Road tax perlu PA insuran?

Bismillahirrahmanirrahim

Customer: “Saya nak renew insuran kete nih” sambil menghulurkan dua tiga keping dokumen.
Ejen: “Sekarang ni semua kenderaan perlu ambil PA insuran”

Customer: “Maksudnya?”
Ejen: “Perlu tambah satu lagi jenis insuran jika nak memperbaharui cukai jalan. PA insuran ni lindungi (bayar) kalau pemandu dan sesiapa sahaja dalam kereta itu terlibat dalam kemalangan”

Customer: “Tambah berapa lagi? Kalau tahun lepas, bayar semua RM110.00 selepas ditolak NCD”
Ejen: “Kali ni encik perlu bayar RM168.85. Boleh?”

Customer: “Memang boleh, sebab kalau tak boleh kat sini, maka tak boleh bayar cukai jalan..”
Ejen: “Nanti, kami juga tak akan terima lagi insuran third party (kelas ketiga), kena cari insuran lain”

Kedengaran suara-suara pelanggan-pelanggan lain yang menyuarakan ketidakpuasan hati kerana kini terpaksa membayar secara tidak sukarela sejumlah amaun tambahan untuk perlindungan insuran/takaful kemalangan (Apa yang mereka namakan sebagai PA insuran itu). Seorang pakcik mengeluh “Mereka ni time nak ambil duit memang manis, janji lindung itu bayar ini, tapi apabila dah kena (nauzubillah) kat kita, bukan main susah nak claim (buat tuntutan)”.

Customer tadi berlalu ke Pejabat JPJ pula kerana urusan membayar cukai jalannya. Sambil beredar sempat dia menjeling kepada amaun maksima RM55,000.00 (lima puluh lima ribu ringgit Malaysia) yang dapat dituntut oleh pemandu atau penumpang yang terlibat dengan kemalangan menggunakan kereta tersebut. 55 ribu di bahagi kepada 5 orang, adalah sekitar RM10 ribu seorang perlindungan yang dijanjikan. Bergantung kepada kejujuran sebenarnya. Tetapi apapun, jauh di sudut hati customer tadi mendoakan agar kenderaannya itu tidak terlibat dalam kemalangan. “Minta jauh-jauh” kata hatinya.

p/s: kalau benar bagai dikata, maknanya setiap mereka yang nak memperbaharui cukai jalan, selain perlu bayar insuran/takaful untuk kenderaan (samada kelas 1 atau tiga) turut sama perlu membayar insuran kemalangan (PA).

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Dis 30, 2008 @ 21:18:59

    sehatus hinggit je bayar insurance? berapa value kete abang ibnrajab insurankann.. anyway, me tumpang lalu jakkks.. salammmz

    IbnRajab: bkn kete ana, kete tu tahun 1991. tq singgah 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: