Mimbar 1/09

Bismillahirrahmanirrahim

Marilah sama-sama kita berazam untuk menjaga solat. Sebagaimana yang kita semua maklum, solat adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah Taala. Kalau baik solat seseorang, maka baiklah seluruh amalannya. Solat yang baik di sini adalah solat yang diterima oleh Allah. Solat yang diterima pula adalah solat yang ditunaikan dalam keadaan penuh khusyuk, tawadhuk, ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah.

Sebaik-baik solat adalah yang dikerjakan secara berjamaah. Sebaik-baik solat jamaah pula adalah yang dikerjakan ditempat yang dialunkan padanya azan. Sebaik-baik alunan azan adalah di Masjid. Sebaik-baik masjid pula adalah masjidil haram. Kalau pun kita tidak berupaya untuk berada di masjidil haram itu, maka cubalah sedaya mampu untuk bersolah secara berjamaah di mana-mana tempat kita berada.

Orang yang sentiasa menjaga solatnya, akan peka dengan waktu solat. Mereka akan sentiasa perhatikan waktu masuk setiap solat. Ada seorang mekanik kereta, beliau sangat menjaga waktu solatnya. Setiap setengah jam nak masuk waktu (pada waktu kerja di siang hari) beliau akan mula menyiapkan dirinya. Tangan dibasuh menggunakan sabun. Segala kotoran yang berupa minyak, gris dan pelbagai lagi akan dibuangkan. Dua tiga minit sebelum azan dilaungkan, beliau telah kelihatan berada di masjid berdekatan kedai bengkel keretanya. Kadang-kadang, beliau sendiri yang mengalunkan azan mengajak masyarakat berdekatan solat jamaah bersama.

Kita yang bekerja tak sentuh minyak, tak kena kotoran ini, kenapa tak mampu nak solat berjamaah? Kenapa perlu tangguh solat? Kenapa ada yang jamak (himpun) solat? “Ustaz, saya nak confirm, rakan saya kata, kalau kita sibuk sangat bekerja, meeting sana sini, jumpa klien, boleh solat jamak, katanya darurat, betul ustaz?” sebuah soalan pernah diajukan kepada ana. “Solat dalam keadaan bekerja perlu ditunaikan seperti biasa, kecuali yang melibatkan musafir, dan dalam keadaan darurat yang dibenarkan oleh syarak (bukan darurat yang diistilahkan oleh diri sendiri)” jawab ana ringkas.

Solat adalah perkara individu
Bagi ana solat bukan perkara individu. Ia adalah perkara agama. Ia adalah tanggungjawab bersama. Dalam satu-satu jabatan, atau organisasi, ketua perlu sentiasa mengingatkan pekerjanya jika ingin mengadakan mesyuarat pada waktu tengahari atau berlanjutan hingga ke petang. “Tuan-tuan, mesyuarat ini mengingatkan, seeloknya kita hendaklah selesaikan tuntutan solat terlebih dahulu sebelum kita memulakan mesyuarat sebagaimana yang dijadualkan”. “Tuan-tuan, nampaknya mesyuarat kita ini akan berlanjutan, apa kata kalau kita tangguhkannya sekejap bagi memberi ruang kepada ahli-ahli beragama Islam menunaikan solat”.

Perkara solat adalah yang terpenting. Memastikan setiap individu muslim bersolat adalah tanggungjawab bersama. Bermula daripada ibu bapa, ahli keluarga, masyarakat seterusnya pemimpin sebuah negara.

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: