Hari pertama persekolahan

Assalamu’alaikum

Hari pertama sesi persekolahan tahun 2009. Semua sibuk. Ana pun turut sibuk hantar Bassyar masuk sekolah tahun satu di SK Tangok, Bachok. Keadaan di sekolah penuh sesak dengan kenderaan keluar masuk. Nak cari parkir tidak semudah kiraan 1 2 dan 3. Walaupun hanya satu tempat letak kereta yang diperlukan. Pagi ni hujan pula masih melebarkan sayapnya, yang biasa datang hantar anak dengan motosikal pun hari ni terpaksa guna kereta. Antara sebab kesesakan berlaku. Walaupun sekolah ni terletak agak dalam kampung. Kalau kat bandar, tak boleh ana nak bayangkan kesibukannya. Harap bersabar.

Selesai urusan Bassyar, pergi pula daftar Iffah ke PASTI Repek. Kat sana dah tak sesak. Mungkin ramai yang dah balik. Kerana waktu dah agak tengahari sedikit. “Hari ni dan esok kami peruntukkan untuk pendftaran, jadi mula sekolahnya hari Selasa” Salah seorang ustazah Iffah memberitahu. Selepas isi borang, buat bayaran ana bawa Iffah balik. “Sekolah Iffah mula lusa, esok ustazah bagi cuti” Sela ana kepada Iffah yang agak terpinga-pinga kerana tak jadi bersekolah.

“Cikgu tak bagi kerja rumah nenek” Rungut Iffah kepada neneknya setiba kami di rumah. “Cikgu bagi Iffah cuti esok, tapi tak ada kerja rumah macam Bassyar”. Iffah masih tak puas hati kerana biasanya Bassyar balik dan terus nak buat kerja rumah. Memang hari pertama, kerana melihat abangnya masuk sekolah, ramai-ramai pakai baju seragam serupa, Iffah pun rasa bersemangat nak memulakan sesi persekolahannya yang tersendiri. Tiba di sekolahnya, cikgu bagi cuti dan tak buat sesi pengajaran apa-apa. Kecewa la kot.

Doanya semoga anak-anak akan terus bersemangat waja dalam menghadapi sesi persekolahan tahun ini. Semangat yang akan membuahkan kejayaan duniawi dan ukhrawi. Pesan Nabi “Sesiapa yang menginginkan (keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan) dunia maka dengan ilmu, sesiapa yang menginginkan akhirat maka dengan ilmu dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya maka juga dengan ilmu”.

Selamat menjalani sesi persekolahan. Selamat mengajar kepada semua guru. Selamat mencari rezeki yang halal kepada semua ibu bapa. Selamat mendidik di sekolah dan di rumah. Selamat menjalankan tanggungjawab kepada semua. Kerana kita kelak akan dipersoalkan tentang apa yang dipertanggungjawabkan ini. Semoga semua umat Islam selamat. Di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Advertisements

4 Komen (+add yours?)

  1. 9W2SOJ
    Jan 04, 2009 @ 18:18:11

    Tahniah mudah2an tahun ni jadi guru cemerlang.teruskan usaha..salm perkenalan

    IbnRajab: ana pun dah jenguk blog anta, menarik.

    Balas

  2. en_me
    Jan 05, 2009 @ 07:55:18

    kelate dah sekolah semalam erk..

    IbnRajab: dah en_me 🙂

    Balas

  3. abuwildan
    Jan 06, 2009 @ 16:18:22

    besar-besar dah anak demo….anak kawe baru masuk PASTI….
    syabas kerana memesarkan anak ngan didikan agama

    IbnRajab: insyaAllah 🙂

    Balas

  4. brkkn
    Feb 10, 2009 @ 20:46:01

    *u**e*

    IbnRajab: ya?

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: