Bekwah; derai vs kesyukuran

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah kepada ke dua-dua mempelai, rubi (sepupu ana belah ayah) dan suami atas ikatan perkahwinan dan majlis kenduri yang diadakan sempena meraikannya pada hari ini yang berjalan dengan lancar. Ramai yang datang. Sedari jam 12 tenghari tadi sehingga abe*i (panggilan manja sepupu-sepupu kepada ana) kira-kira jam 5 petang, orang datang tak putus-putus. Tertanya-tanya di benak “datang dari mana mereka semua ni”.

Al-maklumlah, ini adalah majlis kenduri kahwin ana pak muda (panggilan kepada bapa saudara ana) yang pertama. Mesti ramai yang datang. Sanak saudara, sahabat handai, kenalan dan jiran-jiran. “Jemputan pak muda mu 600 orang, mak muda 800 orang, rubi (pengantin) 400 orang, i*i 450 orang” kata seorang jiran yang datang menolong dan tak lokek untuk melawak dan bergurau bagi menambah meriah dan menyerikan suasana. Kata-katanya itu ditokok tambah oleh beberapa lagi jiran dan sanak-saudara yang akhirnya membingitkan juga suasana hingar bingar. Ceria.

“Sini, kalau panggil bekwah derai ramailah yang datangnya” celah seorang yang lain. “Lainlah kalu panggil kesyukuran”. sambungnya. Rupa-rupanya itulah ia. Jawapannya. Maksudnya di Kelantan ada dua macam majlis kenduri perkahwinan. Kalau kenduri bekwah yang ada panggilan ramailah yang datang berbanding kenduri kesyukuran.

Derai
Kenduri derai ini ialah panggilan ke majlis kenduri perkahwinan yang disertakan dengan kad jemputan. Apabila seseorang menerima jemputan kenduri seumpama itu (dengan disertakan kad jemputan) maka secara automatik mereka faham bahawa ia adalah kenduri derai. Iaitu perlu disertakan dengan sumbangan (biasanya sekarang RM10). Derai (loghat Kelantan)  maksudnya tolong menolong. Iaitu dengan cara memberi sumbangan kewangan. Memang sedia maklum bahawa mengadakan kenduri ini memakan belanja yang besar.

Pihak pengantin perempuan biasanya tidak menggunakan langsung duit hantaran untuk tujuan majlis. Sebaliknya kesemua jumlah duit hantaran yang beribu-ribu itu adalah menjadi milik isteri. Biasanya mereka akan ke kedai emas sehari dua selepas kenduri untuk membeli apa-apa sebagai kenangan tambahan perkahwinan (walaupun dalam hantaran telah ada disertakan). Juga dijadikan aset kepada rumah tangga yang baru mereka bina. Sesuatu yang baik kerana wang tidak diboroskan dengan sesuka hati apatah lagi diserahkan kepada wali untuk mengadakan kenduri.

Oleh kerana belanja kenduri yang besar, maka menjadi tradisi orang Kelantan untuk saling bantu membantu. Mereka terjemahkannya dengan duit derai. Iaitu time mu kenduri aku bantu, time aku nanti mu bantu pula lah pula. Mungkin macam itu tetapi tak lah sampai dianggap hutang. Kerana hutang wajib dibayar, derai kenduri ini banyak yang perlu dilihatnya, kalau ada anak, boleh lah kenduri atau kalau dah senang, tak yah lah kenduri derai, panggil orang makan free iaitu kenduri kesyukuran.

Bekwah kesyukuran
Iaitu kenduri kahwin yang biasa (kebanyakkannya) dilakukan oleh masyarakat Kelantan hari ini. Kerana duit dah banyak, apa salahnya mengadakan jamuan bagi meraikan perkahwinan anak secara percuma. Duit hantaran anak biarlah anak yang guna bagi memenuhi keperluan hidup rumah tangganya yang baru. Kenduri ini diadakan juga oleh wali bagi menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah bahawa anak mereka mendapat jodoh.

Biasanya panggilan ke majlis kenduri kesyukuran tidak disertakan dengan kad jemputan. Kecuali oleh si pengantin sendiri yang menjemput rakan-rakannya. Sebagai tanda jemputan rasmi. Dan ada sesetengah pihak juga menterjemahkan “Kalau dah dapat kad jemputan, maka kena lah bawakan hadiah!”. Atau “Mu kalau nak hadiah kahwin, kena jemput aku pakai kad”. Suara-suara itu biasa kedengaran.

Kenapa kenduri derai ramai yang datang?
Kerana mereka ingin memenuhi hasrat tuan rumah. Dan jika tak datang, bila kelak berjumpa di mana-mana, ada rasa semacam malu atau segan. Dan juga ada dalam kalangan jemputan yang rasa ‘lebih selesa’ hadir ke kenduri derai kerana mereka dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada tuan rumah berbanding ‘datang makan saja’ ke rumah orang pada kenduri kesyukuran. Low Class lah makan sahaja! “Rasa macam peminta sedekah je”. Kata mereka.

Jadi perasaan manusia ni berbeza-beza. Ada yang teruja buat kenduri kesyukuran. Kata mereka itu lebih menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah. Ada yang rasa kurang selesa datang ke rumah orang tak bagi apa-apa sumbangan. Kalau boleh bagi ‘wang dalam sampul’ mereka akan rasa lebih memuaskan datang ke sesebuah kenduri perkahwinan. Boleh bersama-sama merasai dan menanggung beban yang dipikul oleh rakan mereka yang lain (tuan rumah).

Jadi terpulang, sama ada anda nak buat kenduri kesyukuran yang memuaskan hati anda kerana lebih ikhlas kepada Allah, atau nak buat kenduri derai yang menjamin keselesaan para jemputan kerana mereka suka jika dapat sama-sama membantu. Buktinya, kenduri kesyukuran tak ramai yang datang berbanding kenduri derai. “Kerana makan saja (free) orang lain boleh pegi (pergi) makan, habis juga”.

Itu sahaja. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: