Jangan pisahkan

Salamullahi’alaikum wbt.

Guru ana berpesan, kalau nanti dapat kerja yang melibatkan pengurusan sumber manusia, kat mana-mana sekalipun, atas apa-apa alasan sekalipun, elakkan daripada terlibat dengan memisahkan di antara isteri atau isteri-isteri dengan suami mereka, antara anak-anak dengan ibu bapa mereka. Sistem kekeluargaan Islam akan terbantut dan kacau bilau bila ada orang cuba memisahkan antara satu ahli keluarga dengan yang lain. Keberkatan di dalam mencari rezeki tidak akan ada.

Kemarahan Allah Taala pula yang akan menimpa nasib tangan-tangan yang memisahkan mereka. Sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Menjalankan tugas atau menurut perintah. Atau apa sahaja alasan. Kerana pada hakikatnya, apabila seseorang tidak mempedulikan urusan sesama manusia mengikut kehendak Allah, mereka secara automatiknya dia telah melupakan Allah, dan dia akan dimurkai Allah.

Tambah-tambah lagi kalau ada dalam hati, “ah, bukan masalah aku, bukan famili aku, bukan isteri dan anak-anak kaum kerabat aku, pedulikan!” Dengan alasan, “saya yang menurut perintah sahaja”. Kata lirik nasyid “pandangan hati itulah hakiki, jika hati itu bersih”.

Begitu juga hal yang sama, jangan ada datuk atau nenek kepada mana-mana cucu, nak bodek cucunya agar duduk dengan dia pada musim cuti sekolah ini, tanpa adanya ibu bapa mereka sekali. Apatah lagi kalau seseorang ibu atau bapa terasa tidak senang hati dengan perpisahan antaranya dengan anaknya. Kerana soal mendidik anak ini adalah urusan berterusan, tidak ada istilah cuti dalam mendidik anak-anak. Macamana nak didik ana, jika ibu atau/dan bapa terpaksa berjauhan dengan mereka? Sedikit masa juga ada kesannya yang tersendiri. Apakah datuk-datuk atau nenek-nenek itu yang akan bersoal jawab di hadapan Allah kelak? sedangkan anak datuk-datuk dan nenek-nenek itu sendiri pun tak dapat dikawal dan diberikan didikan yang perlu. Masakan nak didik cucu. Anak orang.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. abu anas
    Dis 03, 2008 @ 10:02:25

    salam.
    ana tertarik dengan artikel anta ni… ana pun macam anta dan ana amat setuju dengan pandangan anta.
    Cuma bagi ana dalam mendidik anak-anak kita kena main tarik tali. supa juga kita guna uslub targhib wa tarhib. Maksud ana, secara dasarnya anak-anak mesti sentiasa bersama ibu bapanya untuk dididik. Namun, ibu bapa tak larat nak didik sepanjang masa, justeru timbulnya sistem persekolahan waktu siang, manakala peluang ibubapa bersama anak-anak mereka kembali pada waktu malam. Dalam hal ini ana melihat sesuatu yang positif :
    1- motivasi ibu bapa untuk callenge guru sekolah.
    2- bagi peluang si anak menilai tempat tarbiah terbaik.
    3-atau anak dapat kesan jihad ibu bapa mereka didik mereka.
    Ana pun pernah tinggalkan anak ana dalam tempoh tertentu kepada ayah dan bonda, tetapi selepas mereka minta dan melihat kepada keperluan. Apa yang positifnya ialah si anak tersebut semakin bertambah mesra bila dia kembali kepada ana(anas & amjad). Seolah-olah mereka dah menilai nikmat bersama ibu bapa berbanding orang lain walau tuknya sendiri.
    wallahu aklam

    IbnRajab: terima kasih. komen yg baik

    Balas

  2. Fakhrul Ezam
    Dis 05, 2008 @ 16:46:45

    salam ustaz. minta cdgan ust, pgram yg sesuai untuk remaja musim cuti sekolah ni? Ana nak buat bersama Kelab Remaja HIKMAH.

    Cadangan yang ada dalam kepala la ni, nk buat bengkel pengurusan jenazah. Jd nanT klu da org meninggal, jemaah remaja ni la p ke rumah arwah. Uruskannya dan solatkannya sekali…

    IbnRajab: cadangan yang baik. ana rasa perlu ditambah qiamullail, dan ceramah motivasi ke arah mewujudkan remaja Islam yang kental akidahnya

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: