PGSR

pgrs

Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera,

Ana baru pulang dari menyampaikan kuliah kepada para guru peserta program pensiswazahan guru sekolah rendah (PGSR) di IP Rajang, Sarawak. Jadual kuliah sangat padat. Ana menghabiskan 25 jam dalam masa 4 hari sahaja. Harapan ana agar mereka semua dapat ikuti kuliah dengan berkesan. Dari zahir, ana melihat keseluruhan pelajar telah memberikan tumpuan dan komitmen yang patut sepanjang sesi kuliah berjalan.

Program PGSR adalah sebuah program khas yang dianjurkan oleh pihak BPG bagi melatih guru-guru sekolah rendah yang belum memiliki ijazah pertama. Program ini diwujudkan bagi merialisasikan impian negara yang ingin melahirkan 100% guru-guru di Malaysia memiliki kelayakan ijazah sarjana muda menjelang tahun 2015. Program yang dijalankan dalam setiap cuti persekolahan ini akan mengambil masa selama 4 tahun. Maksudnya, guru-guru ini akan bekerja seperti biasa pada musim persekolahan dan kembali ke IPG bagi mengikuti program ini pada masa cuti persekolahan. Namun, melihat kepada semangat yang turut diluahkan oleh mereka, menampakkan kesungguhan setiap seorang untuk kembali ke alam study setelah sekian lama tidak mengikutinya secara rasmi seperti ini.

Semoga berjaya! dan inilah kenangan wajah-wajah ceria peserta program PGSR-IPR kursus PJ ambilan 2008. Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. haizura
    Okt 13, 2009 @ 17:21:20

    assalamualaikum.mf jika tersalah tempat bertanya.saya seorg guru dari pantai timur,ingin bertanya. kenapa subjek b.inggeris tdk tersenarai di dlm PGSR 2009 ? harap encik dapat menjawab dgn menghantar jwpn ke email sy.

    IR: w’salam. mmg tersalah tpt bertanya. wallahu aklam 🙂

    Balas

  2. Trackback: Selamat menduduki exam « IbnRajab Online
  3. hana
    Jul 23, 2010 @ 23:17:59

    salam. ingin tahu sama ada terdapat ambilan pelajar baru PGSR pada tahun ini.terima kasih.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: