Persatuan guru

Salamullahi’alaikum warahmatuhu wabarakatuh dan salam perpaduan

Semua sedia maklum akan kepentingan hidup berpesatuan. Kerana suara individu biasa kurang mendapat perhatian pihak-pihak berkaitan berbanding suara ramai dalam bentuk kumpulan atau persatuan. Suara yang tersebut pula biasanya akan mula kedengaran atau diluahkan apabila seseorang berhadapan dengan situasi rumit dan melibatkan pula pihak atasan atau pengurusan.

Para guru juga tidak terlepas daripada terlibat dengan pelbagai permasalahan dalam menjalani kehidupan perkhidmatan mereka sebagai guru. Seperti masalah lambat disahkan dalam jawatan, susah mendapat keizinan menjalani kursus, pertukaran, kebajikan atau apa sahaja masalah yang sekali pandang nampak macam masalah peribadi tetapi apabila diulang pandang ia merupakan masalah pengurusan atau lebih tepat melibatkan profesionalisme guru.

Ana ada berbincang dengan rakan-rakan guru. Terkejut juga apabila ana mendapati ramai (lebih 80% rakan-rakan) yang belum menyertai mana-mana persatuan guru. Bahkan ada yang tidak tahu bahawa menyertai mana-mana persatuan guru itu merupakan satu tuntutan profesional mereka. Ia adalah tuntutan terakhir insan guru terhadap rakan setugas. Maknanya, mana-mana guru yang tidak menyertai mana-mana persatuan guru seolah-olah tidak mahu ambil kisah (membela) terhadap permasalah rakan sejawatan mereka. Ini adalah perkara yang tidak profesional.

Apabila seorang guru menyertai persatuan, maka suara persatuan mereka akan lebih kuat. Suara ramai. Sebaliknya, persatuan yang mempunyai ahli yang sedikit biasanya mudah untuk tidak dihiraukan.

Di negara kita, NUTP atau KPPK itu adalah sebuah persatuan guru yang mempunyai ahli dalam angka yang agak besar. Ana sendiri menyertai persatuan ini sejak tahun pertama berjawatan PPPS. Tidak terlalu membebankan pun kalau terpaksa membayar yuran RM5 sebulan kepada persatuan yang telah bertahun-tahun membela nasib para guru itu. Samentelah pula, NUTP sekarang menyediakan perkhidmatan yang pelbagai bagi memudahkan dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Objektif NUTP sendiri adalah “Menjadi Kesatuan Sekerja yang cekap dalam perjuangan hak Guru-Guru serta berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang”. Para guru bolehlah merujuk laman web NUTP ini bagi memperolehi maklumat tambahan yang selanjutnya.

Sertailah mana-mana persatuan guru pilihan anda, jangan tidak menyertai mana-mana sudah lah. Memangpun anda sekarang tidak berhadapan masalah di tempat kerja, dengan student, perjawatan dan sebagainya tetapi suara anda penting bagi membela nasib rakan-rakan guru yang lain yang mungkin berhadapan masalah berkaitan tugas mereka. Bertindaklah dengan menyertai persatuan guru terutama NUTP bagi menguatkan lagi persefahaman antara kita dan suara kita juga akan lebih diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Sekian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: