Hari wukuf

Hari ini tanggal 9 zulhijjah merupakan satu tarikh yang penting dalam Islam. Hal ini kerana pada hari ini, umat Islam yang berada di Makkah pada waktu ini sedang berkumpul beramai-ramai di satu tempat iaitu Arafah untuk menyempurnakan satu rukun daripada rukun-rukun haji iaitu berwukuf. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, haji itu wukuf di Arafah menjelaskan bahawa titik sah atau tidaknya ibadah haji seseorang bergantung kepada amalan wukufnya.

Wukuf di Arafah yang sah dilakukan dengan berada di sana walaupun sesaat dalam tempoh masa bermula dari tengahari hari (masuk waktu zohor) ini iaitu 9 zulhijjah sehingga terbenam matahari iaitu masuk waktu maghrib. Sesiapa yang sempat berada di situ pada masa itu, maka sahlah hajinya sebaliknya sesiapa yang gagal untuk berada di situ maka tidak sahlah hajinya dan perlu diqadha pada masa-masa depan.

Bagi kita yang berada di tanah air, maka sunat untuk berpuasa. Biasa amalan puasa ini (hari arafah) kurang diingati terutama oleh golongan muda dan juga mereka yang kurang penghayatan ilmu agama. Dalam Islam, berpuasa pada hari Arafah merupakan salah satu daripada hari yang sangat digalakkan, selain puasa sepuluh hari pada bulan Muharram, puasa tiga hari cerah, puasa enam hari di bulan shawwal dan puasa isnin khamis.

Bermula pada malam ini (dengan masuknya waktu maghrib) maka kita disunatkan pula bertakbir raya aidil adha (memang ada pendapat ulama yang mengatakan mulanya selepas subuh esok). Tetapi sekiranya dirujuk kepada permulaan hari dalam Islam iaitu dengan masuknya waktu maghrib, maka pendapat yang mengatakan sunat melakukan tasbih raya pada malam ini agak kukuh dan boleh diterima.

Sama-samalah kita kembali menghayati ibadah yang semakin ditinggalkan ini dan sama-sama kita beroleh ganjaran dan rahmat daripadanya. Wassalam

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. sikinisma
    Dis 08, 2008 @ 05:54:14

    salam..

    salam aidiladha buat ustaz sekeluarga…

    IbnRajab: selamat hari raya, tima kasih..

    Balas

  2. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: