Cuti tanpa gaji?

Bismillahirrahmanirrahim

Perkembangan ekonomi dunia hari ini agak membimbangkan juga sebenarnya. Apa tidaknya, sehingga kini agak ramai relatif ana yang balik ke kampung. Kata mereka syarikat bagi cuti tanpa gaji. Kebanyakkan pekerja kilang. Dah pangkat supervisor pun tidak terkecuali diberikan cuti tanpa gaji. “Bila pula nak dipanggil semula bekerja, tak tahu” Sela seorang sepupu dengan perasaan yang amat kecewa.

Bulan  pertama tak ada gaji tidaklah terasa sangat. Masuk bulan kedua, mula pening kepada nak cari duit bayar ansuran kereta. “Rumah sewa kami kat sana pun nak kena bayar, nak keluar terus takut bila-bila masa sahaja dipanggil bekerja” sambungnya meluah rasa. “Tapi kalau keadaan ini berterusan, nampak gaya kena cari kerja lain yang belum tentu ada”. “Yang ada kerja ni pun nak kena buang, ini nak cari pekerja baru, tak akan dapat punya” sahut seorang lagi yang menerima nasib sama.

Bila fikir-fikir, syukur dapat kerja Kerajaan. Paling tidak, majikan tak bagi cuti tanpa gaji kecuali atas permintaan sendiri. Dulu orang kampung ana banyak berkata “tak semestinya belajar tinggi-tinggi untuk dapat gaji dua tiga ribu (ringgit), kerja kilang pun melebih”. Di sini bukan tujuan ana memperlekehkan pekerja kilang dengan ke’loaded’an mereka daripada gaji kakitangan awam. Bonus akhir tahun sentiasa lebih dari dua bulan gaji. Cuma yang ana tertarik dengan isu ini ialah daripada aspek jaminan kelangsungan kewangan dan ekonomi. Kerja swasta mungkin agak tidak terjamin apabila keadaan ekonomi gawat seperti hari ini.

Tetapi semua itu terpulang kepada rezeki masing-masing. Semoga rezeki kita adalah berkat walau apa sahaja yang menjadi pekerjaan kita. Jalankan kerja dengan penuh amanah dan dedikasi sementara kita masih ada kerja. InsyaAllah, tuhan yang menjanjikan rezeki untuk kita semua walau dalam apa keadaan sekalipun. Kata para hukama “Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat (contohnya kalau kerja dengan tidak sungguh-sungguh) maka ia sebenarnya berdepan dengan kehilangan nikmat itu sendiri”.

Wallahu aklam.

Advertisements

2 Komen (+add yours?)

  1. Siti Fatimah Ahmad
    Feb 01, 2009 @ 14:54:34

    Assalaamu’alaikum….

    Lama tak dengar khabar berita. Proposal dah siap ke. Sedang jalankan tesis sekarang ni? saya masih dalam menyiapka proposal. nak maklumkan bahawa saya dah pindah ke laman blog baru iaitu :

    LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI
    http://websitifatimah.wordpress.com.

    Maka, blog lama dah tak beroperasi lagi. Sekarang saya bercuti di Sarawak. Kirim salam dengan orang rumah. semoga kita berjaya dalam merealisasikan impian dan cita-cita menjadi manusia yang berilmu dan beiman.

    IbnRajab: o ya ka. patut lah. alhamdulillah proposal ana dah lulus. lama dah lulus tu. dua bln. ni tgh kumpul data. doakan ana usth

    Balas

  2. yie
    Feb 04, 2009 @ 20:16:48

    alhamdulillah sy tertarik jgk maklmt yg ada diblog ni,kalau berminat tentng jualan koleksi sy,sila lihat http://www.sabriyunus.com

    Munkin kebetulan ada yg berfaedah untuk semua

    IbnRajab: ok insyaAllah.. 🙂

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: