana maksudkan itu padanya”.

Birthday Bassyar baru ni ana belikannya sebuah koleksi 366 buku cerita rakyat Malaysia. Tujuan ana untuk mengenalkan Bassyar dengan budaya serta pemikiran masyarakat Malaysia. Budaya rumpun bangsanya sendiri. Cerita dalam buku tu dibahagikan kepada tarikh-tarikh dalam kalendar. Setiap hari dengan satu cerita yang berbeza. Sehingga hari ini dia masih komitmen baca (dan tidak tamak, kerana ana pesan satu hari satu cerita mengikut susunan tarikh yang diberi). Kadang-kadang dia baca dengan adiknya Iffah.

Satu hari dia sapa ana “Abi, betul lah dalam buku Bassyar kata ayam ni menguis cari jarum emas yang dipinjamkan kepada burung helang” Ana cakap “apa pula?”. Dia terus tunjuk kepada seekor ibu ayam yang sedang menguis-nguis mencari makan untuk anaknya. Ana tersenyum juga. Nak kata puas hati. Mungkin. Tak kisah lah samada cerita tu benar atau tidak tetapi sekurang-kurangnya vocab anak-anak semakin kaya. Melalui cerita tu, dia dibiasakan dengan jarum, emas, helang, pinjam dan lain-lain vocabulari penting bagi membuat sesuatu karangan. Dan memberi pendedahan tentang pemikiran dan budaya warisan melayu.

Bassyar kena jadi 'ayah' dalam sketsa ni. Patut jadi ayah sbb nampak memang serius benor

Kesimpulan.
Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab terhadap kejayaan anak-anak, kita tidak nafikan bahawa kita hepi, atau puas hati bila anak kita pandai. Bermula dengan pandai meniarap, pandai berjalan, pandai membaca, menulis, mengira seterusnya kepada kejayaannya menjadi ‘somebody’ kelak. Cuma kejayaan-kejayaan seperti itu tidak datang bergolek. Ia memerlukan kepada tunjuk ajar, didikan, pemerhatian, pengorbanan masa dan wang ringgit dan sebagainya daripada pihak ibubapa.

Anak-anak adalah amanah Allah. Ia adalah output kita. Apa yang akan terjadi padanya adalah hasil corakan kita. Benarlah sabda Rasulullah SAW bermaksud; Anak-anak dilahirkan dalam fitrah (suci seperti kain putih) maka kedua orang tuanyalah yang mencorakkannya menjadi majusi atau nasrani. Terpulanglah kepada dua ibubapa untuk mencorak anak-anak kepada warna yang disukainya. Cuma, jika anda corak anak anda dengan warna yang disukai Allah, maka anda berjaya di sisi Allah dan begitulah juga sebaliknya.

Buatlah seperti apa yang Allah inginkan, bukannya mengikut hawa dan nafsu sendiri. Dalam semua perkara.

Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. usthadi
    Nov 11, 2008 @ 10:34:39

    Tahniah abu basyar kerana dapat anak yang cerdik.
    Semoga anugerah tersebut dapat diterjemahkan dengan khatam quran diusia sebelum 10 tahun.
    Kadang-kadang ramai anak dah boleh baca rumi semasa 3 tahun, tu pun dalam tempoh 3 bulan (smart reader… ).
    Ana syor kat anta supaya dapat buktikan anak kita dapat menguasai quran dalam tempoh singkat juga (smart quran).
    Jihad sheikh..
    takbir… allahu akbar

    IbnRajab: insyaAllah akhi. mudah2an tengok anak konvo, timbul juga rasa semangat nak konvo. hehe

    Balas

  2. usthadi
    Nov 11, 2008 @ 15:37:48

    Salam.

    Pasal daging nazar/sembelihan wajib.
    Ana syorkan anta rujuk pendapat Khatib Sarbini dalam kitabnya “Mughni al-Muhtaj” kitan udhiah, juz4, ms 290.
    wallahu aklam.

    IbnRajab: jazakallah akhi

    Balas

  3. arnamee
    Nov 16, 2008 @ 20:07:28

    Salam ziarah.tahniah ya =)

    IbnRajab: Tq

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: