Selamat balik kampung

Salamullahi’alaikum wbt

Oleh kerana pada musim ini, ramai sahabat-sabahat ana pulang ke kampung, jadi di kesempatan ini, ana mengucapkan selamat balik kampung buat mereka semua (mungkin mereka ada baca catatan ni). Terutama mereka yang balik sama kampung dengan ana. Terima lah musim bah yang dah dua hari hujan tanpa henti-henti ini. Sejuk. Nak jalan-jalan pun segan (bahasa orang Kedah maksudnya malas).

Masa-masa macam ni (tarikh sebegini) teringat ana tahun-tahun lepas. Masa ni lah kami sekeluarga juga merasa nikmat balik kampung. Anak-anak merasa naik belon (kapal terbang dalam loghat melayu Sarawak). Tahun ni, Bassyar mahupun Iffah, tengok aje lah kapal terbang kat epot Pengkalan Chepa, ketika hantar cik Ta atau Nisu. “Bila kita nak naik kapal terbang?” Soalan biasa anak-anak yang dibalas dengan senyuman (kadang-kadang angkat kening). Blur.

Semoga percutian kali ini memberi seribu kenangan manis buat kita semua. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: