Mat rempit membunuh lagi

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini ana sempat menyertai solat ke atas jenazah seorang ahli qaryah yang terkorban dirempuh mat rempit petang semalam. Kasihan, mati di tempat kejadian. Tak sempat dihantar ke hospital kerana kepalanya terkena hantukan yang kuat di atas tar jalan raya. Sehingga mayat dikafankan, darah tak habis-habis mengalir keluar.

Khabarnya, beliau yang sedang dalam perjalanan ke rumah saudaranya, melintas jalan raya itu yang tiba-tiba dihentam kuat oleh mat rempit yang mencuba motorsikal baru (yang telah ubahsuai untuk aktiviti rempitan). Mat rempit berkenaan dihantar ke hospital oleh rakan-rakan rempitnya yang lain. Di samping mereka (rakan rempitnya) melarikan motorsikal perempuh tersebut kerana takut dikesan polis.

Yang paling menyentuh perasaan ana ialah, beliau meninggalkan seorang ibu yang sebelum ini bergantung nasib dengan dirinya. “Sebelum ini dialah yang membawa rezeki dan bekerja untuk keluarga” rungut seorang jiran.

Dalam hati ana juga (pada masa yang sama) menyoal. “setiap mat rempit itu dilahirkan oleh seseorang, mempunyai ibu dan bapa serta saudara mara”. Persoalannya kenapa mat rempit itu tidak dapat menerima didikan? Samada secara formal di sekolah atau secara tidak rasmi di rumah, dalam masyarakat dan melalui media (samada radio atau tv)?

Ana ingat juga pesan guru “Kalau ibu bapa seorang yang taat dan patut ajaran agama, solat tak tinggal, insyaAllah anaknya mudah dididik”. “Kalau anak nak nakal sekalipun, hatta nak buat dosa besar, mereka pasti akan ingat ibu dan bapa (yang tidak suka perbuatan mereka itu)”. Sambungnya. Kerana ibu bapanya dekat dengan Allah. Dan hanya sanya yang boleh merubah hati hatta akhlak anak-anak adalah Allah SWT sahaja.

Demi membina sebuah keluarga yang baik, yang mudah menerima didikan dan nasihat, marilah sama-sama kita kembali taat kepada segala tuntutan agama dan perintah tuhan. Kalau Dia perintahkan tutup aurat, marilah sama-sama kita tutup aurat. Contohnya kita perlu iktikad (percaya) bahawa memakai tudung itu perkara agama bukannya hak individu. Ia adalah tanggungjawab agama yang perlu diperjuangkan oleh semua orang, semua peringkat dan semua yang berkuasa.

Kalau Allah hanya benarkan kita memakan harta halal, dan membawa yang halal sahaja balik ke rumah, marilah kita kerja sungguh-sungguh dan ikut peraturan Islam sahaja. Kalau menyimpan duit, menyertai insuran, pelaburan atau apa sahaja yang melibatkan pengurusan kewangan dan sebagainya, kita hendaklah menurut segala apa yang disarankan agama. Jangan ikut suka hati melibatkan diri dengan pelaburan haram, riba, rasuah judi dan pelbagai instrumen yang diharamkan agama.

Pesan guru “Kalau ibu dan bapa taat perintah Agama, insyaAllah anak-anak akan dibentuk oleh Allah”

Sekian, untuk renungan diri ana sendiri. Wallahu aklam.

Advertisements

1 Komen (+add yours?)

  1. en_me
    Jan 10, 2009 @ 06:41:13

    hi abang rajab tewww.. thanx for d info..

    IbnRajab: ibn = anak, bkn abg 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: