Langgar lari: Tidak beriman

Bismillahirrahmanirrahim

Dua tiga hari lepas ana bawa famili semua pergi hospital Kota Bharu. Ziarah mak saudara ana (Mok Dik) yang baru bersalin anaknya yang pertama. Tahniah buat mok dik dan ayahsu. Suasana ceria jelas terbayang di setiap wajah yang ada. Termasuk mok dik sendiri. Walaupun terpaksa dibedah bagi menyelamatkan bayi, mok dik tetap ceria. “Biasalah, kalau ada penyakit darah tinggi dan kencing manis masa mengandung, doktor nasihat bersalin dengan cara pembedahan”. Begitulah komen mok dik.

Sudah banyak kali ana dengar, ibu-ibu yang mengandung dikesan mengidap darah tinggi atau kencing manis atau kedua-duanya sekali. Apabila dah bersalin, kesihatan ibu-ibu berkenaan akan kembali normal. Kemudian bila dah mengandung semula, penyakit tersebut datang kembali dan begitulah seterusnya. Itulah antara risiko yang dihadapi sekiranya seseorang wanita mengandung pada umur yang telah lebih dari 40 tahun.

‘Afifah Humaira’ juga bersalin melalui proses bedah. Masa lahir beratnya hanya 1.64kg sahaja. Ana ukur tapak kakinya dua hari selepas bersalin itu hanyalah sebesar ibu jari tangan ana. Sungguh mengerikan. 27 hari juga dia dalam incubator sebelum dibenarkan bawa pulang ke rumah. Alhamdulillah, kini Afifah Humaira dah besar dan membesar macam orang lain. Sihat dan ceria. Syukur alhamdulillah.

Langgar lari
Ana tak perasan sehingga pagi esoknya apabila nak hantar anak-anak ke sekolah. Bahagian depan kereta ana (belah kiri) atas tayar hadapan, hampir dengan pintu depan belah penumpang, ada kemek. Pergh, kena langgar rupanya kereta aku. Tidak lain tidak bukan hanyalah di tempat letak kereta hospital kota Bharu itu lah. Kerana sebelum itu memang tidak ada kesan. “Alhamdulillah” Detik hati ana. “Allah nak elak perkara lebih buruk daripada ini, itu yang Dia bagi yang terlalu kecil ini sahaja, al-Hamdulillah”. Ana mengamalkan doa yang selalu ibu ana pesan kalau ditimpa apa-apa kemalangan. Kecil ataupun besar itulah doa ana. Mudah-mudahan perkara ini adalah bagi mengelakkan perkara yang lebih besar daripada berlaku. Perlu syukur maksudnya.

Orang yang ada iman, tak akan langgar lari. Mereka akan bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya tunggu dan jumpa tuan (punya kenderaan/mangsa yang dilanggar) dahulu untuk sekurang-kurangnya minta maaf. Jangan fikir kena bayar sahaja. Itu fikiran bersifat negatif amalan orang yang berminda kelas ketiga. Sebaiknya, sentiasalah anggap orang lain itu lebih baik daripada kita.

Dengan bersikap langgar lari, kita seolah-olah atau memang tidak beriman dengan Allah yang sentiasa memerhatikan setiap langkah dan gerak geri hambaNya. Jangan kita lupa bahawa Allah Maha Adil. Setiap tingkah laku yang melibatkan hak manusia, akan Allah dahulukan balasannya di dunia ini lagi. Sebelum akhirat dengan balasan yang sangat buruk dan menyeksakan.

Kesimpulan
Sentiasa amanah dengan diri sendiri. Segala yang mendatang itu adalah ujian daripada Allah. Untuk menguji sejauh mana iman kita. Kalau kita tersalah langkah, bertaubat dan kembalilah kepada Allah. Kalau kesalahan kita melibatkan hak sesama manusia, usah malu atau berlengah atau lari daripada mencari jalan penyelesaian. Sebaik-baiknya berjumpa, bermesyuarat dan bermaaf-maafanlah.

Firman Allah “Sekiranya ahli sesuatu kaum itu beriman dan bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan bukakan pintu barakahNya daripada langit ke atas kaum-kaum tersebut”

Wallahu aklam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: