Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pada kesempatan ini, ana mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1430 kepada seluruh umat Islam terutama rakan-rakan yang selalu menjenguk blog ini. Semoga tahun mendatang ini akan memberikan lebih ganjaran pahala, lebih kesihatan, lebih usaha dan segala-galanya ke arah kebaikan demi kebaikan kita semua, di dunia ini dan juga di akhirat nanti. InsyaAllah.

Doa awal dan akhir tahun
Setelah ana merujuk kitab-kitab hadith sahih, ana tak jumpa lagi hadith yang menggesa umatnya atau mengkhususkan sesuatu doa pada hari akhir dan awal tahun hijrah. Mengikut al-Quran, umat Islam perlu berdoa pada setiap masa dan ketika. Dan solat itu merupakan doa pada bahasanya. Iaitu, sebaik-baik doa adalah dalam solat, atau selepas solat. Sunat samentelah lah solat wajib. Begitu juga, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berdoa pada waktu-waktu mustajab tertentu. Antaranya, pada hari Arafah (9 zulhijjah setiap tahun), pada bulan Ramadhan, lailatul qadr, hari jumaat, sewaktu dalam musafir, berpuasa dan sebagainya lagi yang terdapat hadith yang warid (jelas sampai kepada Rasulullah).

Jadi, berkenaan dengan doa sempena kedatangan tahun baru hijrah itu, pada pendapat peribadi ana, boleh lah berdoa. Tetapi jangan disamakan pahalanya dengan doa pada hari-hari atau waktu-waktu mustajab seperti yang disebutkan di atas. Umat Islam boleh berdoa pada bila-bila masa yang mereka inginkan. Tidak salah untuk berdoa asalkan ikhlas kepada Allah. Sekurang-kurangnya ittiba (ikut) sunnah pada hal berdoa, bukannya pada masa berdoa itu pun tak apa.

Puasa sunat
Perkara yang tidak selalu digembar gemburkan (seperti doa awal dan akhir tahun hijrah) ialah puasa sunat awal bulan muharram (awal tahun hijrah). Umat Islam digalakkan berpuasa sunat sepanjang 1 hingga 10 hb Muharram ini. Perkara ini memang warid (berdasarkan) hadith Rasulullah SAW yang menggalakkan umatnya berpuasa pada waktu-waktu ini terutama pada tarikh 10 Muharram (hari ‘Asyura). Puasa hari ‘Asyura memang menjadi amalan Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda.

Kalau diselidiki hikmah daripada puasa sunat ini ialah bagi mengingati pelbagai peristiwa besar dalam Islam. Peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah yang membawa perubahan besar dalam sejarah pemerintahan dan kekuasaan Islam, peristiwa perjumpaan Nabi Adam dengan Hawa di dunia, peristiwa mendaratnya bahtera Nabi Nuh, dan pelbagai peristiwa besar lagi yang berlaku pada hari ke 10 Muharram.

Marilah sama-sama kita berazam untuk berpuasa sunat bermula hari ini 1 Muharram sehingga hari ke 10 Muharram nanti. Kalau rasa berat sangat untuk berpuasa, pastikan kita dapat puasa sekurang-kurangnya pada hari Asyura itu (10 Muharram).

Selamat berpuasa!.. Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. naizalnorewan
    Dis 30, 2008 @ 19:21:48

    bagus … amin ustadz…

    IbnRajab: tq, amien..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: