Hari tashriq

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari-hari tashriq dalam Istilah Islam adalah hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji akan menyempurnakan amalan bekenaan dengan melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah; ula wusta dan aqabah. Ibadah melontar jamrah ini bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melontar syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu kosentrasi kedua nabi tersebut melakukan korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Hari ini adalah hari tashriq terakhir. Umat Islam boleh melakukan korban sehingga maghrib hari ini. Begitu juga amalan bertakbir, juga disunatkan sehingga maghrib hari ini. Ana tertarik dengan satu pengalaman berada di Sarawak. Mereka mengadakan rumah terbuka sama ada jamuan daging korban yang mereka sertai ataupun jamuan rumah terbuka biasa, mereka meminta para tetamu melaungkan takbir beramai-ramai. Suasana atau amalan seperti ini jarang kelihatan di tempat-tempat lain. Malah di tempat ana (negeri serambi mekah ini pun) suasana amalan seperti ini tidak kelihatan.

Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di masjid sahaja. Selepas setiap waktu solat. Umat Islam digalakkan melaungkan takbir ini (pada masa-masa yang disunatkan/dibenarkan) di mana-mana sahaja. Di dalam kereta waktu sedang memandu, di dalam rumah waktu sedang masak, di jalanan waktu pergi ke masjid atau surau dan di mana-mana sahaja mereka berada dan teringat nak bertakbir. Tak perlu tunggu sampai di surau dan lepas solat baru nak bertakbir.

Diperhatikan, oleh kerana jenis orang kita ni ‘hangat-hangat tahi ayam’, maksudnya kalau sesuatu perkara itu baru, atau jarang-jarang sekali barulah amalannya meriah, maka takbir raya pada hari-hari tashriq semakin dilupakan. Hatta kalau solat bersendirian di rumah, atau berjamaah bersama keluarga, mereka terlupa atau tidak mahu bertakbir. Mereka hanya menghadkan amalan takbir pada pagi hari raya sahaja, sebelum solat hari raya.

Di samping itu, ada juga diperhatikan beberapa pihak yang terlalu terbawa-bawa dengan sunat bertakbir selama empat hari di hari raya aidil adha kepada hari raya aidil fitri. Oleh itu mereka bertakbir seharian pada hari raya aidil fitri. Padahal pada hari raya berkenaan, sunat takbir hanya setelah masuk waktu maghrib sehingga sebelum solat sunat hari raya sahaja. Hal ini juga menggambarkan kepada umat Islam bahawa raya haji itulah raya sebenar umat Islam. Kerana ia disunatkan takbir selama empat hari sedangkan separuh hari sahaja pada hari raya aidil fitri.

Marilah sama-sama kita meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Teruskan takbir anda sehingga akhir petang har ini. Wassalam

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. Jamaliah Othman
    Nov 12, 2010 @ 16:09:51

    Assalamualaikum ustaz, saya nak confirmkan hari tashriq. Ibu saya meninggal dunia pada 12hbZulhijjah1421H. Setiap tahun saya selalunya buat korban pada hari Nahar (10 Zulhijjah) tapi tahun ini tak sempat nak buat pada tarikh tersebut dan sekiranya diizinkan Allah, saya nak buat pada 20hb Nov.2010 yaitu 13hbZulhijjah. Selalunya saya korban untuk diri saya dan saya fidiyahkan 3 atau 4 bahagian pada kedua ibu bapa saya dan datuk-nenek saya. Bolehtak ustaz, walaupun 4 bahagian, bolehtak saya sebut juga nama-nama lebih daripada bahagian yg saya korbankan?
    Terima kasih.
    Assalamualaikum

    IR: w’salam. 1 bahagian utk 1 nama

    Balas

  2. Trackback: Selamat Hari Raya Aidil Adha « IbnRajab Online
  3. Trackback: Ambang 10 zulhijjah 1432H « IbnRajab Online
  4. sitah
    Nov 06, 2011 @ 16:01:06

    au ah glab.. Terlalu muter2 postingannya… Qta org jadi bingung intinya apa maksudnya juga apa…?

    IR: bahasa indonesia jg tidak difahami oleh admin blog ini. harap maaf

    Balas

  5. LELASURAMADU LOVES CATFISH
    Nov 09, 2011 @ 10:05:07

    Sekarang 13 Dzulhijjah. Berarti masih hari tasrik.

    Balas

  6. cda
    Nov 11, 2011 @ 06:10:51

    hari khamis 10/9/11 hari tashriq lg kah?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: