Alhamdulillah, semuanya selamat

Puncak gunung Mat Cincang, Langkawi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt.

Syukur kerana semuanya selamat. Alhamdulillah semalam jam 6.00 petang ana sekeluarga selamat sampai di rumah setelah 6 hari 5 malam (6D5N) berada di dalam mode rehlah atau cuti-cuti Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, anak-anak semuanya sihat, makan lalu, tidur lena dan mandi pun basah. Syukur juga di sepanjang perjalanan kami tidak terlibat dengan apa-apa kecelakaan yang tidak diingini. Keselamatan dan kesihatan suatu nikmat yang sangat besar sebenarnya. Yang kita tak dapat nak pastikan atau confirm. Ia suatu anugerah dan rezeki Allah yang patut kita sedari, hargai malah sangat patut kita syukuri.

Bermulanya perjalanan kami pada 21hb tempohari untuk singgah bermalam di rumah kakak di Setapak. Kemudian meneruskan perjalanan ke UKM untuk menyelesaikan beberapa perkara yang patut. Termasuklah berjumpa dengan rakan-rakan yang baru mendaftar masuk. Ahlan Musli* dan Pak *wi ke UKM. Memang saat mendaftar diri kita kadang-kadang perlu juga melihat senior utk bertanya itu ini. Paling kurang ada juga orang yang kita kenal dan boleh sembang-sembang.

Kemudian ziarah rumah anak sepupu di Kajang. J*, tahniah. Semoga ianya akan terus berkekalan dalam bahagia. Kemudian ziarah Kak R* (kawan lama isteri). Pagi esoknya meneruskan perjalanan ke Perlis Indera Kayangan untuk ziarah A*nsa (kawan ana) dan Kak Y*ng (kawan isteri). Meneruskan perjalanan ke Langkawi. Naik kete cable dan ke Perkampungan Mahsuri. Balik semula ke Perlis ziarah sepupu belah isteri (Pak long M*ri). Pada 26hb jam 9.15 pagi bertolak pulang ke Kelantan melalui jalan grik (pertama kali dalam hidup drive situ).

Impian anak-anak untuk ke zoo negara, muzium negara dan macam-macam jenama negara tak kesampaian. Minta maaf. Tetapi keseronokan dan kesejukan udara di puncak gunung Mat Cincang (700 meter dari aras laut) perhentian kereta kable itu, kemudian di bawahnya bergambar bersama sang rusa, arnab, sang kancil dan gajah mungkin menjadi penawarnya. “Kalau pun pergi tempat-tempat (jenama negara) tu anak-anak bukannya faham lagi, baik bawa Langkawi” komen salah seorang rakan yang kami ziarahi.

Syukur alhamdulillah, thummal alhamdulillah.. wassalam.

Gua Kelam, Perlis

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: