Ziarah Pak Long

Salamullahi’alaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini ana dan keluarga berkesempatan menziarahi rumah bapa saudara (pak long belah mak) yang dah berbelas tahun tak jumpa. Sehinggakan jalan masuk ke rumahnya pun ana dah lupa. Macamana nak ziarah. Tetapi oleh kerana desakan hati yang teramat sangat, maka ana gagahi juga perjalanan hari ini. Berbantukan petunjuk seorang lagi bapa saudara belah mak (melalui perbualan telifon) yang katanya selalu menjenguk abang sulongnya itu. Makan buah langsat jugalah. Sampai ke tanah perkuburan!

Berkat mulut yang ringan untuk bertanya. Akhirnya, seorang anak kampung Chengal Batu itu secara sukarela mahu memandu jalan kami ke rumah yang dituju. Maka bertautlah kembali sebuah silaturrahim yang telah agak terlalu lama terputus itu. Entah mengapa masing-masing tidak dapat memberi alasan yang wajar kepada persoalan kenapa sampai tak ada hubungan langsung, walaupun melalui telifon.

Seingat ana, kali terakhir menjejakkan kaki ke rumah pak long ialah pada tahun 1993 (menjemputnya hadir kenduri kahwin kakak sulong ana). Kemudian, ana ke Jordan, kemudian di’posting’kan ke Sarawak. Balik bercuti akhir tahun sekadar masa sebulan lebih sikit tidak mengizinkan ana menjejaki kasih ini. Alhamdulillah, kali ini, tahun ini kesempatan ini terluang dan ana mengambil manfaat daripadanya. Hamdan lillah.

Sebenarnya, ada seorang lagi mak saudara ana (Mempaga satu, Bentong Pahang) yang dah lama juga tak ziarah. Berbelas tahun juga semenjak ana pergi ke Jordan. Oleh kerana mencari kehidupan, maka terpaksa berjauhan dengan sanak-saudara. Seorang ke hilir dan seorang lagi ke hulu. Yang langkahnya panjang sikit, mengembara mencari sesuap nasi sehingga ke negeri orang. (Pasir puteh pada satu ketika dulu adalah dianggap luar negeri, begitu juga Bentong pahang itu).

Pada ana, ikatan silaturrahim mempunyai nilai yang sangat tinggi. Yang perlu dihargai dan disayangi. Dibajai dengan kasih sayang dan perasaan hormat menghormati. Salah satu cara menghormati sanak-saudara kita adalah dengan melakukan amalan ziarah ke rumah mereka. Kegembiraan dan kebahagiaan jelas terbayang di wajah pak long yang juga melafazkan rasa ingin bertemu mata dengan kami sekeluarga (dari Bachok).

Setelah separuh hari berada di rumah pak long, kami meminta diri untuk pulang. Dengan perasaan yang hanya Allah sahaja yang tahu, masing-masing meninggalkan nombor telifon agar ikatan yang baru sahaja terjalin ini tidak putus-putus lagi. Di zaman serba canggih ini amat tidak munasabah sebuah ikatan silaturrahim itu boleh terputus begitu sahaja tanpa apa-apa berita.

Hargailah sanak-saudara kita. Keluarga kita. Darah daging kita. Kerana mereka ini adalah anugerah Allah yang tidak ternilai oleh sesuatu apa jua.

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah melalui ikatan silaturrahim akan melimpahi kita semua. Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: