Selamat tahun baru 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini adalah hari pertama kita melangkah ke tahun 2009. Di kesempatan ini, ana ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengungjung Kalam IbnRajab. Pada ana ucapan selamat itu sebagai satu doa. Walaupun ia (ucap selamat tahun baru) bukan satu sunnah (yang didasarkan kepada perbuatan Nabi), tetapi umat Islam digalakkan sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan diri sendiri, keluarga dan seluruh kaum muslimin muslimat.

Setiap hari yang mendatang itu bukanlah hari yang sama yang pernah kita lalui. Amat silaplah bagi mereka yang memandang setiap hari itu sama sahaja. Kerana dalam Islam, Allah akan menilai perbuatan hambaNya setiap saat. Sebagai contoh, solat subuh hari ini bukanlah subuh hari semalan atau hari esok. Ianya berlainan. Oleh itu, sesiapa yang tertinggal atau meninggal satu waktu solat akan diberi balasan buruk, sebaliknya mereka yang mendirikan solat dan sentiasa menjaga solatnya dengan sempurna akan mendapat balasan yang sangat baik.

Apabila kita dibangkitkan setiap pagi, kita disunatkan bersyukur kerana diberi peluang menambah amal kebaikan sebagai bakalan ke akhirat (berjumpa Allah untuk dihisab). Begitu juga kita disunatkan berdoa perkara-perkara yang baik. Paling baik berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan taufiknya agar kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Jalan yang Allah suka dan Allah redha.

Pada kesempatan ini juga, ana mengucapkan selamat kembali bertugas kepada rakan-rakan guru (dan adik-adik ana) di sekolah-sekolah, pensyarah di ipg masing-masing dan mereka yang terlibat dalam bidang keguruan. Semoga cuti yang agak panjang telah mengembalikan suatu semangat baru, yang lebih kental agar kita dapat sama-sama berkhidmat dengan cemerlang demi anak bangsa dan perjuangan agama kita. Jika ada ruang dan peluang untuk kita terus belajar, maka jangan abaikan peluang itu.

Sekian, selamat tahun baru 2009, semoga sentiasa sihat dan selamat di bawah naugan rahmat dari yang Maha Esa. Wallahu aklam.

p/s: ana ada menulis tentang penggunaan istilah tahun masihi atau miladi. Klik untuk baca

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. arrahman
    Jan 02, 2009 @ 17:35:48

    apo koba weh??

    IbnRajab: baik, alhamdulillah 🙂

    Balas

  2. Trackback: Muhasabah 2011 « IbnRajab Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: