Subsidi Minyak Online

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kalau sebelum ini ana tulis pasal claim rebet subsidi minyak di pejabat pos secara manual yang sangat membosankan. Kerana terpaksa beratur panjang, atau nombor Q yang banyak. Kadang-kadang terpaksa balik sahaja tanpa dapat pun duit tu kerana katanya komputer offline dan macam-macam alasan, rungutan, kekecewaan, karenah dan sebagainya.

Hari ini ana nak kongsi jalan pintas nak dapatkan rebet subsidi tersebut secara online. Tak makan masa lebih dari 2 minit je pun, duit tu insyaAllah akan masuk akaun yang dibayar melalui IBG. Tetapi kena tunggu 3 hari bekerja baru duit masuk akaun. Urusan meng’claim’ je makan masa kurang 2 minit tu. Memang la kalau pergi pejabat pos, duit dapat segera. Cuma kalau menyakitkan hati lepas satu-satu alasan dan lepas sehari berganti hari tetapi duit tak dapat-dapat, baik guna online.

Senang je, anda pi laman posonlie. Kat situ, anda register. Klik ‘First Time Registration’. Ikut (isi) saja borang yang disediakan itu secara penuh kejujuran. Kalau salah maklumat, anda juga yang akan kerugian. Jangan cuba nak putar belit sistem yang sangat canggih provided by posonline. Tak ada kes pencerobohan boleh dilakukan setakat ini. (jangan mencuba kerana IP anda akan dikesan dan anda boleh didakwa. hehehe)

Kemudian, bila akaun anda dah diterima. Login aje lah. Dah tu, klik saja ‘Cash Rebate’. Isi maklumat bank anda. Bank-bank yang diterima seperti Bank Islam, CIMB, RHB, Hong Leong dan Bank Rakyat sahaja. Setakat ini. Kalau anda dah claim sebelum-sebelum ini di pejabat pos (untuk kenderaan-kenderaan anda yang lain) anda juga boleh view ‘Transaksi History’ kat situ.

Ana dah buat untuk claim rebet kereta kakak. Alhamdulillah its working. Semua maklumat mesti sama dan sepadan. Nama pemilik kenderaan hendaklah sama dengan nama pemegang akaun bank yang posonline nak transfer duit. Kalau anda tahu no IC seseorang tu, dan no akaunnya, anda bolehlah buat (claim) untuk dia. Maka, lepas 3 hari, dia belanja anda makan sebab duit masuk akaun.

Selamat mencuba. Wassalam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Jan 08, 2009 @ 04:17:42

    3 hari lamernyerrr.. petang nih nak makan double prosperity burger one uoolsss.. ekeke

    IbnRajab: terbaru, duit claim dah masuk akaun (kakak) dlm masa 2 hari sahaja, selepas jam 5.30 ptg

    Balas

  2. cheng1979
    Jan 08, 2009 @ 09:06:10

    wah boleh cuba ni. roadtax mati bulan 3 hehehe…

    IbnRajab: boleh 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: