Penjawat awam dilarang terjebak skim cepat kaya

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan

Kerajaan kali ini, melalui pekeliling perkhidmatan terbarunya telah bertindak tegas di dalam melarang pegawai awam daripada terjebak dengan skim cepat kaya. Pekeliling yang bertarikh 13 Januari 2009 itu bertajuk “LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA” telah dipanjangkan kepada semua ketua-ketua Jabatan Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri dan badan-badan berkaitan.

Isi pekeliling antara lain menyebut “Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam. Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur lain.

Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk salinan pekeliling tersebut yang boleh diperolehi dari laman web JPA atau klik di sini sahaja untuk download.

Sekian, sama-samalah kita hindari perkara yang sangat tidak sihat ini (terjebak dengan skim cepat kaya). Wallahu aklam.

p/s: tulisan ana teruja jadi kaya ini jua berkaitan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: