Kursus BB 2001/2002

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan

Dengan tidak semena-mena, pagi ini ana dikejutkan dengan panggilan telifon seorang bekas pelajar. Katanya nak buat reunion bekas-bekas pelajar kursus BB (Binaan Bangunan) batch 2001-2002. Mereka nak ajak ana join sekali as bekas guru tingkatan mereka selama dua tahun berkenaan. Terasa juga nak join tapi tak dapat sebab ana sekarang sedang cuti belajar (UKM).

Bagus juga budak-budak ni. Ana difahamkan masing-masing masih berhubungan di antara satu sama lain. “Kami selalu berutusan email, ustaz” ceritanya memberitahu. “Bagus lah kalau macam tu. InsyaAllah lain masa, kalau buat reunion lagi, dan pada masa tu ustaz ada di Borneo, ustaz akan join” Janji ana sebelum perbualan tersebut ditamatkan.

Kursus Binaan Bangunan (BB) adalah salah satu kursus yang ditawarkan di sekolah teknik, KPM (bidang vokasional). Pada 02/02/2001, ana dipostingkan ke sekolah Teknik Matang, Kuching Sarawak dan terus dilantik sebagai guru tingkatan 4 BB (kelas mereka). Selepas dua minggu ana goyang kaki barulah mereka mula mendaftar pada 14/02/2001. Bermula dari saat itulah, ana menjalankan tugas sebagai guru tingkatan sehingga mereka tamat pengajian pada akhir 2002 (SPM). Banyak pengalaman yang ana timba selama itu bersama mereka. Semuanya masih segar dalam ingatan.

Selepas tamat belajar, masing-masing meneruskan kehidupan sendiri. Ada yang berpeluang sambung belajar dan ada yang mula bekerja. Begitu juga mereka yang mendirikan rumah tangga. Ana difahamkan dah ramai daripada mereka yang sudah berumah tangga. “Tak ada kad jemputan pun” Komen ana ringkas. “Saya belum lagi ustaz, nanti saya jemput ustaz” Janjinya.

Tujuan ana menulis ni, kalaulah ada daripada kalangan mereka yang baca, harap tinggalkanlah sebarang mesej samada dalam bentuk komen atau alamat email. Ana sentiasa akan ada masa untuk mendengar khabar terutama daripada bekas-bekas pelajar. Kerana itulah sebahagian daripada nikmat anugerah tuhan kepada insan yang bergelar guru.

Akhir kata, kepada semua bekas-bekas pelajar ana (sama dari SMTM, IPR atau mana-mana), mungkin mereka ingat satu cabaran “Jom cabar ustaz, belajar biar sampai otak meleleh-leleh keluar bagaikan peluh!”. Walaupun ia suatu yang mustahil, tetapi itulah cabaran yang selalu ana berikan. Satu lagi cabaran terkini daripada ustaz “Kalau tua-tua begini ustaz masih lagi bergelar pelajar, takan kamu semua dah nak berhenti daripada menjadi pelajar!”

Jadilah pelajar walau di mana anda berada. Sama ada mengikuti pembelajaran rasmi di peringkat yang lebih tinggi, atau tak rasmi di masjid-masjid dan surau. Jangan berpada mencari ilmu di internet saja, kerana ilmu itu didatangi bukannya mendatangi. Ingat pesan Rasulullah SAW “Menuntut ilmu itu satu kewajipan setiap insan muslim lelaki dan perempuan” dan “Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad”.

Wallahu aklam.

Advertisements

6 Komen (+add yours?)

  1. aiga
    Jan 08, 2009 @ 15:30:12

    sebab dari kata2 itu lah kami masih berpegang teguh.dan kata2 azimat itulah yang bawa kami sampai takat ini..

    walaupun umur dah meningkat,kami tetap akan terus mencari ilmu sampai ke liang hahad..kerana dengan ilmu itu jugak,kami akan menjawabnya satu ketika kelak..

    selagi ada peluang untuk belajar kami akan terus belajar..idola ku Tun Dr Mahadir mohamad dan isterinya..walau setua mana,semangat belajar,masih sebati dalam diri..tapi..buat masa nie ,utamakan adik2 dulu,biar mereka berjaya..saya akan tumpang bejaya

    amin

    IbnRajab: Amien.. bagus tu 🙂

    Balas

  2. ayu
    Jan 13, 2009 @ 15:48:26

    Salam ustaz,shtkah?
    kmk cuba htr email kat ustaz tp xdpt..
    kmk ex-student BB (2001 – 2002)
    sama dgn aiga..

    IbnRajab: wa’alaikumussalam wbt. ust sihat seadanya alhamdulillah. thanks for calling ust ptg tok. tq singgah blog tok

    Balas

  3. ayu
    Jan 14, 2009 @ 12:09:57

    salam..
    sama2..
    dh lama xjumpa ustaz..kalau ada masa,dtg lah kuching,nnti blh kt smua jumpa..

    IbnRajab: insyaAllahu Taala 🙂

    Balas

  4. Asnal bin Mohd Jainal
    Jun 20, 2009 @ 10:48:59

    assalamualaikum….

    ustaz…. pa khabar?? masih dekat teknik ka, ustaz.??
    saya <- ketua bilik darjah (2002)……. lagi pun aiga yang bagi blog address nie…. thanks to aiga…. masih terasa dalam ingatan lagi …. time ya (2001/02) x pernah rasa di hormati selain dr kelas bb tuk….
    anyway ustaz… thanks and sorry for everythings…

    ayu…. pa khabar?? can i have ur phone number??

    IbnRajab: w’salam. ust sihat2 je ni. alhamdulillah. ust dah transfer dah. ni sambung belajar sket lagi kat ukm. tima kasih sudi bertandang blog kmk tok. semoga beroleh manfaat dr perkongsian yg tak seberapa. wallahu aklam.

    Balas

  5. mohammad affitzal bin buang
    Okt 07, 2009 @ 04:33:41

    askum..ustaz zamri…
    still remember me..
    ingat mizan..safiq..of coz ur remember me..(affitzal)he30x..

    im still study in klmu..taking degree in mktg entrepreneurship..tahun depan finish study..
    plan nak smbg(master) mayb jauh ckit g “uk” kot…

    sory la ustaz dlu i’m the salah sorang degil in ur class..always fight u back..notty in clasz..miss all tym..always kene rottan..ha30x..

    i’m staying at sentul utama(tmn dato senu)..
    my phone no.0176944684..

    i’m excited when jumpa them all raya..jamilah says ur no longger teaching at smtm..so i decide to ask her to send me ur email/blog..

    last word from me..thanks a lot..
    coz jadikan we all manusia..

    sayonara..askum!!

    IR: wa’alaikumussalam fitzal.. ust ingat kamu n almost pelajar kelas BB batch ktk org.. alhamdulillah semuanya dah besar2 dan dah jadi somebody.. tahniah sbb panjang cita2.. mcm tu la.. cuma mesti ingat, agama jgn tinggal ke belakang ya? majukan diri bersama kemajuan dlm beragama juga.. doakan ust juga.. n selamat maju jaya to u too.. wallahu aklam

    Balas

  6. Norafisah Ismail
    Jan 29, 2013 @ 16:19:06

    AsSalam. Ustaz,sy slh seorg…msh ingat x?

    IR: w’salam.. knp x igt.. semua pelajar ust igt.. keep in ctc.. salams

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: