Salam Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam terutama mereka yang melayari (sentiasa melayari) blog yang tidak sepertinya ini. Marilah kita sama-sama memeriahkan hari raya ini dengan ibadah yang benar-benar dianjurkan oleh agama Islam. Kalau tidak mampu untuk melakukan ibadah sembelihan korban, kita disunatkan juga untuk pergi membantu sanak saudara, rakan-rakan atau jiran yang mampu melakukannya.

Teruskan amalan ziarah menziarahi. Didiklah anak-anak dengan cara hidup menghadapi raya sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. Jangan terlalu terpedaya dengan didikan dunia (tv, hiburan dll) yang jelas menyimpang dari ajaran rabbani sebenar. Anak-anak perlu didedah dan diberikan pengalaman-pengalaman Islam. Siapalah anak-anak tanpa ajaran dan didikan (ilmu) sebenar terutama daripada pihak ibu bapa dan keluarga (belah ibu dan belah bapa).

Semoga kita semua beroleh rahmat dan kemenangan sepertimana yang sama-sama kita laungkan melalui takbir raya (sunat bertakbir sehingga sebelum maghrib hari terakhir tasyrik iaitu 11.12.2008). Hayatilah setiap patah perkataan takbir itu dan aplikasikannya ke dalam kehidupan kita yang tidak terlalu panjang ini (di dunia).

Di kesempatan ini juga, ana menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf daripada antum semua. Sekiranya apa yang telah ana coretkan (melalui blog ini) ada yang menyinggung perasaan dan menyentuh jiwa. Tidak ada niat melainkan untuk kebaikan diri sendiri (melatih diri, dakwah diri, tarbiah diri) dan juga ‘sharring’ bersama antum (anda dalam bentuk ramai dalam bahasa Arab) semua.

Sekali lagi, salam lebaran, maaf zahir dan batin. Wallahu aklam.

Advertisements

3 Komen (+add yours?)

  1. azman salleh
    Dis 08, 2008 @ 12:08:41

    selamat hari raya aidil adha….moga kita semua dirahmati Allah SWT

    IbnRajab: tima kasih.. amien

    Balas

  2. Trackback: Selamat hariraya aidiladha « IbnRajab Online
  3. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: